• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers



Dunia sains terbahagi kepada dua paksi. Creationism versus Evolution. Kedua-dua paksi ni ada pengikut mereka tersendiri. Yang percayakan kewujudan Tuhan, mereka akan belajar sains bersandarkan teori Creationism. Contohnya, pemilihan gen anak daripada persenyawaan sperma dan ovum mak bapaknya yang dipanggil 'natural selection' ditentukan oleh Tuhan mereka yang berkuasa memilih gen tertentu bagi keturunan seterusnya.


Kelemahan teori ni sudah pastilah dengan sikap pemalasnya yang nak mengkaji tentang sains. Kitab cakap itu, kau main telan je tak nak kaji.



Manakala, kumpulan yang lain akan belajar sains berpaksikan teori Evolution yang diilhamkan Charles Darwin. Dalam teori Evolution, 'natural selection' berfungsi apabila berlaku perubahan jumlah alel dalam gen yang sama (sila baca buku teks Biologi Form 5 untuk memahami apa jadahnya gua meracau ni) bagi penduduk dalam satu populasi. Bukannya kuasa Tuhan. Tuhan tak ada.

Dalam teori ni, Darwin mencadangkan kalau dalam populasi masyarakat yang berjumlah 30 orang. 28 orang mempunyai mata berwarna hitam dan 2 orang mempunyai mata berwarna hijau. Lama-kelamaan, populasi keturunan masyarakat tersebut akan berubah menjadi mata hitam kesemuanya. Bagaimanapun, teori ni mempunyai kelemahan kerana Darwin tidak menjelaskan secara terperinci dari segi biokimia bagaimana evolusi berlaku.


Kemudian, pada era 1900-an satu lagi teori muncul dalam dunia sains iaitu 'Intelligent Design' (ID). Dalam ID, semua proses dan mekanisme sains ada 'manual instruction' masing-masing. Dan 'manual instruction' itu takkan berfungsi kalau salah satu komponen yang terlibat hilang/rosak. Contohnya, kita takkan dapat melihat kalau retina mata kita rosak. 


ID mencabar kedua-dua fahaman awal tadi. ID mencabar Creationism dengan mengemukakan soalan: "Macam mana Tuhan memilih gen manusia? Adakah Dia pilih secara rawak atau pilih dengan main osom-osom?".  ID menolak idea Creationism kerana terlalu banyak unsur ketidakpastian pasal kuasa supernatural yang tak dapat dibuktikan secara empirikal.

Manakala, ID mencabar teori Evolution dengan soalan: "Apakah mekanisme yang berlaku sehingga membolehkan gen yang majoriti diwarisi lebih banyak oleh keturunan seterusnya?". ID juga menolak idea Evolution kerana idea Darwin ini tak dapat menjelaskan mekanisme yang berlaku dari segi biokimia semasa 'natural selection'.

Sumbangan ID terhadap dunia sains amat besar. Daripada ID, kita dapat tahu melalui gambarajah Kreb Cycle yang sebenarnya orang mabuk selepas minum alkohol kerana berlaku lambakan acetaldehyde selepas alkohol diuraikan di hati. Kreb Cycle diumpamakan sebagai 'manual instruction' bagaimana badan boleh jadi penat.

Tetapi ID tidak menyatakan dengan jelas siapa pencipta 'manual instruction' tersebut dengan jelas. Bagi penganut Islam, Allah la jawapannya. ID dah poyo mengatakan SEMUA aspek sains boleh dijelaskan dengan 'manual instruction' walhal mereka tidak dapat menjelaskan kewujudan Tuhan kerana tiada 'manual instruction tentang bagaimana Tuhan terjadi. Jadi, ID merujuk pencipta 'manual instruction' ini sebagai 'The Designer'.

Dari sini, kita boleh nampak ID yang pada mulanya nampak semacam penambahbaikan bagi kedua-dua teori sebelum ni sebenarnya pun ada kelemahannya.

Sebabnya adalah, ID pergi terlalu jauh sehingga mahu mencari bukti empirikal kewujudan Tuhan. Dalam ID apa-apa yang tidak dapat dibuktikan secara empirikal, tidak diterima. Apabila gagal, mereka menolak kesimpulan bahawa Tuhan adalah pencipta semua 'manual instructions' ni. 

Bagi gua, ini bukti akal manusia walau sebijak mana masih terlalu terhad pengetahuannya. 

Sometimes, we just have to take a leap of faith at things like this. Why? Because we're dumb creatures! And that's where religion comes to hand. No matter what your religion is. Bagi gua, sains dan agama tak boleh dipisahkan. Sains melengkapkan agama dan agama melengkapkan sains.

Err..untuk pengetahuan, ni semua baru mukadimah untuk entri gua lepas ni.

Photo

Monday, September 5, 2011

pada 10:33 AM


Labels:
,
,

Insert Funny Title Here
Dipos oleh avid

Saya berjanji akan selalu meng-update blog ini dan Blogbusters. Sibuk menjilat punggung boss, sibuk bekerja untuk memenuhi nafsu konsumerisme adik-beradik, sibuk meracau tengok Arsenal main sejak akhir-akhir ni bukanlah alasan bagus untuk berhenti meng-update.

Yang benar,
Avid

Photo

Sunday, September 4, 2011

pada 11:54 AM


Labels:

Prolog

Salah satu benda yang gua suka pasal diri sendiri selain dari fakta bahawa gua merupakan satu-satunya budak yang boleh timbang bola takraw lebih dari 20 kali tanpa landing kaki semasa sekolah menengah dahulu adalah fakta bahawa gua takde alergi.

Gua boleh melahap apa jua makanan laut macam ketua puak Jahiliyyah. Gua boleh makan peanut, kebal dari serangan serangga dan habuk. Semasa gua Form 4. gua pernah tengok sendiri apa seekor udang sambal boleh buat terhadap muka member gua. Gua memanjat syukur kepada Ilahi kerana boleh menghabiskan sambal udangnya pada hari itu.

Bab 1 - Hari sibuk

Jumaat lepas, gua agak sibuk di tempat kerja sampai takde can Kak Nani (bukan nama sebenar) untuk bercerita tentang hal ehwal rumahtangganya kepada gua. Gua punya sibuk sampai lepas sembahyang Jumaat gua terus angkat punggung masuk ofis balik. Takde duduk berwirid, semayang rawatib lagi dah. 

Sebelum masuk ofis, gua makan tengahari dulu. Gua cedok lauk sardin dan sayur kacang panjang itu hari. Rasa macam selipar.

Bab 2 - Orang belanja

Habis kerja, gua bersiap-siap balik rumah. Entah dari mana datang, Yus (bukan nama sebenar lagi) datang hulur lebihan muffin dua bijik kepada gua. Gua ucapkan terima kasih dan dengan sekali ngap, gua kunyah dua muffin itu sekaligus.

Bab 3 - Tidur terganggu

Malam itu, ketika tidur gua perasan ada sesuatu yang tidak kena. Gua kerap menggaru-garu kedua-dua peha dan lengan gua sehingga tidur gua terganggu. Gua bangun tidur pada hari itu dengan perasaan hambar. Sial, sabtu-sabtu pun kena kerja jugak.

Bab 4 - Aneh

Pada pukul 10 pagi, gua terperasan sesuatu yang aneh di lengan gua. Di sebalik kulit lengan gua (yang boleh la tahan putihnya kalau nak banding dengan muka gua), terdapat tompok-tompok merah yang gatal. Di pergelangan tangan gua, terdapat tompok-tompok merah yang membentuk nombor '7'. Sekali tengok cool pulak ada 'tatu' nombor 7. Keh keh.

Bab 5 - Bertambah teruk

Tengah hari itu, gua terus balik dan kait 2 bijik kelapa muda untuk diminum atas nasihat bos gua. Menurutnya, benda tu jadi sebab darah gua beracun. 

Bila petang, gatalnya makin menjadi-jadi sampai ke muka gatalnya. Badan tak usah cerita. Dah macam kera jadinya gua. Bila gua perhatikan muka gua di cermin kereta, gua nampak muka gua dah berbintat-bintat satu muka. Gatalnya memang macam celaka. 5-6 orang member gua kata ni sebab gua ada alergi dan gua kena mandi air garam.

Bab 6 - Mandi air garam

Malam semalam, gua bancuh air garam dua baldi besar untuk persiraman gua. Usai madi dua baldi air garam, gua jadi tenang seketika sambil melayan Kelantan lawan Terengganu di TV sambil mencarut kepada kualiti permainan yang rendah dan kualiti komentar Zainal Abidin Rawop. 

Gua tak tahulah mandi air garam ni betul-betul berkesan atau hanyalah kesan placebo, tetapi perlahan-lahan tompok-tompok merah di badan gua makin surut. Kecuali tangan gua yang masih bengkak dan sukar digenggam (in fact, gua menaip entri ni dengan tangan yang bengkak). gua rasa gua dah okay.

Epilog

Gua tak alergik dekat sardin sebab dah berkali-kali gua makan sardin sebelum ni. Tapi muffin si Yus ni gua takkan makan lagi. Untuk keselamatan masa hadapan, gua ishtiharkan gua alergik muffin.

Photo

Sunday, June 12, 2011

pada 12:05 PM


Labels:
,
,
,

Popular Posts