Honest to God, berikut adalah 5 subjek yang pernah mendapat dakwat merah dalam buku rekod pelajar gua semasa sekolah dahulu.
1. Fizik (bab Elektrik)
Gua boleh tahan lagi fizik bab-bab momentum, inertia, hukum newton kedua apa jadah semua tu. Yang paling gua tak tahan bila belajar cabang fizik yang paling celaka - elektrik dan elektronik.
Semasa gua belajar Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di tingkatan dua, bab yang kena hapal wayar merah, hijau, coklat dalam soket plug memang gua fail. Time buat projek KHB di tingkatan dua, semua budak kena siapkan projek elektronik. Jadi, kenalah gua main-main pateri timah atas circuit board ni. Saat paling memalukan tiba bila ada budak perempuan kelas gua siap habis pateri semua dahulu daripada gua. Masa ni, siapa pateri lagi lambat dari perempuan, sama hina tarafnya dengan kena smash di batang hidung bila bermain badminton dengan perempuan.
Dan gua masih tak minta maaf lagi dengan pensyarah subjek Fizik II semasa gua belajar pra-U dahulu sebab gua selalu kutuk dia "sebab belajar elektrik la, kepala dia botak cenggitu".
2. Matematik
Gua benci Matematik sehinggalah Cikgu Lily datang mengajar kelas gua di Tingkatan 3. Sebelum tingkatan 3, markah tertinggi yang gua pernah dapat dalam setiap peperiksaan matematik adalah 64%.
Bila menjawab soalan Matematik, gua akan jadi paranoid. Gua sentiasa tak yakin dengan pengiraan kali pertama gua. Setiap kali menjawab soalan, gua akan kira dua kali hanya untuk 'double check' jawapan gua. Satu persatu. Dan selalunya, jawapan pertama yang gua padam tu lah yang betul.
Semasa gua di Tingkatan 5, gua batalkan hasrat gua untuk mengorat seorang makwe di kelas gua bila gua dapat tahu dia tak pernah dapat rendah dari 90 bagi setiap kertas Matematik Tambahan dari Tingkatan 4 sehinggalah ke Tingkatan 5, termasuklah semasa kertas peperiksaan percubaan MARA (which is believe me, the most hardest, cruelest, cold-blooded exam bagi budak-budak emaresem).
3. Bahasa Inggeris
Percaya atau tidak, semasa gua di sekolah, English gua macam sakai. Grammar berterabur. Vocab terhad nak mampus. Preposition tunggang-langgang (sekarang pun). Speaking cam gampang. Listening cam gampang. Apatah lagi nak letak idiom bagai dalam karangan gua.
Gua terpaksa ulang baca dekat 5 kali untuk pahamkan ringkasan novel 'The Pearl' semasa di tingkatan 5. Ringkasan tu. Belum suruh baca yang full version punya.
Masa ni, kalau suruh buat karangan, vocab gua terhad kepada terma-terma bolasepak yang gua selalu ambik dari NST dan The Star, lirik-lirik Blink 182, Green Day, Sum 41, The Strokes, Weezer, Butterfingers, Rancid, Nirvana dan lagu-lagu pop kontemporari dari Hitz.fm.
4. Bahasa Arab
Masa gua di awal Tingkatan 3, siapa-siapa yang nak ambik Bahasa Arab sebagai matapelajaran tambahan dalam PMR kena ambil peperiksaan kelayakan. Dalam peperiksaan kelayakan ni, siapa yang dapat 40% ke atas barulah layak ambil Bahasa Arab dalam PMR.
Semasa peperiksaan kelayakan tersebut, ramailah budak yang datang. Adalah dalam 20-30 orang. Majoritinya orang Selangor dan Johor - yang rata-ratanya bersekolah agama dari darjah 1-6 temasuklah gua.
You see, masa Tingkatan 1 dan 2 ada jugak diajar subjek Bahasa Arab. Tapi disebabkan majoriti budak gua masa tu tak bersekolah agama, jenis yang syok main pasir lepas balik sekolah pukul 1, level bahasa Arab yang diajar adalah level basic habis. Fi'el Madhi, Mudhorik, Amar semua tu. Benda tu gua belajar masa darjah 5 kot. Jadi, dengan bongkaknya gua boleh kata gua skor kertas Bahasa Arab semasa di Tingkatan 1 dan 2. Haha.
Bila gua asyik skor, dengan bongkaknya gua yakin gua boleh lepas benchmark 40% dalam peperiksaan kelayakan tersebut. As it turns out, level Bahasa Arab PMR jauh berbeza dari level Bahasa Arab paling tinggi yang gua belajar selama ni iaitu level darjah 6. Gua dapat 36% dalam ujian tersebut.
5. Pendidikan Muzik
Subjek ni diajar semasa gua darjah 5 dan 6. Sepanjang gua belajar subjek ni, gua hanya tahu main not BAG BAG GGAABAG (sila mainkan not ni untuk tahu macam mana pathetic dan depressing nya lagu ni) dan menulis not muzik (yang sekarang ni gua dah lupa langsung).
Satu hari, ada seorang budak baru berpindah masuk dalam kelas gua. Dahulunya dia bersekolah di Shah Alam. Satu hari, dia main lagu tema Tarzan (yang Zainal Abidin nyanyi tu) secara suka-suka semasa waktu rehat dengan rekorder nya. Satu kelas terkesima. Padahal, semua budak sekolah lama dia tahu main lagu tu dengan rekorder.
Sekarang ni, barulah gua terhegeh-hegeh nak belajar balik pasal muzik. Major scales, minor scales, pentatonic scales, octaves and whatnot. Gua bayangkan kalaulah gua pandai baca not muzik dari kecik dahulu, mungkin dah boleh masuk orkestra universiti dan sangkut makwe sekolah Tun Fatimah seorang. Hahaha!
14 nyamuk:
May 5, 2011 at 2:49 AM
Permalink this comment
rekorder???
terbalikkan air liuh melelh2 keluar.
teacher muzik aku darjah 6 india.
keje cubit jaa.
sebab rekorder aku paling sakai asyik meleleh air liur, memang baku laa mangsa. nasib muzik tak masuk UPSR.
kalo takkk... sampai skg aku tak lepas2.
May 5, 2011 at 7:34 AM
Permalink this comment
Aku BIOLOGY! Pernah failed till 15%. Buruk betul.
:(
May 5, 2011 at 7:40 AM
Permalink this comment
aku tak suka pendidikan seni.hahahaha
fail bab lukis melukis.lukis batu mcm gumpalan sampah.aku cakap dengan cikgu seni, 'cikgu, ni art ni..art' hahahahaha
May 5, 2011 at 8:51 AM
Permalink this comment
hahaha..math memang bingai lah
sama saja
May 5, 2011 at 5:57 PM
Permalink this comment
fizik: dlm buku rekod aku asik dpt kale merah. sekali spm lepas dgn cemerlang. dulu aku suh bpk aku je yg pateri timah. sbb tu mmg keje dia hari2. mana x cantik hasil pateri aku tu.
matematik: kalo dpt A tu adalah 1 anugerah yg x thingga dr Allah utk aku. aku tekan kalkulator pon aku kadang2 x pandai. heeeee
BI: aku bnyk ponteng kelas BI sbb teacher asik nk marah aku je. selalunya aku pegi lepak dgn cikgu kat lab fizik. skema x cara aku ponteng? heheheh
arab: mak aku paksa aku amik arab dan aku terpisah dgn kwn2 sekepala. hasilnya aku dpt A arab!
muzik: subjek aku paling fail! semua alat muzik aku x pandai main.
May 5, 2011 at 8:34 PM
Permalink this comment
midyear exam is coming!
cikgu kata nak bagi hadiah kat pelajar yg selalu gaLus fizik mcm gua klau dapat keluar drpd kepompong.
and muzik,gua suka..tapi belajar not asas dan main gamelan je, at least.arghhh,teringin nak main keyboard sebenarnya.
May 5, 2011 at 9:58 PM
Permalink this comment
paling tak suka math. tak pernah dapat A skola menengah.
sampai skang bab2 nombor ni fail. nak hafal no tepon pun bukan main susah.
May 6, 2011 at 12:03 AM
Permalink this comment
elektrik mmg ak fail, klau tgk wire cable2 kt control board skang pn ak da pening..macam2 kaler kadang2 tu ak tgk
May 6, 2011 at 5:47 PM
Permalink this comment
klakor ko nieh.. sakit perut aku.. ko lmbt pateri means ko teliti.. kira bagoslah tuh.. kih3x.. muzik la kls plg best dr semua.. ko masuk kelas ko menyanyi je smpi hilang suara. n 5tahun aku involve dlm orchestra. dpt baca scor laju2 mmg bangga. kah3x..
May 7, 2011 at 11:52 PM
Permalink this comment
seyes..dalam byk2 bab fizik, xske gile elektrik n elektronik.
May 15, 2011 at 11:46 AM
Permalink this comment
tak ramai kot sanggup buat pengakuan cenggini... tahniah! biasa org suka cter dgn bangganya dpt A
tapi kalau lu amik subjek subjek saiko-logi, gua syak lu mesti lulus dgn gemilangnya
sbb entry2 lu byk buat gua saiko
May 24, 2011 at 2:15 PM
Permalink this comment
Add Math memang aku ke laot.. hahahah..
serius memang ke alot.. malu dowh..
May 26, 2011 at 1:54 PM
Permalink this comment
point no. 1 tu memang sumpah azab gile babi untuk wa paham. salah satu sebab nye wa rase, rumus basic V=IR ni pun, tige2 variable die adalah something yang intangible, so nak imajin punye la susah beb.
September 8, 2011 at 8:48 PM
Permalink this comment
xsuka fizik gak..kuikuikui..