Raya masa kecik dengan raya bila dah besar sangatlah ganjil kelainannya. Bila korang makin dewasa dan forevoralone, raya dah macam "Oh..esok raya. Hmm...Okay". Nak banding masa kecik dulu, raya dah macam habis perang.
Berikut adalah 5 perkara yang gua belajar pasal Hari raya sebagai orang dewasa.
1. Raya tak ubah macam pesta konsumerisme.
Gua harus salahkan Saloma yang menyanyikan lagu Selamat Hari Raya kerana mempromosikan budaya konsumerisme secara melarat. Dalam liriknya 'miskin kaya memakai baju baru warna-warni' jelas dijadikan alasan untuk orang beli baju raya baru setiap tahun meskipun pakai tak lebih sepuluh kali dalam setahun sebelum beli baru lagi.
Gua boleh paham kenapa kaum wanita mahu beli baju baru tiap-tiap tahun. Baju raya mereka boleh dipakai time kerja, time kelas dan boleh juga dipakai time dating. Tapi bagi budak lelaki yang masa sembahyang Jumaatnya memakai baju setan Man Utd atau t-shirt My Chemical Romance, kenapa nak beli baru tiap-tiap tahun? Bukannya korang pakai masa kelas atau masa dating pun.
2. Maybe we are the devil.
Sebelum raya kena puasa dulu. Dan semasa puasa, setan diikat. Secara rasionalnya masa bulan puasa ni, kita boleh buat amal tanpa gangguan dan godaan.
Tapi masa bulan puasa ni lah, gua dengar bapak sembelih anak, tetak bapak sendiri, bapak kena cekup tak puasa/khalwat, murtad, tuisyen murtad semua. Got me thinking. Maybe we are the devil.
3. Produktiviti kerja menurun.
Gua tahu semua benda hasil pemerhatian gua sendiri. Lepas Zuhur, ramai yang bantai tidur sampai Asar. Habis Asar, terus merayap ke bazar. Siap ambik order bazar untuk satu ofis lagi. Paginya pulak digunakan untuk round satu ofis ambik order kuih raya, pilih kuih raya, tempah baju raya dan segala macam benda komoditi untuk raya dari kurma sehinggalah sambal pecal Kampung Banting.
Kalau sedap pecalnya takpe. Ini...
I'd die for this.... (Credit) |
4. Tips membeli makanan berkualiti di bazar Ramadan
Tips ni gua dapat semasa gua bersembang-sembang dengan pakcik jaga tempat kerja gua. Kalau nak cari makanan yang sedap di bazar, cari gerai yang bawak satu famili turun ke gerai. Dari bapak, emak, kak long sehinggalah ke andak yang kecil sekali. Makanan gerai yang diusahakan sesama kawan dengan kawan kebanyakkannya rasa macam selipar.
Gua dah try sepanjang sebulan puasa yang lepas. Pakcik jaga tempat kerja gua patut mempertimbangkan kerjaya ahli nujum secara serius.
5. Raya is all about catching up with your relatives and friends.
Ni part raya yang paling gua tak gemar. Soalan-soalan seperti kerja kat mana sekarang, pergi kerja naik apa, bila nak kahwin, kenapa makin kurus, kenapa muka makin hitam, kenapa dah lama tak balik kampung, kau nak tak kalau makcik kenalkan dengan anak si polan ni sehinggalah ke soalan merepek seperti kenapa tak kerja kat Amerika.
Y U NO UNDERSTAND? Hutang Amerika dah mencanak ke paras KDNK depa! Bacalah berita sebenar, bukan baca Metro!
2 nyamuk:
September 9, 2011 at 10:32 PM
Permalink this comment
akhirnye..berjaya gak abes bace sume entry kamu dalam 2 hari 2 malam..sudi berkenalan dgn sy?
September 16, 2011 at 10:18 AM
Permalink this comment
wah sejak keje ni lu nmpk bz je bro..
nasib gua nye pakcik makcik sepupu sepapat tanya buat kerja apa je..xtnye ble nk kawen ke bagai..klau tak mau gua record jwpn gua bg dorg dgr sepanjang gua di kg..hahaha