Disebalik kecoh-kecoh (hype) di Liga Super sejak dua tiga tahun kebelakangan ini, bola sepak Malaysia masih tak ke mana sebenarnya. Sesiapa yang mengikuti bola sepak era awal 90-an pernah menikmati kemeriahan yang sama seperti sekarang. Kontroversi Tony Cottee, kehadiran Chris Kiwomnya, Laszlo Repasi dan Karl Heinz Weigang sama sebenarnya dengan kontroversi JDT dengan T-Team dan kehadiran Pablo Aimar, Luis Figuera dan Luis Cesar Jimenez. Prestasi pasukan kebangsaan Malaysia era 90-an dengan sekarang juga tak ke mana.
Ada sebabnya.
#1 - Pembangunan akar umbi yang tidak berstruktur
Biar gua jelaskan. Katakan ada seorang budak 7 tahun bernama Ramli. Sejak dari tadika lagi Ramli selalu memerhatikan abang-abang besar bermain bola di padang taman permainannya sambil bermain jongkang-jongkit. Kemudian, Ramli masuk darjah satu. Ketika itulah Ramli mula bermain bola sepak. Ramli bermain semasa kelas PJK, semasa cikgu takde di kelas dan selepas balik sekolah agama.
Semasa darjah 4, Ramli menghadiri sesi pemilihan skuad bola sepak sekolahnya. Ramli terpilih. Ramli mewakili sekolah di peringkat MSSD. Semasa darjah 5, Ramli mewakili daerah di peringkat MSSN. Semasa darjah 6, Ramli mewakili negeri di peringkat MSSM.
Apabila Ramli masuk ke sekolah menengah, Ramli sentiasa mewakili sekolah sehingga ke Tingkatan 5. Semasa di sekolah menengah, bakat Ramli menjadi kebanggaan sekolahnya. Ramai budak perempuan mintak kapel dengan Ramli. Walaupun Ramli berbakat besar, kadang-kadang je Ramli dapat mewakili daerah kerana pemilihan peringkat daerah dibuat oleh cikgu sekolah lain. Ramli tak pernah mewakili negeri kerana daerahnya selalu tersingkir awal semasa MSSN.
Selepas SPM, Ramli menganggur dan menjadi rempit di malam dinihari.
In parallel universe, Ramli plays for Man Utd apparently |
Bandingkan dengan senario ideal bagi Ramli.
Ramli bermain bola sepak sejak darjah satu. Mewakili sekolah semasa darjah 4. Ketika Ramli dalam darjah 4, Ramli pergi ke pemilihan akademi bola sepak Sabak. Di daerah Sabak Bernam, ada dua akademi; Sabak dan Sungai Besar. Persatuan Bola Sepak Selangor ada juga buat pemilihan di Shah Alam, tapi dia pergi ke pemilihan akademi bola sepak Sabak kerana lebih dekat dengan rumahnya. Semasa di akademi, Ramli berlatih setiap hari selama 3 jam bermula jam 3 petang. Ramli tak pergi sekolah agama kerana akademi bola sepak Sabak ada buat kelas agama 3 jam pada hujung minggu anjuran JAIS.
Setiap tahun, Ramli mewakili sekolah dan akademi bola sepak Sabak. Selepas habis MSSD pada bulan Mac, Ramli mewakili akademi bola sepak Sabak dalam Liga Tunas Bola Sepak Selangor. Acara bola sepak dalam MSSN dan MSSM dimansuhkan. Liga Tunas Bola Sepak Selangor lebih kompetitif. Persaingan antara akademi Sabak dan Sungai Besar sehangat Newcastle dan Sunderland. Akademi Petaling Jaya pula akademi bola sepak paling terkaya di Selangor. Ada 56 akademi semuanya di Selangor; masing-masing mewakili DUN di Selangor.
Apabila umur Ramli menginjak 13 tahun, Ramli terus mewakili akademinya di Liga Remaja Bola Sepak Selangor pula. Apabila Ramli berumur 17 tahun, Ramli ditawarkan sesi pemilihan oleh Persatuan Bola Sepak Perak selepas direject oleh Persatuan Bola Sepak Selangor kerana fizikalnya yang kurus. Kawan-kawan Ramli yang tak dapat apa-apa tawaran terus bermain dengan akademi Sabak dalam Liga FAM.
#2 - Tidak mematuhi The 10,000 Rule
Dalam situasi ideal, Ramli bermain dalam Liga Tunas, Liga Remaja Selangor sejak berumur 10 tahun. Kemahiran teknikal Ramli setaraf pemain professional. Mengikut The 10,000 Rule, sesorang perlu berlatih selama 10,000 jam untuk membolehkannya menjadi pakar dalam bidang yang beliau berlatih. Ramli berlatih 3 jam sehari, 5-6 hari seminggu selama 7 tahun. Setiap tahun, Ramli bermain lebih 30 perlawanan setahun.
RvP practises 10,000 touches everyday since he was 9 at SBV Excelsior |
Tetapi dalam senario bola sepak Malaysia ketika ini, Ramli hanya bermain maksimum 18 kali setahun. Itupun kalau Ramli mewakili sekolah, daerah dan negeri, bermain semua perlawanan dalam kumpulan, suku akhir, separuh akhir dan akhir di MSSD, MSSN dan MSSM. Belum kira kalau-kalau Ramli tercedera, pasukan tersingkir awal dan macam-macam lagi faktor yang tidak boleh dikawal (nenek meninggal, kucing beranak etc).
Buku-buku seperti Gold Mine Effect (Rasmus Ankersen) dan Outliers (Malcolm Gladwell) menjelaskan mengapa banyak pemain bola sepak berbakat berasal dari Brazil, banyak pelari jarak jauh dari Ethiopia dan banyak pelari pecut dari Jamaica.
#3 - Sikap orang Melayu dan Cina selepas peristiwa 13 Mei
Agak radikal sebenarnya idea ni. Apa kena mengena 13 Mei dengan bola sepak?
Selepas peristiwa 13 Mei, 'keamanan' Malaysia tercipta dengan orang Melayu mengukuhkan kuasa mereka dalam politik supaya mereka kekal menjadi 'tuan' di Malaysia dan orang Cina seboleh-bolehnya mengelak dari bertentang muka dengan orang Melayu. Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Tadaa...! Takde gaduh-gaduh lagi.
Cuba perhatikan. Pada mulanya gua salahkan sekolah vernakular sebagai punca orang Cina tak ramai main bola sepak. Tetapi gua silap. Selepas lepak dengan pak guard SJKC, gua dapati budak-budak Cina main juga bola sepak di padang sekolah mereka. Mereka sertai juga bola sepak MSSD (walaupun mereka selalu jadi kena belasah sekolah-sekolah lain).
Tetapi cuba perhatikan pula padang-padang taman perumahan atau mana-mana padang bola sepak awam. Hanya budak Melayu dan India yang rajin bermain. Budak Cina cepat-cepat balik rumah bila budak Melayu turun padang (seperti apa yang gua perhatikan semasa kecil dahulu).
Malaysia bukannya seperti di Amerika Syarikat. Di US, Brooklyn, Detroit dan Baltimore merupakan kawasan majoriti kulit hitam. New England kawasan orang kulit putih. El Paso, Texas kawasan orang Hispanic. Di Malaysia, di mana ada orang Melayu mesti ada komuniti orang Cina. Tiada komuniti Cina bermakna orang Melayu tiada bengkel motor, kedai runcit dan kedai hardware.
Ini bermakna, orang Cina pasti akan bertemu dengan orang Melayu sekurang-kurangnya sekali sehari. Tetapi mengapa mereka tidak turun padang bermain bola? Kerana mereka tidak berminat. Mengapa mereka tidak berminat? Kerana dari kecil mereka ditakut-takutkan oleh ibu bapa mereka, saudara mereka, kawan sebangsa mereka, kerajaan dan orang Melayu sendiri.
Jadi secara tidak langsung sentimen prejudis post-1969 ini telah menyingkirkan bakat-bakat bola sepak dari 27% populasi Malaysia secara automatik. Sedih kan?
Baca entri ini untuk buktikan hipotesis gua : Yong Kuong Yong
Tetapi cuba perhatikan pula padang-padang taman perumahan atau mana-mana padang bola sepak awam. Hanya budak Melayu dan India yang rajin bermain. Budak Cina cepat-cepat balik rumah bila budak Melayu turun padang (seperti apa yang gua perhatikan semasa kecil dahulu).
Malaysia bukannya seperti di Amerika Syarikat. Di US, Brooklyn, Detroit dan Baltimore merupakan kawasan majoriti kulit hitam. New England kawasan orang kulit putih. El Paso, Texas kawasan orang Hispanic. Di Malaysia, di mana ada orang Melayu mesti ada komuniti orang Cina. Tiada komuniti Cina bermakna orang Melayu tiada bengkel motor, kedai runcit dan kedai hardware.
Ini bermakna, orang Cina pasti akan bertemu dengan orang Melayu sekurang-kurangnya sekali sehari. Tetapi mengapa mereka tidak turun padang bermain bola? Kerana mereka tidak berminat. Mengapa mereka tidak berminat? Kerana dari kecil mereka ditakut-takutkan oleh ibu bapa mereka, saudara mereka, kawan sebangsa mereka, kerajaan dan orang Melayu sendiri.
Jadi secara tidak langsung sentimen prejudis post-1969 ini telah menyingkirkan bakat-bakat bola sepak dari 27% populasi Malaysia secara automatik. Sedih kan?
Baca entri ini untuk buktikan hipotesis gua : Yong Kuong Yong
1 nyamuk:
October 16, 2014 at 1:28 AM
Permalink this comment
Saya adalah seorang pemain bola sepak dan beberapa perkara dalam pernyataan anda adalah benar. Namun begitu, saya rasa sebab utama bahawa pemain cina tidak begitu ramai adalah kerana kami tidak diberi peluang yang sepatutnya. Daripada pengalaman saya semasa saya belajar di sekolah rendah, ada seglintir guru yang mengamalkan sikap pilih kasih. Saya dan beberapa kawan cina saya hanya diberi pilihan untuk menyertai kelab badminton atau ping pong. Di kawasan padang pula, pemain cina hanya bermain sendiri kerana tidak berani bergaul dengan pemain melayu. Lebih-lebih lagi, semasa saya kecil, apabila saya bermain bola dengan pemain melayu, mereka sentiasa sengaja mengejek saya disebabkan kaum saya serta sengaja bermain kasar dengan saya. Walau bagaimana pun, Ada sesetengah daripada mereka yang menerima saya. Kini, saya mewakili sekolah saya dalam pertandingan MSSD bawah 18 tahun. Dalam skuad saya, terdapat 4 pemain cina dan sekolah saya adalah antara beberapa sekolah yang mempunyai pemain cina dalam pertandingan MSSD. Saya harap sesiapa yang membaca komen saya tidak tersinggung perasaan dan menganggap saya seorang rasis. Saya tidak membenci mana-mana kaum serta menerima setiap orang sebagai manusia yang bertaraf sama tanpa mengira kaum dan bangsa