Secara
jujurnya, gua dah dengar mitos ni lama dah. Sejak gua mula belikan mak
gua ikan dan sayur di pasar sejak darjah 5 pada 1999. Jadi, gua rasa
info dari
'pegawai-opis-aku-yang-pernah-buat-lawatan-ke-pusat2-penanaman-taugeh-dibeberapa-negeri-tertentu-yg-diusahakan-oleh-cha
ya nun alip' ini adalah info yang lapuk tapi masih di recycle untuk
menunjukkan betapa kejinya 'cha ya nun alip' dan betapa mulianya orang
'bumiputera'.
First
of all, taugeh tak ditanam sebaliknya dicambah (germinated). Jadi,
memanggil tempat membuat taugeh sebagai 'pusat penanaman taugeh' bukan
sahaja menunjukkan penulis artikel tak pernah tengok orang buat taugeh
malah menunjukkan kebangangan beliau yang klasik apabila menulis artikel
rasis sebegini.
Kedua,
taugeh tak menyimpan air okay. Apatah lagi menyimpan air yang digunakan
semasa proses percambahannya. Taugeh bukan macam pokok baobab. Taugeh
menggunakan air untuk proses percambahan bukan untuk disimpan. Besides,
who the fuck wants to eat urinated bean sprouts? I highly doubt any
human in the face of earth, even the fellow Chinese would drink another
man's pee, let alone his/her own pee. Well, except you're Bear Grylls,
of course.
Taugeh
yang putih dan rangup dihasilkan apabila taugeh direndam dan dicambah
dalam keadaan gelap. Itu sebab orang cambah taugeh di tong yang diletak
dalam bilik gelap. Manakala, taugeh yang kekuningan, cepat layu dan
kurang rangup yang didakwa dihasilkan oleh 'Bumiputera' pula dihasilkan
apabila taugeh dicambah dalam keadaaan terang (sumber).
Bagaimanapun,
taugeh 'Bumiputera' yang dicambah dalam keadaan terang mempunyai lebih
banyak nutrtional value berbanding taugeh yang dicambah dalam keadaan
gelap. Tetapi, orang jarang buat dalam keadaan terang sebab taugeh boleh
jadi kering dan sape la yang bodoh sangat nak beli taugeh yang layu dan
kuning di pasar?
Gua
tampil mempertahankan taugeh atas nama penggemar taugeh yang selalu
meminta maknya masak sayur taugeh dan kucai goreng (kucai - satu lagi
mangsa mitos kononnya cina kencing kat sayur ni) apabila balik rumah.
Dan lagi satu, please stop eja Cina dengan huruf jawi seolah-olah macam
orang cina ni context-impaired orangnya?