• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Zaman gua bersekolah darjah-darjah dulu, puasa tak best. Mak gua pukul 4 pagi lagi dah bangun panaskan lauk. Tepat 4.30 pagi, dikejutnya gua dan adik-adik suruh bersahur. Masing-masing liat bangun. Nak kena 3-4 kali round, baru kita orang bangun.

Habis sahur, mak gua ingatkan suruh berniat. Disuruhnya gua lafaz niat puasa kuat-kuat depan dia. Baru sambung tidur balik. Pukul 6 mak gua kejut balik. Mandi. Siap-siap pergi sekolah. Masa ni gua punya la benci duduk rumah kampung. Air sejuk nak mampos! 

Sekitar pukul 6.50 pagi, gua biasanya dah duduk atas buaian, pakai stokin. Masa ni gua selalu terdengar lagu Lemon Tree berkumandang di Radio Malaysia Selangor FM sampai gua boleh hapal. Siap pakai stokin, gua salam cium tangan mak bapak gua. Mak gua selalu pesan:"Belajor...! Kalau main, mak hantar sekolah Hindu estet!".

Waktu rehat masa bulan puasa memang menguji iman kanak-kanak 8 tahun macam gua. Jalan mana-mana, ada je member-member gua tak puasa makan roti bakar, nasik goreng, air milo, Horlicks. Kita yang puasa ni jadi rimas. Nak main bola kang letih pulak. Jadi, gua biasa duduk kelas, ambik kapur tulis kuning dan tenyeh kat name-tag gua. Nampak lawa sikit name-tag gua bertulisan kuning.

Balik sekolah, gua bernasib baik. Jarak antara rumah gua dengan sekolah pagi dekat je. Nak mengayuh basikal tengah-tengah hari time puasa ni boleh tahan lagi. Tapi nak pergi sekolah petang yang azab tuh. Tengah-tengah panas terik pukul 1.40pm, gua mengayuh ke sekolah ada nak 7 km gak. Sampai sekolah, masuk kelas, letak bag, terus tidur. Air liur bersepai. 

Masuk waktu rehat, gua dah mati akal. Biasa time-time gini, gua ligat main galah panjang. Kadang-kadang main polis sentri. Kadang-kadang main cop tiang. Tapi tengah puasa ni gua selalu pergi surau awal. Sambil berwuduk, gua telan sikit air masa berkumur-kumur. Tadah air kemain banyak sampai penuh dua tangan. Lepas masuk mulut, yang keluarnya tak cukup setadah pun.

Balik sekolah petang, mengayuh lagi. Biasa time-time gini gua singgah kedai Cina main tikam kejap. Lepas tikam, beli Ice Pong sekupang dan gonggong isap sampai balik rumah. Tapi tengah puasa ni, memang balik rumah terus la gamaknya. 

Balik rumah, gua terus mandi. Sambil mandi gua telan sikit-sikit air kolah tu. Kalau haus, air kolah tu memang rasa manis. Habis mandi, gua bersidai depan TV tengok Jejak Rasul. Zaman tu, Jejak Rasul punya lagu tema memang 'feel' didengar tengah-tengah nak berbuka.

Masa nak berbuka, family gua akan duduk bersila keliling dulang penuh dengan lauk. Masa ni, sayur masak bening pun nampak sedap. Ikan goreng pun dah nampak macam lauk kijang.

Photo

Friday, August 27, 2010

pada 12:54 AM


14 nyamuk:

August 27, 2010 at 1:01 AM
Permalink this comment

said...

Bace kisah ko, aku terbayang suasana ala2 komik kampung boy.. Hoho..

Air kat kampung laa best.. Sesejuk tu rase macam nak berendam terus dalam kolah.. Wah.. Masyuk!!

August 27, 2010 at 1:09 AM
Permalink this comment

said...

@ FarhanaDr
pala la...haha..tengah2 hari bole la nak kata sedap...tengah2 subuh, seksa!

August 27, 2010 at 1:49 AM
Permalink this comment

said...

huish, gua paham. sebab rumah gua pon rumah kampung. tapi tang tengahari tuh memang panas la. mcm dalam sauna lu tau? huhu

August 27, 2010 at 2:31 AM
Permalink this comment

said...

hahahaha
tingat zaman kecik2
tapi aku xcuri2 minum air waktu mandi lah
hophoho

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

August 27, 2010 at 3:44 AM
Permalink this comment

said...

siut, wa kalau kumur-kumur waktu bulan puasa lebih 3 kali.

August 27, 2010 at 5:09 AM
Permalink this comment

said...

hahaha..

disebabkan kita ni around age aje, lebih kurang la apa yg ko tulis ni jadik ngan aku.hohohohohoho

sayur masak bening...lama seh tak makan

said...

pehh..kalau mak lu anta masuk sekolah hindu estate..cnfrm lg tinggi dugaan bln pose..xyah tido pn air liur lu dh bersepai tgk dorg mkn di bln ramadan..hahaha

August 27, 2010 at 10:47 AM
Permalink this comment

said...

cett.. kalu ko masuk skola hndu estet pon da pass weh.. :P ekkekee.. xpe r.. skang ko da kt U... perjuangan belum selesai.. yeah!

August 27, 2010 at 11:31 AM
Permalink this comment

said...

7km tu woi...memang memerlukan air kolah utk terus gantikan bendalir yg telah kluar.haha. aku pahamlah..jauh gak tu.skrg jgn lak kau buat lagi..air kolah skrg kalau kau minum..mcm2 penyakit leh dpt

August 27, 2010 at 1:19 PM
Permalink this comment

said...

hahahaha memang dah terbatal dah puasa kau mase tuh...

tapi xpe la.. budak umur 8tahun xkan la jujur sangat dak?

ok la tuh umr 8 tahun ko dah puasa penuh....aku umr 10thn br puasa penuh. kalau x main puase sekerat hari je. hahaha~

August 27, 2010 at 11:34 PM
Permalink this comment

said...

erk..aku g sekolah agama, pun penat sebab jalan kaki..tabah je la time tu..selalu sangat berharap ada yg baik nak tumpangkan..

tapi zaman now ni, kalau orang offer tumpang, bahaya gilaa..

August 28, 2010 at 2:01 AM
Permalink this comment

said...

cerita ni tergantung..sbnrnye smpai skrg pn lu still curi2 minum wtu wudhu kan?

August 28, 2010 at 12:30 PM
Permalink this comment

said...

@ farah
rumah gua tengah2 hari kalau panas ada ekon...haha

@ hans
haha..bagus ler..

@ reverie
haha..ada residual tu telan je la..

@ FaizalSulaiman
glad we could reminisce it

@ a little less conversation
nasib baik gua anak soleh dan taat kepada perintah ibu bapa

August 28, 2010 at 12:33 PM
Permalink this comment

said...

@ sYLaR
hampir nak selesai dah ni...hehe

@ fndrocka
seingat gua tak pernah sakit perut minum air paip

@ erine roslan
haha..apa main sekerat2 je ni

@ iyllienaz
zaman sekarang kalau main tumpang org kena jual black market kang

@ Razman
cabai lu..haha...

Popular Posts