• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers


Memperkenalkan paderi Terry Jones atau lebih mesra dikenali sebagai Bapak Terry di kalangan komuniti penduduk di Gainesville, Florida. Bapak Terry bekerja di Dove World Outreach Center, sebuah gereja Protestan non-denominational yang menentang homoseksual dan pengguguran janin sekeras-kerasnya. Tapi, ada satu benda yang gua nak lu orang tahu pasal Bapak Terry.

Bapak Terry ni anti-Islam. Tahap anti Islamnya terserlah bila Bapak Terry menulis buku; Islam of the Devil.

 

 Tapi, baru-baru ni Bapak Terry membawa kebencian Islamnya ke suatu tahap yang baru. Beliau bercadang untuk memperingati 9/11 yang akan datang dengan membakar Al-Quran secara besar-besaran. Bapak Terry juga mencabar mana-mana orang Islam yang tak bersetuju untuk datang berdialog dengannya semasa aktiviti ni berjalan (Gua harap pelakon dan penerbit Allah Made Me Funny datang untuk mewakili komuniti Islam Amerika).


Some things we need to ponder:
1. Gua ambik satu quote daripada seorang penganut Kristian Protestan sendiri (yang juga merupakan pemenang anugerah Nobel Keamanan paling muda), Martin Luther King, Jr.
"Hate begets hate; violence begets violence; toughness begets a greater toughness. We must meet the forces of hate with the power of love...Our aim must never be to defeat or humiliate the white man, but to win his friendship and understanding." - Martin Luther King, 1958
2. Masa gua mula-mula baca berita ni, gua tersilap baca nama gerejanya sebagai "Dove World Outrage Center."

3. "World Outreach Center". Sejak bila bakar-bakar kitab orang lain ni, an example of outreach?

4.  If we could get these guys into the same cave with members of the Taliban, along with some good translators, I'm pretty sure that there would be some spectacular "inter-faith dialog" as both sides realize how much them have in common....

5. And yeah, Bapak Terry pernah ditangkap polis pasal kes child pornography. 

Gua nasihatkan lu orang conclude pasal hal ni pakai otak. Jangan main hentam, mencarut, berfaking-faking Kristian. Ingat, Kristian yang terlibat ni Kristian Protestan. The denominational Christian memang kebanyakkan berselisih pendapat dengan Protestan dan kebanyakkan dari mereka berpendapat Islam dan Kristian patut co-exist.

 

Photo

Saturday, August 28, 2010

pada 11:28 AM


Zaman gua bersekolah darjah-darjah dulu, puasa tak best. Mak gua pukul 4 pagi lagi dah bangun panaskan lauk. Tepat 4.30 pagi, dikejutnya gua dan adik-adik suruh bersahur. Masing-masing liat bangun. Nak kena 3-4 kali round, baru kita orang bangun.

Habis sahur, mak gua ingatkan suruh berniat. Disuruhnya gua lafaz niat puasa kuat-kuat depan dia. Baru sambung tidur balik. Pukul 6 mak gua kejut balik. Mandi. Siap-siap pergi sekolah. Masa ni gua punya la benci duduk rumah kampung. Air sejuk nak mampos! 

Sekitar pukul 6.50 pagi, gua biasanya dah duduk atas buaian, pakai stokin. Masa ni gua selalu terdengar lagu Lemon Tree berkumandang di Radio Malaysia Selangor FM sampai gua boleh hapal. Siap pakai stokin, gua salam cium tangan mak bapak gua. Mak gua selalu pesan:"Belajor...! Kalau main, mak hantar sekolah Hindu estet!".

Waktu rehat masa bulan puasa memang menguji iman kanak-kanak 8 tahun macam gua. Jalan mana-mana, ada je member-member gua tak puasa makan roti bakar, nasik goreng, air milo, Horlicks. Kita yang puasa ni jadi rimas. Nak main bola kang letih pulak. Jadi, gua biasa duduk kelas, ambik kapur tulis kuning dan tenyeh kat name-tag gua. Nampak lawa sikit name-tag gua bertulisan kuning.

Balik sekolah, gua bernasib baik. Jarak antara rumah gua dengan sekolah pagi dekat je. Nak mengayuh basikal tengah-tengah hari time puasa ni boleh tahan lagi. Tapi nak pergi sekolah petang yang azab tuh. Tengah-tengah panas terik pukul 1.40pm, gua mengayuh ke sekolah ada nak 7 km gak. Sampai sekolah, masuk kelas, letak bag, terus tidur. Air liur bersepai. 

Masuk waktu rehat, gua dah mati akal. Biasa time-time gini, gua ligat main galah panjang. Kadang-kadang main polis sentri. Kadang-kadang main cop tiang. Tapi tengah puasa ni gua selalu pergi surau awal. Sambil berwuduk, gua telan sikit air masa berkumur-kumur. Tadah air kemain banyak sampai penuh dua tangan. Lepas masuk mulut, yang keluarnya tak cukup setadah pun.

Balik sekolah petang, mengayuh lagi. Biasa time-time gini gua singgah kedai Cina main tikam kejap. Lepas tikam, beli Ice Pong sekupang dan gonggong isap sampai balik rumah. Tapi tengah puasa ni, memang balik rumah terus la gamaknya. 

Balik rumah, gua terus mandi. Sambil mandi gua telan sikit-sikit air kolah tu. Kalau haus, air kolah tu memang rasa manis. Habis mandi, gua bersidai depan TV tengok Jejak Rasul. Zaman tu, Jejak Rasul punya lagu tema memang 'feel' didengar tengah-tengah nak berbuka.

Masa nak berbuka, family gua akan duduk bersila keliling dulang penuh dengan lauk. Masa ni, sayur masak bening pun nampak sedap. Ikan goreng pun dah nampak macam lauk kijang.

Photo

Friday, August 27, 2010

pada 12:54 AM



 Apa yang perlu koma buat adalah bawak komik dan baca kat tempat awam macam perhentian bas, klinik desa, pejabat kerajaan dan pastikan orang yang duduk sebelah boleh usha sikit-sikit komik tu. 

Dulu masa darjah-darjah, komik Dragon Ball tu memang selalu sangat member gua bawak ke sekolah. Harga komik RM3. Kertas pun kertas kuning old-school tu lagi. Gua nak kata minat Dragon Ball sangat, memang tak la. Tapi gua baca juga. Takde la nampak blur sangat bila member berpung pang pung pang pasal Dragon Ball masa rehat. Yang gua ingat, gua baca sampai Goku akhirnya dapat kalahkan Majin Boo. Masa tu darjah enam gua agak.



Masa gua sekolah petang (sekolah agama), kerani sekolah tu ada jual komik keagamaan. Nama komik tu Ana Muslim. Harga komik ni RM2.50. Duit belanja gua lima kupang je masa tu. Jadi, gua save duit belanja sekolah pagi dan petang gua dari Isnin sampai Rabu semata-mata nak beli komik ni. Gua memang tak pernah miss beli menatang alah ni sebab satu benda. Dalam komik ni, ada satu komik bersiri pasal bola sepak. Lukis pun lawa. Jadi gua selalu tiru lukisan ni dalam buku rampaian conteng gua sampai la gua dapat identiti lukisan gua sendiri.

Selain dua komik ni, ada jugak komik-komik lain. Anak-anak Sidek, Sailormoon, Dr. Arale, Dewata Raya, Old Master Q (komik Cina tanpa dialog yang selalu ada kat kedai gunting gambar). Tapi scene komik ni tak semeriah scene baca Dragon Ball oleh kanak-kanak zaman gua.


Masuk asrama, scene komik lagi ganas. You see, komik bagi budak asrama ni dah macam ganti TV. Cakap je la. Dari Gempak, Arena, Kreko, Crayon Sin Chan, Ujang, Apo?, Utopia, Starz, Pendekar Laut...semua gua baca! Scene komik kat asrama gua unik sikit. Kalau koma jalan-jalan tiba-tiba ternampak orang baca komik, koma kena cakap kat pembaca komik tu 'after' cepat-cepat untuk baca. 'After' ni kiranya dibs atau cop versi asrama gua la. Haha.

Ketaksuban kat komik dikalangan bebudak asrama ni memang tak pelik dah. Masa gua Form 2 dulu, ada satu puak senior orang panggil 'Blue Dream' bersempena dengan nama satu empayar jahat dalam komik Hong Kong - Wira Tunggal. Budak perempuan kelas gua selalu lukis gambar Sailormoon atas manila kad, digunting dan diletakkan bawah plastic sheet atas meja. Dah la kemain banyak lak tu. Gua ingat zaman ni, gua letak gambar Robert Pires yang gua kerat dari NST, atas meja gua.



Gua pun ada komik yang gua taksub jugak. Biasanya, sebelum gua baca Crayon Sin Chan, gua akan siapkan homework dulu sebab gua tak boleh menulis kalau asyik tergelak. Tangan gua jadi lembik. Payah nak menulis. Kalau orang lain baca Shin Chan, paling koman pun tersengih la bila lawak. Tapi gua kalau baca Sin Chan, jangan terkejut dengar gua gelak gila babi.

Dari segi art pulak, gua memang dilahirkan minat melukis dari kecik. Kalau Gempak, gua jadi excited kalau Fakhrul Anour atau HellSperm lukis. Kalau Apo?, gua suka dengan kartunis Lambok. Tengok Lambok lukis mulut orang pun gua dah gelak dah. Kalau Ujang, gua suka kartunis Bawang. Sin Chan lak gua suka dengan terjemahan Bahasa Melayunya yang skema dan baku.



Dah besar panjang ni, gua makin sangsi bila kartun yang gua suka semuanya tak ganas. Spongebob, Oggy, Family Guy, American Dad. Masa kecik kemain ganas lagi. Oh ya! Turn koma cerita pasal komik pulak.

Photo

Thursday, August 26, 2010

pada 10:24 AM


Popular Posts