Gua tertunggu-tunggu kot-kot ada entri/artikel yang akan mendedahkan asal-usul Hari Guru yang berkait dengan Kristian. Kalau ada, habislah iman gua sebab setiap tahun gua sambut Hari Guru walaupun dah habis sekolah. Hahaha #sarcasm.
1. "Engineer ni gaji pun besor. Keje pun pakai t-shirt dengan jeans jer. Keje pun senang dapat. Bila engineer ni kerja, mentari pun bersinar cerah, pelangi pun terbentang, burung pun berkicauan riang"
Ni lah benda yang gua dengar dari tadika sampailah sekolah menengah. Cikgu-cikgu gua melobi kerja engineer mengalahkan engineer sendiri. Hakikatnya, realiti kerja engineer di Malaysia ni sangatlah jauh bezanya dengan apa yang orang sangka.
Engineer punya work load memang tinggi, itu memang gua tak nafi. Tapi untuk work load yang tinggi, engineer di Malaysia dibayar dengan gaji yang relatively rendah berbanding gaji engineer di luar. Dah la makwe pun tak ramai kat engineering department.
Jadi, nasihat gua kepada budak yang masih sekolah, janganlah mengada nak jadi engineer. Hahaha.
2. "Awak terasa bodoh tak?"
Ni adalah empat perkataan yang cikgu Sains cakap kat gua semasa gua dapat markah terendah dalam kelas semasa mid-semester test Tingkatan 2. Bagi orang lain, empat perkataan ni mungkin satu insult, tetapi memandangkan gua memang bodoh masa ni, gua pasrah.
Sejak dari peristiwa tu, gua sedar prestasi gua akan jadi bagus bila gua kena kutuk, marah, caci dan tegur kaw-kaw. I don't need people to pump rainbows up in my ass all the time.
3. "Kaum bapak-bapak ni muka je tenang masa balik kerja, dalam hati dia tu Tuhan saja yang tahu geloranya"
Golden. Memang kena sangat sebab bapak gua selalu buat muka tenang setiap masa. Bukan saja masa balik kerja, masa harga pisang turun pun dia buat muka tenang. Bila muka dia tenang, gua dan adik-adik gua suka-suki mintak duit beli benda bukan-bukan.
4. "Awak ada dua pilihan. Buat pembetulan dan stadi betul-betul atau isi borang ni..."
...kata pensyarah Fizik II gua bila gua fail dengan gemilangnya dalam salah satu kertas peperiksaannya. Semasa memulangkan kertas gua, dia mengepilkan sekali borang permohonan kerja jadi krew McD. Perangai sarkastik ala-ala Reader's Digest ni memang sampai sekarang gua ingat bisanya.
5. "Saya nasihatkan awak semua supaya jangan bagi saya frame gambar lagi tahun ni. Frame gambar saya sekarang ni lagi banyak dari gambar"
Disebabkan frame gambar la hadiah paling murah di supermarket, maka kebanyakkan guru dapat frame gambar pada tahun-tahun sebelumnya. Jadi, budak-budak kelas gua bercadang untuk buat satu kelainan.
Pada sambutan hari guru tahun 2003, kita orang buat 1 kupon untuk cikgu Sains; Cikgu Zaimah. Kupon tersebut berbunyi 'semua pelajar kelas 3 IR mendapat A dalam Sains untuk mana-mana mid-sem test pilihan cikgu". Sejurus mendapat kuipon tersebut, cikgu Zaimah terus gunakan kupon tersebut untuk mid-sem test seterusnya. Bermakna, semua budak kelas gua kena dapat A dalam ujian bulanan Sains berikutnya.
And yes, we did that. We studied like there were no tomorrow. And that was the best Hari Guru I've ever had.
Selamat Hari Guru!
13 nyamuk:
May 16, 2011 at 2:21 AM
Permalink this comment
pergh, no 5 tu terbaikkk kott. aku tak pernah try lg. haha
May 16, 2011 at 2:36 AM
Permalink this comment
hahah.. aku dlm perjalanan nk jd engineer kot... heheh.. wow nombor 5 tu fantastic kot..
May 16, 2011 at 7:53 AM
Permalink this comment
yang last tu best gila!!
May 16, 2011 at 10:25 AM
Permalink this comment
aku awek xbrape nak sejati yg bakal msk department engineering...hahaha
May 16, 2011 at 10:25 AM
Permalink this comment
cikgu aku tak penah cakap la plak point no 1 tu masa aku tadika dulu ke atau skola2.
tapi aku peduli ape, aku dah terjebak dengan dunia engineering.
haha ~
May 16, 2011 at 1:18 PM
Permalink this comment
out of the 5 advices, nasihat yg no.4 tu paling dasyat. menikam kalbu gile... hehe...
post ni sangat sweet sempena hari guru. mohon share link-nya ya?
happy teacher's day! =)
May 16, 2011 at 1:31 PM
Permalink this comment
Hahaha.
ku boleh bayangkan betapa bestnya dapat cikgu yang sarcasm.
Isi borang McD!
Hahahaha!!
May 16, 2011 at 2:20 PM
Permalink this comment
no 5 tu best la.
mesti terharu gila-gila cikgu tu.
^_^
May 16, 2011 at 5:20 PM
Permalink this comment
cikgu kimia gua punya sarcasm bleh bernanah telinga dengar. haha..tp berkat mulut berapi dia jugak gua bleh berlagak dgn result kimia time spm
hadiah no.5 tu paling genius kot utk buat jiwa cikgu lu sentuh2
May 17, 2011 at 11:06 PM
Permalink this comment
yang nombor 5 tu cam tak paham sangat la kegunaan kupon2 tu.. aceterai terang sket, huhu..
May 18, 2011 at 12:52 AM
Permalink this comment
aku kalau tak der cikgu aku mungkin duk kat jalan taib 5...kah3
May 21, 2011 at 4:40 PM
Permalink this comment
dunia jurutera ni x seindah rupa..ada kala pening kepala, ada kala rilek sahaja..hahaha
klau lu isi borang McD awal2..mesti lu da jd branch manager skang..
May 31, 2011 at 1:42 PM
Permalink this comment
epic sarcasm for number4. haha