Bulan puasa tahun 2002 jatuh masa cuti semester. Biasanya budak lelaki 15 tahun yang tipikal masa ni akan duduk di rumah dan jadi lembu 24 jam. Kecuali lembu takkan main PS1 lepas makan dan tidur. Disebabkan bapak gua kerja kerajaan dan gua sendiri tak reti main game, gua buat kerja lain lepas makan dan tidur.
Puasa tahun ni special sikit. Bapak gua dapat satu tapak kat bazar Ramadan tengah-tengah pekan Sabak. 15 km dari pekan Sabak, ada satu lagi bazar kat satu lagi pekan yang lagi besar dari pekan Sabak sebab pekan tu ada The Store. Tu pekan Sg. Besar. Bapak gua dapat satu tapak kat bazar situ juga tapi kawan dia, Pak Hamid ambik upah jaga area situ.
Itu punya tahun, gua jual kebab ayam dan daging. Daging, bapak gua beli RM50 satu batang. Daging tu dah diproses awal-awal dan kemudiannya ditepek disekitar batang tersebut lalu disejukbekukan.Daging ayam mahal sikit dari daging lembu. Roti pun bapak gua beli dua jenis. Roti hotdog dengan roti pita Bosnia. Bapak gua siap beli pemanggang daging kebab yang pusing-pusing tu. Canggih sikit customer nampak, bapak gua kata.
Harga standard kebab daging masa tu RM 1.50. Kebab ayam RM 2.00. Bapak gua jual RM 1.20 untuk kebab daging, dan RM 1.50 untuk kebab ayam. Nasib baik tak ada orang lain jual kebab area-area situ. Kalau tak mau kena belasah bapak gua.
Disebabkan murah, kebab bapak gua laris macam sial di peringkat pelbagai lapisan masyarakat. Masuk pukul 5, gua punya busy sampai kucing menggesel-gesel kaki gua pun gua terajang. Adik darjah 3 gua yang terkial-kial refill mayonis pun gua tengking. Haha. Customer yang beli satu kebab bagi duit RM 50 gua halau pakai pisau potong roti. Makcik jual kuih sebelah yang enggan bagi duit kecik, gua bakar gerainya pada malam dinihari.
Tapi gua paling ingat satu customer gua yang paling setia ni. Bos Shell gua panggil dia sebab pak cik ni kerja bos kat stesen pam minyak Shell. Dari 1 Ramadan sampai ke 28 Ramadan, pak cik ni tak pernah miss beli 10 kebab daging dari gua. Tepat pukul 4.30pm, confirm datang. Kemudian, ada sorang pakcik ni. Tiap-tiap hari datang mintak gua buat kebab daging tapi sos jangan letak dalam bentuk ular melingkar panjang-panjang atas kebabnya. Jadi gua letak sos dalam bentuk dot dot banyak-bayak atas kebabnya. Just the way he likes it.
Satu benda yang gua paling suka masa ni, bila bapak gua ada kat gerai. Kadang-kadang gua dan adik daarjah 3 gua je jaga gerai berdua. Tapi bila bapak gua ada, gua memang suka. Masa berniaga ni, bapak gua nampak macam orang lain. Lagi happy, less grumpy.
You see, kat rumah bapak gua sentiasa buat muka tipikal orang kerja kerajaan balik rumah. Tak banyak cakap, nampak letih dan hisap rokok dekat buaian sorang-sorang. Masa nak raya, lepas tutup gerai, bapak gua pernah kata: "Haha...raya sakan la kita tahun ni..." Kat rumah, sumpah gua tak pernah dengar bapak gua cakap 'ha' pun. Apatah lagi 'haha'. Masakan pula 'hahahahaha'.
