• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Friends-Making Algorithm
Dipos oleh avid

Salah satu part paling susah apabila mencari kawan adalah mencari kawan yang tidak membuatkan anda terasa macam nak terajang jauh-jauh. Hal ni menjadi isu utama gua kerana kebanyakkan kawan yang gua ada sekarang ni, gua nak terajang. Jauh-jauh.

Bukanlah gua benci sangat ke, apa ke..tapi apabila kawan anda bangga mengorat budak sekolah menengah di Facebook, adalah sukar untuk tidak menerajang manusia seperti itu. Tambah menghampakan apabila kawan anda berkeras membetulkan anda tentang cara sebutan 'penis' yang betul adalah - pennies.

Ini belum masuk taste muzik yang tak sama, taste pasukan bola yang tak sama, taste program televisyen yang tak sama, taste komedi yang tak sama atau taste fesyen yang tak sama. Gua boleh berkawan dengan manusia yang suka Wali Band. Gua boleh berkawan dengan manusia yang suka siri drama Indonesia petang-petang di TV3. Gua berkawan dengan banyak manusia yang murtad - dari Arsenal dia sokong Man Utd - jadi, gua banyak belajar tentang toleransi.

Disebabkan semua ni, gua dah jadi macam Dwight Schrute di tempat kerja gua.



Gua tak tahulah pasal budak perempuan dan dinamik hubungan mereka dengan kawan-kawan perempuan mereka, but I know for fact they have a lot of BFFs. Jadi, gua ada satu soalan: 

Girls, how do you manage to find so many BFFs to talk about rainbows, unicorn and stuff?

Photo

Saturday, January 7, 2012

pada 9:43 AM


Labels:
,
,
,
,

1 nyamuk:

January 13, 2012 at 5:10 AM
Permalink this comment

said...

resepi aku simple je..kalau aku rase cam nyampah giller,aku try avoid..so that aku tak saket jiwa dan gila..

Popular Posts