Dunia sains terbahagi kepada dua paksi. Creationism versus Evolution. Kedua-dua paksi ni ada pengikut mereka tersendiri. Yang percayakan kewujudan Tuhan, mereka akan belajar sains bersandarkan teori Creationism. Contohnya, pemilihan gen anak daripada persenyawaan sperma dan ovum mak bapaknya yang dipanggil 'natural selection' ditentukan oleh Tuhan mereka yang berkuasa memilih gen tertentu bagi keturunan seterusnya.
Kelemahan teori ni sudah pastilah dengan sikap pemalasnya yang nak mengkaji tentang sains. Kitab cakap itu, kau main telan je tak nak kaji.
Manakala, kumpulan yang lain akan belajar sains berpaksikan teori Evolution yang diilhamkan Charles Darwin. Dalam teori Evolution, 'natural selection' berfungsi apabila berlaku perubahan jumlah alel dalam gen yang sama (sila baca buku teks Biologi Form 5 untuk memahami apa jadahnya gua meracau ni) bagi penduduk dalam satu populasi. Bukannya kuasa Tuhan. Tuhan tak ada.
Dalam teori ni, Darwin mencadangkan kalau dalam populasi masyarakat yang berjumlah 30 orang. 28 orang mempunyai mata berwarna hitam dan 2 orang mempunyai mata berwarna hijau. Lama-kelamaan, populasi keturunan masyarakat tersebut akan berubah menjadi mata hitam kesemuanya. Bagaimanapun, teori ni mempunyai kelemahan kerana Darwin tidak menjelaskan secara terperinci dari segi biokimia bagaimana evolusi berlaku.
Kemudian, pada era 1900-an satu lagi teori muncul dalam dunia sains iaitu 'Intelligent Design' (ID). Dalam ID, semua proses dan mekanisme sains ada 'manual instruction' masing-masing. Dan 'manual instruction' itu takkan berfungsi kalau salah satu komponen yang terlibat hilang/rosak. Contohnya, kita takkan dapat melihat kalau retina mata kita rosak.
ID mencabar kedua-dua fahaman awal tadi. ID mencabar Creationism dengan mengemukakan soalan: "Macam mana Tuhan memilih gen manusia? Adakah Dia pilih secara rawak atau pilih dengan main osom-osom?". ID menolak idea Creationism kerana terlalu banyak unsur ketidakpastian pasal kuasa supernatural yang tak dapat dibuktikan secara empirikal.
Manakala, ID mencabar teori Evolution dengan soalan: "Apakah mekanisme yang berlaku sehingga membolehkan gen yang majoriti diwarisi lebih banyak oleh keturunan seterusnya?". ID juga menolak idea Evolution kerana idea Darwin ini tak dapat menjelaskan mekanisme yang berlaku dari segi biokimia semasa 'natural selection'.
Sumbangan ID terhadap dunia sains amat besar. Daripada ID, kita dapat tahu melalui gambarajah Kreb Cycle yang sebenarnya orang mabuk selepas minum alkohol kerana berlaku lambakan acetaldehyde selepas alkohol diuraikan di hati. Kreb Cycle diumpamakan sebagai 'manual instruction' bagaimana badan boleh jadi penat.
Tetapi ID tidak menyatakan dengan jelas siapa pencipta 'manual instruction' tersebut dengan jelas. Bagi penganut Islam, Allah la jawapannya. ID dah poyo mengatakan SEMUA aspek sains boleh dijelaskan dengan 'manual instruction' walhal mereka tidak dapat menjelaskan kewujudan Tuhan kerana tiada 'manual instruction tentang bagaimana Tuhan terjadi. Jadi, ID merujuk pencipta 'manual instruction' ini sebagai 'The Designer'.
Dari sini, kita boleh nampak ID yang pada mulanya nampak semacam penambahbaikan bagi kedua-dua teori sebelum ni sebenarnya pun ada kelemahannya.
Sebabnya adalah, ID pergi terlalu jauh sehingga mahu mencari bukti empirikal kewujudan Tuhan. Dalam ID apa-apa yang tidak dapat dibuktikan secara empirikal, tidak diterima. Apabila gagal, mereka menolak kesimpulan bahawa Tuhan adalah pencipta semua 'manual instructions' ni.
Bagi gua, ini bukti akal manusia walau sebijak mana masih terlalu terhad pengetahuannya.
Sometimes, we just have to take a leap of faith at things like this. Why? Because we're dumb creatures! And that's where religion comes to hand. No matter what your religion is. Bagi gua, sains dan agama tak boleh dipisahkan. Sains melengkapkan agama dan agama melengkapkan sains.
Err..untuk pengetahuan, ni semua baru mukadimah untuk entri gua lepas ni.
Err..untuk pengetahuan, ni semua baru mukadimah untuk entri gua lepas ni.
2 nyamuk:
September 16, 2011 at 3:10 PM
Permalink this comment
Makin ganas entri lu. Gua tunggu sambungan.
Selamat hari raya.
September 25, 2011 at 12:49 PM
Permalink this comment
evolution is a deceit.banyak dah saintis2 seantero dunia tolak perkara ni. kalau betul la evolusionism ni, kenapa kita tak pernah jumpa fosil binatang2 transitional e.g dari monyet nak jadi orang mesti ada makhluk pertengahan, tapi tak jumpa pun. ada gak yang evolusionis claim sebagai makhluk transitional, tapi disangkal melalui kajian. try reading harun yahya