• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers





Semasa gua darjah lima, semua kanak-kanak main Digimon. Budak-budak kelas gua main Digimon. Budak-budak taman perumahan gua main Digimon. Siapa tak main Digimon dia pergi rehat duduk makan jambu dekat kantin sorang-sorang. Yang ada Digimon, lepak kat kelas dan pergi memperjudikan nyawa Digimon mereka.

Ketika ini, harga Digimon yang gua usha di Gedung Harian adalah RM25 bagi setiap satu unit. Masa sekarang ni, RM25 ni berapa sangat la. Tapi, bagi seorang murid darjah lima pada tahun 1999, RM25 adalah bersamaan 50 hari tak makan duit belanja sekolah. Selepas hampir dua bulan makan pisang goreng bekalan dari rumah pada waktu rehat, gua dapat juga beli Digimon.

Budak-budak sekarang tak main dah benda-benda bodoh macam Digimon ni. Cyber pet pun mereka tak pernah layan. Bak kata pakcik di atas ni, budak-budak zaman sekarang dah senang. Bila dah senang, ada yang naik lemak. Suruh buat kerja kat rumah sikit, mereka complain dan kutuk bapak di Facebook. Bila bapaknya kena kutuk dekat Facebook, bapaknya buatlah video tembak laptop anaknya dan post ke Facebook juga.

Kalau di Amerika, gua ada fascination terhadap komuniti di selatan negara mereka. Gua suka accent Southern mereka, gua suka bila mereka tangkap alligator buat makan, gua suka muzik blues dan country mereka dan gua suka stereotype jokes tentang mereka. Dan ya, fashion sense mereka yang suka pakai flannel shirt dan jeans juga menambat hati gua. I love them rednecks.

Bila gua nampak video seorang Southerner yang mendokong prinsip keibubapaan yang sebenar, bercakap dengan Southern accent, pakai flannel shirt dan jeans, hisap rokok Lucky strike dan dengan selambanya tembak laptop anaknya, gua tak dapat menolak untuk berkongsi video ni dengan anda.

Bak kata Jimmy Cliff; the harder they come the harder they fall. Doing chores in your goddamn house is barely hard. How are you supposed to get through your life when you're still bitching about washing dishes on Facebook? Dan sebagai kesimpulan, tak ada orang yang lebih layak untuk sampaikan mesej ni selain daripada hero gua, orang Southern sendiri - Mr. Willie Nelson. Haha!

6 nyamuk:

April 7, 2012 at 12:22 PM
Permalink this comment

said...

meaning you were 15 in 2003?! you remember puan shaariah then??

April 7, 2012 at 12:22 PM
Permalink this comment

said...

no i mean, 16, 16. you were 16 in 2003, right?

April 9, 2012 at 8:29 AM
Permalink this comment

said...

no i was 14 in 2003. yes, i do remember her. she was our school's principal. no actually i remember her as a really good public speaker.

April 10, 2012 at 7:30 PM
Permalink this comment

said...

she's also my mother. =)

April 12, 2012 at 10:11 AM
Permalink this comment

said...

say whaaaat???

said...

epic parenting...nice

Popular Posts