• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

If there is one thing I could say about stereotypes, it is that they ain't true at all. Like Irish are bad drunks. Canadian are afraid of dark. English have bad teeth. Chinese eat anything that moves. Kelantanese are bad-asses (in a bad way). Malaccan curse like a docker.

Bila gua baca entri akak ni, gua teringat cerita makcik gua. Makcik gua yang sorang ni kehilangan anaknya dalam satu kes samun. Lepas siasatan dijalankan, dua orang pemuda Kelantan ditangkap and the rest is rock and roll history. Not important.

Lepas kematian anaknya, makcik gua jadi paranoid dengan orang Kelantan. Benci, takut, geram. Tiap-tiap kali gua datang rumah dia, makcik gua ni selalu 'nasihatkan' gua jangan rapat dengan orang Kelantan. Jangan percaya dengan orang Kelantan bla bla bla.

Tapi gua tetap berkawan dengan budak Kelantan macam biasa. Gua mengaku orang Kelantan ni kuat berasabiah, suka berjalan sesama clique tapi sepanjang pengalaman gua berkawan dengan dorang, orang Kelantan ni hilarious, funny and easy going. 

I'm sorry auntie (Lek, silap aku njlok dingapuro. Wes suwi orak ngomong jowo). I just think you have no right whatsoever to judge people before you know 'em. You see, I cherished every moments I spent with your son.  You know how close we were back when I was a kid. He used to be my coolest cousin ever. From him, I learnt how to make meriam palung, touched my first guitar and listened to XPDC tunes in his room. Yup, I missed him.

Gua tak paham kenapa kita cepat bersikap prejudis terhadap orang lain. Beria-ria fuck fuck Israel padahal bukan semua orang Israel sokong dan terlibat dalam Zionism. Beria-ria hentam blogger yang berpemikiran liberal, kononya berkiblatkan barat padahal mereka sekadar bertanyakan pendapat bukannya mengeluarkan fatwa. 

All right. Let's make this a lil' bit more interesting.

I am a Muslim of Javanese descendant. My family and I practice good old Malay traditions which basically revolves around Islamic life. But, I listen to all kind of 'bad' musics, I watch a lot of western TV shows and I hate how local TV shows turn out these days. One day, I would love to befriend with Jews and I believe they can't be any worse than us Malaysians. Last but not least, I believe aliens exist.

Hahaha. Judge gua sekarang!

Photo

Saturday, October 30, 2010

pada 12:12 PM


Labels:

Too Hot for a Teacher
Dipos oleh avid

Masa gua form 2, dalam subjek Kemahiran Hidup kena belajar Prinsip Akaun. Untuk belajar subjek ni, semua budak kena beli buku lejar. Setiap kali habis kelas, cikgu Rohana akan bagi soalan suruh buat dalam buku lejar. Siapa tak siap, kena berdiri kat koridor luar kelas dan siapkan.

Bermulanya saat belajar prinsip akaun ni, gua tahu gua BENCI subjek ni. Gua rasa nak makan-makan je buku lejar ni dengan harapan buku lejar tu akan keluar sebagai tahi. Lagi sedap nak menganjing, bila bukan gua seorang yang tak suka subjek ni.

Jadi, setiap kali ada homework akaun, gua akan cop buku lejar Chem atau Hazim dulu. Chem dan Hazim suka akaun. Budak-budak lain termasuk gua tak suka. Jadi tiap-tiap kali Chem dan Hazim nak start buat homework akaun, kita orang akan tangguhkan perlawanan sepak tutup botol sewaktu prep malam di kelas.

Tetapi semua itu berubah bila cikgu Rohana cuti bersalin dan digantikan dengan cikgu Naslinor. Ketibaan cikgu Naslinor merubah minat gua dan rakan-rakan dalam akaun. Gua semakin rajin menelaah buku teks dan makin pandai buat homework sendiri. Ketabahan dan kesabaran cikgu Naslinor dalam membimbing kita orang, membuatkan kami bertambah rajin dan tekun mempelajari prinsip akaun.

Bullshit. Hahahaha.

The truth is, Cikgu Naslinor was (and I hope still is) hot. Kalau dalam skala 1-10, gua bagi 8.7. You see, memakai tudung dengan kedua-dua hujung tudung disempangkan ke bahu (catch my drift?) tidak boleh dilakukan di kelas tingkatan 2 yang rata-rata budak lelakinya baru menjejak pubety. With a pretty smile and adorable attitude, she quickly established herself as our favourite teacher within what...? Two classes? In my case, it took 15 of minutes of her introducing herself in our class to become my 3rd favourite teacher of all time. Hahaha..all time, beb!

Thanks to Cikgu Naslinor, semua budak yang dulunya benci akaun, suka kelas prinsip akaun. Masing-masing berebut-rebut tanya soalan dengan harapan Cikgu Naslinor akan datang dekat ke meja dan tunjuk dengan jarinya yang comel. And if you're funny, she'd make this childish giggle that makes you wish the class didn't last for the next 3 hours.

Natijahnya, Chem dan Hazim semakin dipinggirkan. Budak-budak gua dah tak main sepak tutup bola lagi dah masa prep malam. Budak-budak perempuan geleng-geleng kepala, tengok perubahan positif budak-budak laki.

Personally, Cikgu Naslinor did help me on this subject. Dia memang pandai mengajar akaun. Gua masih benci akaun, tapi thanks to her gua boleh buat homework gua sendiri. I think that's why I inducted her in my all-time favourite teacher list. A list of teachers who changed my sorry life. 

Sementara itu, kat Italy sekumpulan mak bapak di sebuah sekolah Katolik berprestij di Milan bertindak meng-transfer anak-anak mereka atas sebab Miss Tacconelli pernah muncul seksi dalam satu video lama yang tersebar di Internet. I find this completely absurd. Bukannya Miss Tacconelli pakai bikini pun ajar budak-budak tu. Ceh back up Miss Tacconelli tuh! Bukannya cikgu gua pun! Hahaha.

So, what do guys think? Hot teacher: Inspiring or Distracting?


Photo

Friday, October 29, 2010

pada 3:16 PM


Labels:

Member gua ada tanya gua apa nama sedap untuk kedai serbaneka baru dia. Gua jadi excited jap, jadi gua mula hamburkan beberapa nama untuk dia. Tapi, last-last dia pilih 'Hop-In' sebagai nama kedainya. Dari segi definisi 'hop in' tu sendiri memang dah cun dengan tujuannya untuk tarik pelanggan masuk kedainya. Catchy pun catchy. So, kalau lu orang pergi stesen bas Bandar Tasik Selatan dan nampak ada kedai nama 'Hop-In', masuk la! Lu orang petik nama avid gunner, sure dapat diskaun punya! Ha ha.

Anyway, berkaitan dengan nama kedai, gua ada beberapa cadangan untuk sape-sape yang nak bukak bisnes tapi nak nama kedai yang distinctive yet catchy.Ye la, kadang-kadang bosan jugak bila balik-balik nama Restoran Kak Nyah, Peter File (sebut laju-laju!) Engineering Sdn. Bhd jugak yang diletaknya. Tak kreatif!

Brilliantly done! (Credit)

1. Jenis perniagaan: Kedai disco, kelas tarian, kelas balet, dangdut etc.
Nama perniagaan:  Attic Monkeys 
Tagline: "I Bet You Look Good on the Dancefloor"
 
Deskripsi: Huh? Huh? Genius, right? Bayangkan bila pakcik-pakcik dangdut nampak signboard kelab dangdut yang tertera tagline tu. Atau mungkin dari business card korang. Self-esteem mereka akan meningkat dan mereka akan melupakan persepsi negatif masyarakat bahawa 'orang tua duduk rumah bawak bertaubat sudah la'. Kaum lelaki akan lebih berani mempelajari tarian balet sebab dia orang tau Arctic Monkeys bukan budak-budak gay. Ha ha ha. Maka, market audience bisnes kelas balet korang akan lebih meluas dan tidak terhad kepada golongan wanita dan gay sahaja.



2. Jenis Perniagaan: Premis permainan paintball, laser tag di Ulu Kelang, Ulu Klawang
Nama perniagaan: Sack Pistols
Tagline: "Anarchy in the UK"

Deskripsi: Tagline ni memberikan gambaran bahawa pelanggan boleh mempraktikkan ke-anarki-an masing-masing di dalam premis perniagaan korang. Setelah berjam-jam berada di dunia luar yang penuh dengan undang-undang, premis lu orang membolehkan pelanggan go mental and 'kill' people. Hey, kita pun ada beast dalam diri kita apa? Remember Dr. Jekyll? Lagi cun, masa pelanggan main lu orang pasang lagu berhantu Sex Pistols ni dalam premis biar terserlah sikit ke-anarki-an mereka. Ha ha ha.


 
3. Jenis Perniagaan: Romantic, fancy restaurant
Nama perniagaan: Guy le Sebastienne
Tagline: "Angels Brought Me Here"

Deskripsi: Tagline ni membolehkan pelanggan meraikan first date mereka di dalam restoran lu orang yang terkenal dengan 'Valrhona chocolate souffle with a raspberry sauce, topped with caramelized bananas and hazelnut gelato' dan good old red syrup (instead of red wine ha ha ha). Satu hari nanti, si perempuan pasangan tersebut akan teringat kenangan 1st date di restoran lu orang dan berkata: "Yes, my angel brought me here ~".


4.Jenis Perniagaan: Muzium-muzium di Malaysia
Nama perniagaan: Creep
Tagline: "With Arms Wide Open"

Deskripsi: Seperti yang diketahui, muzium bukanlah sebuah destinasi popular bagi keluarga di Malaysia untuk menghabiskan masa berkualiti bersama-sama. Sebaliknya, mereka lebih gemar ke fun fair, taman tema air dan pantai-pantai peranginan. Jadi, korang boleh lah re-brand muzium korang ke tagline ni. Tapi gua tak pasti, bisnes lu orang boleh naik atau tak sebab Creed sendiri pun dah takde dah. Entah ada orang ingat lagi ke entah? Ha ha ha.


5. Jenis Perniagaan: Kedai-kedai pakaian wanita 'terkini'
Nama perniagaan: Acnes Monica
Tagline: "Tak Ada Logika"

Deskripsi: Kalau korang jual baju-baju wanita macam tank top, baby-T, short jeans, low-cut jeans atau senang kata apa-apa pakaian wanita yang kecik-kecik, tapi mahal nak mampus (e.g RM69.90 for a size S baby-T yang ada print 'funky' or whatever), eloklah letak nama dan tagline di signboard kedai seperti yang gua cadangkan. Many boyfriends will find it hard to contain their smirk that their girlfriend think their boyfriend enjoy buying them things from your store. 


p/s: I won't sue you guys for using these names. Tapi, hulur-hulur la free coupon sikit. Ha ha ha.

Photo

Wednesday, October 27, 2010

pada 11:40 AM


Labels:

Popular Posts