Apa yang perlu koma buat adalah bawak komik dan baca kat tempat awam macam perhentian bas, klinik desa, pejabat kerajaan dan pastikan orang yang duduk sebelah boleh usha sikit-sikit komik tu.
Dulu masa darjah-darjah, komik Dragon Ball tu memang selalu sangat member gua bawak ke sekolah. Harga komik RM3. Kertas pun kertas kuning old-school tu lagi. Gua nak kata minat Dragon Ball sangat, memang tak la. Tapi gua baca juga. Takde la nampak blur sangat bila member berpung pang pung pang pasal Dragon Ball masa rehat. Yang gua ingat, gua baca sampai Goku akhirnya dapat kalahkan Majin Boo. Masa tu darjah enam gua agak.
Masa gua sekolah petang (sekolah agama), kerani sekolah tu ada jual komik keagamaan. Nama komik tu Ana Muslim. Harga komik ni RM2.50. Duit belanja gua lima kupang je masa tu. Jadi, gua save duit belanja sekolah pagi dan petang gua dari Isnin sampai Rabu semata-mata nak beli komik ni. Gua memang tak pernah miss beli menatang alah ni sebab satu benda. Dalam komik ni, ada satu komik bersiri pasal bola sepak. Lukis pun lawa. Jadi gua selalu tiru lukisan ni dalam buku rampaian conteng gua sampai la gua dapat identiti lukisan gua sendiri.
Selain dua komik ni, ada jugak komik-komik lain. Anak-anak Sidek, Sailormoon, Dr. Arale, Dewata Raya, Old Master Q (komik Cina tanpa dialog yang selalu ada kat kedai gunting gambar). Tapi scene komik ni tak semeriah scene baca Dragon Ball oleh kanak-kanak zaman gua.
Masuk asrama, scene komik lagi ganas. You see, komik bagi budak asrama ni dah macam ganti TV. Cakap je la. Dari Gempak, Arena, Kreko, Crayon Sin Chan, Ujang, Apo?, Utopia, Starz, Pendekar Laut...semua gua baca! Scene komik kat asrama gua unik sikit. Kalau koma jalan-jalan tiba-tiba ternampak orang baca komik, koma kena cakap kat pembaca komik tu 'after' cepat-cepat untuk baca. 'After' ni kiranya dibs atau cop versi asrama gua la. Haha.
Ketaksuban kat komik dikalangan bebudak asrama ni memang tak pelik dah. Masa gua Form 2 dulu, ada satu puak senior orang panggil 'Blue Dream' bersempena dengan nama satu empayar jahat dalam komik Hong Kong - Wira Tunggal. Budak perempuan kelas gua selalu lukis gambar Sailormoon atas manila kad, digunting dan diletakkan bawah plastic sheet atas meja. Dah la kemain banyak lak tu. Gua ingat zaman ni, gua letak gambar Robert Pires yang gua kerat dari NST, atas meja gua.
Gua pun ada komik yang gua taksub jugak. Biasanya, sebelum gua baca Crayon Sin Chan, gua akan siapkan homework dulu sebab gua tak boleh menulis kalau asyik tergelak. Tangan gua jadi lembik. Payah nak menulis. Kalau orang lain baca Shin Chan, paling koman pun tersengih la bila lawak. Tapi gua kalau baca Sin Chan, jangan terkejut dengar gua gelak gila babi.
Dari segi art pulak, gua memang dilahirkan minat melukis dari kecik. Kalau Gempak, gua jadi excited kalau Fakhrul Anour atau HellSperm lukis. Kalau Apo?, gua suka dengan kartunis Lambok. Tengok Lambok lukis mulut orang pun gua dah gelak dah. Kalau Ujang, gua suka kartunis Bawang. Sin Chan lak gua suka dengan terjemahan Bahasa Melayunya yang skema dan baku.
Dah besar panjang ni, gua makin sangsi bila kartun yang gua suka semuanya tak ganas. Spongebob, Oggy, Family Guy, American Dad. Masa kecik kemain ganas lagi. Oh ya! Turn koma cerita pasal komik pulak.
6 nyamuk:
August 26, 2010 at 10:44 AM
Permalink this comment
hahaha~
sama la dengan aku!
sampai sekarang aku masih baca komik~
dulu memang langgan Gempak, Utopia segala~ novel2 grafik~
aku kalau baca Sin Chan, seriously akan gelak sambil jatuh kerusi~
LOL!
August 26, 2010 at 11:53 AM
Permalink this comment
wahhh
aku kaki dragon ball. lama nak baca ana muslim sebab melanggan. rindu lak nak baca gempak ngn utopia tuh. ada 'lawak kampus' yg kelakar nak mampus
August 26, 2010 at 12:09 PM
Permalink this comment
Wira tunggal tu...gua addict sesangat..mana taknya..semua hensem2..hahaha
tiap2 minggu beli..
August 26, 2010 at 12:19 PM
Permalink this comment
aku layan gempak n utopia je dlu..
nak beli mesti kena kumpul duit belanje sekolh..huhu
August 26, 2010 at 8:40 PM
Permalink this comment
masa kecik2 aku kumpul ujang.. aku suke katun Tok Moh. tapi aku selalu bengang dengan pakcik aku sebab die ade habit akan baca buku sambil membuang hajat. so majalah2 ujang aku sll jadi mangsa die..
masuk sekolah menengah aku layan Gempak. budak2 lelaki yg rekemen. naik form 2 aku layan utopia pulak sbb mase tuh gempak lebih kepada katun manga jepun. aku tak layan sgt manga. aku kumpul utopia setiap keluaran smpai mak aku pun kalau tyme gaji je die offer belikan utopia utk aku. haha dlm utopia kau suke katun Le gardenia (sebab lukisan comel) dgn katun yg tiga column tuh... yang ade si bepop, si kosong dengan watak pe tah lagi dh lupe dh.
sampai aku part 1 degree aku still kumpul utopia. tapi naik part 2 aku xkumpul dh sbb dh byk tertinggal episode die...
tapi kalau katun tv spongebob n oggy sumpah kelakar. tapi kelakar lagi Sinchan... tv ke, komik ke, sumpah kelakar. tapi aku pelik. kenapa budak tadika tapi ponggong besar? haha ponggong die xleh blah doh.
ok, sekian time kasih. sape suro ko bagi peluang kt readers cte pasal komik dorg lak. kana ku dh terover comment dh nie..
;)
February 1, 2011 at 10:30 PM
Permalink this comment
cerita pasal komik, aku suka detective conan. . byk gk koleksi kat umah. . tp zmn skolah dulu je lah. . sekarang dah xminat.
masa kecik2 suka baca ujang dgn apo?. tu pun time balik kampung je pinjam abg sedara punya. hahha.