• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Little Riot
Dipos oleh avid


Berbalik ke tahun 1997, saya merupakan murid kelas 2 Maju yang ringan tulang. Saya tolong cikgu padam papan hitam, saya tolong cikgu hantar buku rekod kedatangan ke pejabat sekolah, saya tolong cikgu bawak buku kerja ke bilik guru. Tapi saya tak lah sampai tiap-tiap pagi pagi nak tunggu cikgu keluar kereta dan tolong angkat barang-barangnya. Pagi-pagi saya sibuk berlawan pemadam.

Tahun 1998, saya kantoi dengan Cikgu Kamariah sebab cakap 'Tony K**e' (merujuk kepada Tony Cottee, pemain bolasepak Selangor ketika itu) dan dihantar ke bilik Penolong Pengetua untuk sesi disiplin. Saya diberi amaran dan dilepaskan. 

Sejak dari hari itu, saya menjadi lebih kurang macam 'model student'. Guru-guru mengaitkan saya dengan kesopanan dan kesusilaan dan di kelas pendidikan jasmani, saya selalu kena main bola di pasukan budak-budak gemuk, kurus yang tak cool. Jenis-jenis budak yang selalu kena rembat di muka. Tapi saya tak pernah kena rembat di muka.

Di sekolah menengah, aku termasuk dalam 'senarai-junior-yang-perlu-dibelasah' sebab senior kata aku suka buat muka tak puas hati bila mereka potong barisan di dewan makan. Dan pada malam Awal Muharam, dari pukul 2am sehingga azan Subuh, aku menjadi sayur. Satu-satunya benda yang aku bangga bila kena belasah ni adalah fakta yang aku tak report kejadian ni.

Di institusi pengajian tinggi semalam, gua bertekak dengan seorang pensyarah muda pasal sebuah projek. Ahli-ahli kumpulan gua yang lain duduk menikus. Hormat orang tua katanya. Fuck that shit! Gua hormat orang tua yang gua rasa memang berhak dihormati sahaja. He has to earn my respect. Certainly bukan dengan duduk di kelas dan baca slaid sahaja. Certainly bukan dengan menjawab soalan pelajar dengan soalan.

Ahli kumpulan gua semacam tak senang dengan apa yang terjadi. 

Dan malam itu, sebelum tidur, gua imbas kembali insiden tersebut dan gua rasa tak buat apa-apa yang salah. Gua lebih suka kalau insiden tersebut dirujuk dengan terma 'intellectual discussion'. Dan saya membuat kesimpulan.

"Dude, you've come a looooong way..".

Photo

Wednesday, March 23, 2011

pada 9:41 PM


Labels:
,
,
,
,

8 nyamuk:

March 23, 2011 at 9:46 PM
Permalink this comment

said...

such a big pride to keep, huh??

Anonymous

March 23, 2011 at 9:49 PM
Permalink this comment

said...

anyway, blog kau macam ade malware je bro... screen merah yang keluar...

Anonymous

March 23, 2011 at 9:53 PM
Permalink this comment

said...

you've come a long way, and the road ain't end yet.

March 24, 2011 at 12:04 AM
Permalink this comment

said...

somehow, i respect the way you stand by your principle

respect is something to be earned, not given. and most of the time the elders take the advantage for their seniority

March 24, 2011 at 9:01 PM
Permalink this comment

said...

bro. aku baca blog kau n aku suka.. slalu je aku tunggu kau update.. bagus dah rajin update.. baru aku nak rajin komen..

cter dia, satu benda besar yg kene ubah kat malaysia.. kita terikut2 smp terbawa2 ke dlm education.

apa yg cikgu cakap, ustaz cakap, lecturer cakap seolah2 sume nye betul terima bulat2 dan taklid x pasal2.

sebab konon2 hormat. dulu2 even benda bodoh mcm budak kene tampar sbab tido dorm lain. babi bodoh warden tuh. n kau argue kenapa tampar, bukannya dosa dlm quran, dia tampar kau sedas lagi.

ok.. back to point, klu kau belajar kat oversea, cth nye uni aku, kau akan jd pelajar favourite, dlm final assessment kau akan dpt markah tinggi utk attitude n motivation to learn.

n sebab2 tu, asian x perform perform sgt kat western world.
unless dia membesar kat situ.

natijah daripada sume ni, kita end up jd tumpul. xde ruang utk buat ujikaji research apa bagai. sbb tu kita masih ketinggalan dlm bidang research.

idea-idea kreatif, menongkah arus, dan tidak sebulu dgn pendidik telah dibunuh oleh pendidik sendiri. No room for development of interest etc.

budak2 omputih sume bukannya pandai. bodo piang je.. suke ckp2 suke bagi pendapat suke tanya2 dan over the time derang makin pandai sbb derang makin minat dan mengkaji..

so learning comes from passion n motivation to learn. dulu-dulu aku jenis kecik2 dah baca ensaiklopedia apa bagai n sekolah kampung cikgu sains aku mmg x suka aku tanya soalan2 .. n jwb balik " kamu x perlu tahu" mgkn dulu xde internet so ssh nak cari jawapan.

n pndapat aku. kau x salah. kau buat benda betul. culture kita yg xbetul.

jangan matikan "intellectual burden" dlm diri kau.. kalau bole kau sekolahkan je lecturer kau tuh..

sorry bro, aku jarang komen kat entry2 kau sblm ni sebab nnt jadi mcm ni la.. kahkahkahkahkah..

March 25, 2011 at 1:46 AM
Permalink this comment

said...

ade jumpe lecturer yg sempoi...
ade jumpe lecturer yg sengal....

sempoi = bace slide n wat rumusan n cth 4 the slide but dia akan ckp bile ade student menguap" saye taw kamu bosan saye asyik bace slide...saye pun bosan sebenarye coz tetibe dpt subjek nie but dh kene ajar subjek nie, so i will try my best 2 teach u all ok"...

sengal = "saye taw sume keje kene siap jugak, kenapa kamu x..bla bla bla..." bile ade sesi soal jawab n ade sorg bagi soklan lazer, aku pun turut membantu student tersebut menajamkan lazer dia g...terus muke lecturer 2 jadi alim sebentar...

kesimpulannya, kite boleh nampak mane yg ajo ikhlas n mane ajo cam hampasgas...^v^

March 26, 2011 at 7:24 PM
Permalink this comment

said...

baguihhhh....hahahaahahaha..

April 19, 2011 at 7:47 AM
Permalink this comment

said...

hahaha..part lecturer tu memang tak bley blahh..

aku dulu ader sorang lecturer baru yang muda.. Ak selalu tye dier soalan and selalu dier tak dapat jawab..then dier akn cakap .."Dalam dunia nih tak semua bende yang kita tau"..

Sabo jer la

Popular Posts