Petang Jumaat tu entah nape semangat aku lain macam. Letih baru balik sembahyang Jumaat tak hilang lagi. Penatnya mengalahkan siak masjid selepas moreh sembahyang terawih. Biasa time-time camni la best mimpi jadi manager Arsenal. Tapi bukan petang ni. Petang ni aku dah janji dengan budak-budak group Process Control aku nak discuss Case Study #2. Masuk library aku terasa macam budak-budak U macam drama Dunia Baru. Aku perasan pakcik yang duduk kat kaunter depan library tu dok usha-usha aku. Baju Inter Milan aku lawa kot, aku cuba sedapkan hati. Padahal tak pakai kad matrik.
Habis je pung pang pung pang berdiscuss, aku balik ngan Wan. Sebelum balik, aku ajak dia pekena teh dulu. Baru la retro sikit. Aku cari pisang goreng tapi satu kedai pun tak jual. Apa dia ingat bisnes pisang goreng runcit-runci, income pun runcit-runcit gak ke? Tu la. Bukak kedai tak kaji demand pelanggan. Ada ke petang-petang jual nasi ayam..
Habis pekena teh, Wan dengan tidak semena-mena ajak aku gi Jusco Bukit Indah yang baru bukak tu. Aku on je. Asyik-asyik aku turun nak main takraw petang-petang, takde orang turun je. Hambik ko. Aku gi window shopping. Budak perempuan kelas aku pun tau bersukan petang-petang. Silap-silap dorang dapat wakil UTM dalam acara main layang-layang.
Sampai Jusco, aku, Wan, Fadh ngan Toha gi usha suma kedai. Fadh usha awek skali. Dah siap usha, mesti mau bawak buah tangan sikit. Aku rembat kacang tanah. Kebetulan ada sale hari tu. Kira ok la. Dalam piramid makanan, kacang la yang kena makan paling banyak. Yang mamat tiga ekor ni pulak masing-masing beli asam. Asam? Pegi jauh-jauh beli asam je? Pastu kitorang masing-masing beli aiskrim. Makan berempat sama-sama satu meja. Sial. Macam Westlife makan aiskrim.
Habis gi Jusco, kitorang gi dinner dulu. Berempat. Sama-sama satu meja. Masing-masing makan macam ketua puak Jahiliyyah. Kecuali Fadh. Dia sangat bersopan. Civilized people la kononnya. Aku tengok macam pengantin pun ada.
Habis makan, kitorang decide on the spot nak main bowling. Kebetulan lak aku memang teringin benar nak main. First time, beb. Sebelum tu, layan pool sepapan dua dulu. Habis main, aku rasa bangga beb. Dua kali strike, beb. 1st time main aku hit 100++ pin. Frame 1 ngan 7 je spoil. Masuk longkang. Ala, Toha ngan Wan pun sama. Fadh je konsisten. Memang layak pun dia menang. Wa respek lu, Fadh.
Balik kolej dah pukul 2 lebih. Macam sialnya letih. Tapi at least aku ada story nak cite di hari tua nanti kepada cucu-cucu aku. Korang ndak cite korang tidur petang-petang masa belajar kat U kat cucu-cucu korang? Atuk/Nenek tak senonoh langsung..
Sepetang Bersama KBF
Dipos oleh
avid
Sunday, February 1, 2009
pada 3:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 nyamuk:
February 1, 2009 at 10:23 AM
Permalink this comment
wah...kowank xnak join team layang2 ke?
klu nak bg name kat leader..chelala~
February 1, 2009 at 10:52 AM
Permalink this comment
la...bole join ke...
aku ingat korang x ambik dak laki dalam team korang...haha...
February 1, 2009 at 10:53 AM
Permalink this comment
ala.. lorat nau.. ingt aku cam ko ke.. tido petang. tengok perut la brother.. hahaha
February 1, 2009 at 11:15 AM
Permalink this comment
perut ko mana ada isi...
x mcm aku....six pack abs, beb....ha ha
February 1, 2009 at 12:51 PM
Permalink this comment
Teror benau fad men bowling..
Mata sambil usha awek...
=)
February 1, 2009 at 4:09 PM
Permalink this comment
ni cte yg haritu pakai moto fadh tu ke?hahah..
'fadh makan macam pengantin'..sengal!
February 1, 2009 at 7:28 PM
Permalink this comment
@ anike
weh...power doh...tengok je kaki lintang pukang nak baling bola boling tu...tapi mantop...
@ da'daffodil D
ha'a...cite petang tu...
aku nengok ko pun bole kalah kot ngan fadh dalam kesopanan masa makan...
February 6, 2009 at 2:24 PM
Permalink this comment
mak....panjang tol menaip..sehebat mata cyclops aku baca yg penting je..dan tergelak part westlife..erkkkkk
February 6, 2009 at 6:16 PM
Permalink this comment
@ bubbye
ha ha...kalo ndak ko highlight la sikit monitor ko masa tgh baca tu..