• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Blogs You Want To Check Out
Dipos oleh avid

Pertama sekali, ingin gua jelaskan punca gua tak update sekerap bulan-bulan lepas. Pertama, bulan-bulan lepas gua takde dua tiga projek kejuruteraan yang perlu dibuat dalam satu-satu masa. Kedua, orang lain pun sibuk agaknya, komen kat post gua pun makin kurang. Bukan blog gua sahaja, blog-blog lain pun sama. Jadi, motivasi untuk menulis is at its all time low.

Tapi meskipun gua tak update, gua masih baca beberapa blog yang berada dalam senarai must-read gua. Kebanyakkan blog ni kebiasaannya akan gua baca in a daily basis. Tak keterlaluan kalau gua katakan gua lebih kerap membaca blog dari membaca akhbar online. Dan gua rasa maklumat tersebar lebih pantas di blogosphere berbanding di laman web akhbar-akhbar utama Malaysia.

Berikut adalah senarai blog must-read gua yang mungkin tak cukup high profile lagi di kalangan blogger Malaysia:


Blog ni merupakan salah satu blog paling terawal di dunia. Dibangunkan pada 1999, blog ni menyajikan berita-berita terkini dari politik, ekonomi, sains dan teknologi yang terbaru setiap hari. Banyak material yang gua tulis diinspirasikan dari blog ni.

Membaca blog ni umpama menonton Discovery Channel di TV, sesuatu yang gua suka buat bila balik rumah sehingga membuatkan adik-adik gua yang nak tengok Hagemaru pasrah.


Blog ni ditulis oleh seorang blogger yang bernama Nami, yang juga penulis Terfaktab dan Sokerleaks. Di blog ni, Nami boleh kata update tiap-tiap hari. Tapi dia bukan update cerita bodoh hari-ni-saya-makan-mekdonel-dengan-makwe-keldai-saya. Dia update dengan entri isu-isu politik, sosio-ekonomi, falsafah, sukan dan kisah-kisah peribadinya dari perspektif dirinya.

Ulasannya ditulis dalam bahasa Melayu campur-campur English. Dan Englishnya memang atrocious. I can vouch that. Tapi yang penting isi entrinya memang mind-blowing. Penuh dengan idea meskipun ideanya masih sangat mentah (raw) dan adakalanya berbaur kontroversi. Blog ni merupakan satu bacaan yang baik kalau korang nak menyingkap dunia dari perspektif seorang liberal.

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan letak Nami di bahagian politik.


Blog ni ditulis oleh seorang blogger terkenal tapi low profile iaitu Lucius Maximus, yang juga pemulis kem Chelsea di Sokernet. Lucius jarang-jarang update, tapi sekali dia update hambik kau. Mind blowing.

Di blog ni, gua gerenti korang akan sentiasa belajar sesuatu yang baru setiap kali membaca satu-satu entrinya. Membaca blognya umpama membaca ensaiklopedia. Gua selalu tertanya-tanya, apa yang terjadi kalau gua duduk bersembang minum teh dengan Lucius. Dan setiap kali tu juga, gua nampak diri gua macam anjing yang terjelir lidah sebab terlalu mind-fucked dengan fakta-fakta Lucius.

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan letak Lucius di bahagian sukan.


Blog ni ditulis oleh seorang blogger yang juga merupakan guru bahasa Inggeris di MRSM Beseri - Cikgu Nani. 

Gua bermula sebagai pembaca siri cerita Nina di blog lamanya untuk memperbaiki bahasa Inggeris gua. Di blognya, dia selalunya menulis tentang isu sosial yang berlaku di sekelilingnya. Jadi, entri-entrinya kebanyakkannya kedengaran seperti entri rage. And trust me, you don't want to piss her off - sesuatu yang membuatkan entri kritikan sosialnya menjadi menarik dan melawakkan in a weird way.

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan letak cikgu Nani di bahagian sosial.


Blog ni ditulis oleh seorang pelajar post-graduate UTP - Mighty Jacksparrow. Blog ni sezaman dengan blog Obefiend tapi biasalah, you blog won't be famous as hell if you don't piss other people off. Blog ni agak mellow mungkin disebabkan ditulis dengan bahasa Inggeris yang mashaallah-bapak-berbunga-bunga nya. Dan secara kebetulan pulak, orang kita kebanyakkannnya tidur di kelas English semasa sekolah.

Blog ni sangat bagus sebab entrinya sarat dengan penjelasan terhadapa isu semasa dari perspektif kejuruteraan. Contohnya, masa isu kenaikan harga minyak, dia menjelaskan rasonalnya. Begitu juga dengan isu letupan loji nuklear di Jepun dan ura-ura bahaya hujan baru-baru ini. Dan macam biasalah, entri macam ni mana ada orang nak hargai. 

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan letak Mighty Jacksparrow di bahagian sains dan teknologi.


Gua tak tahu lah kenapa blog ni tak naik-naik. Gambar cun dah ada, entri pun mantap, tulis bahasa Melayu sudah, tulis English pun sudah. Tapi blog lain yang kerja tak habis-habis menepek gambar, isi takde - boleh pulak naik.

Gua cop blog ni bagus sebab membaca blog ni umpama membaca jurnal peribadi. Sesiapa pun berminat nak baca jurnal peribadi sesiapa, kan? Jurnal dengan diari tak sama. Dalam diari, berak pukul berapa pun korang boleh tulis, tapi dalam jurnal, korang akan menulis tentang kehidupan dalam perspektif dan analisis korang sendiri.

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan bagi Erine Roslan satu kolum untuk menulis tentang kehidupan; ala-ala kolum Piers Morgan di Daily Mail.

Dari tulisan penulisnya, Dark Half, gua boleh simpulkan blog ni wajib korang baca selepas korang singgah di blog penulis konservatif (#serbanistas) atau blog penulis liberal. 

Sebagai Muslim, gua cuba untuk mempertimbangkan sesuatu isu dari semua segi. Dan gua lihat brader dark Half menawarkan entri yang tak berat ke serbanistas sangat dan tak berat ke liberal sangat. Blog ni gua jadikan sebagai buffer moraliti gua.

Kalau gua nak menubuhkan syarikat surat khabar, gua akan letak Dark Half di bahagian muzik sebab gua suka review muziknya. Hahaha.

8. 9gag

Ini antara micro-blog yang terawal di Internet. Blog ni menyajikan gambar-gambar internet memes dan popular pop culture yang tengah hangat pada masa kini seperti rage guy, cereal guy, y u no memes, forever alone dan sebagainya. Blog yang sesuai untuk membunuh masa senggang.

Photo

Saturday, March 19, 2011

pada 11:59 AM


Labels:
,
,

6 nyamuk:

said...

dah follow blog n0.2,3,4.nice entry.like this one ;)

March 19, 2011 at 4:35 PM
Permalink this comment

said...

u make me want to cry lah. haha thanx for the appreciation, avid. your blog also are my top blog that i stalk the most because you're not talking rubbish.

well, i dont mind not being popular because being popular is way harder than not being one.

March 19, 2011 at 7:59 PM
Permalink this comment

said...

gelak guling2 tetiba blog sampah gua termasuk dalam senarai recommendation lu. haha..nway,thanx avid

watch out for another kickass blog!>> 6ratus6puluh6

March 20, 2011 at 12:26 AM
Permalink this comment

said...

oh jeez this is so crazy mengharukan you know! and yeah i'd love to join your surat khabar, avid gunner! sbb you cool, haha. XD thanks for this. thanks a lot, for this. =) *hugs!*

March 22, 2011 at 11:52 PM
Permalink this comment

said...

suke blog sorrow.. erm, thanx for the info...

April 2, 2011 at 12:46 AM
Permalink this comment

said...

blog nami kadang2 terlalu menyakitkan..
tapi dye pnye idea2 mmg terbaek..
cume kdang2 mnyakitkan hati..haha

Popular Posts