• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers



Melihat video di atas, gua dah bazirkan 3 minit hidup gua untuk melihat seorang dewasa yang berperangai macam budak-sekolah-menengah-baru-belajar-hisap-rokok. Namewee mungkin dah bergelar pengarah filem, dah bekerja dengan pelakon hebat seperti Afdlin Shauki dan Adibah Noor, tapi profesionalisme nya sebagai 'penggiat seni' sangat rendah.

Dalam video kat atas, Namewee membidas wartawan Utusan Malaysia yang mendakwa tak pernah dan tak akan menonton filem Namewee lantaran 'antic' lama Namewee yang kebanyakkannya berbau kontroversi. Wartawan ni pun satu. Perlu ke dia tulis satu artikel hanya untuk bagitahu betapa bencinya dia kat Namewee? Meroyan apa?

Tapi, gua tak tertarik sangat 'duel' Namewee vs Utusan Meloya ni. Gua lagi tertarik tengok komen dan ulasan video ni di Youtube. Macam sial. Banyak gila racists kat negara ni.

Bagi gua, racism akan berlaku selagi berlakunya polarisasi dari aspek sosio-ekonomi. Dalam kes di Malaysia, kita ada polarisasi dalam bidang pendidikan dan pekerjaan. Bagi gua, polarisasi yang paling teruk dan paling kena cegah awal-awal adalah dalam bidang pendidikan.

Gua harus berterima kasih kat mak gua yang berkeras masukkan gua ke Tabika Perpaduan di sebalik kemahuan bapak gua yang mahu masukkan gua ke Taman Asuhan dan Bimbingan Kanak-Kanak Islam. Selama dua tahun di Tabika Perpaduan, gua dah didedahkan dengan inter-racial social.

Selama dua tahun disana, gua berkawan baik dengan seorang budak Cina. Namanya Boon Hwa. Maknya, Cikgu Wong bekerja di Tabika Perpaduan gua sebagai tukang masak. Mujurlah Ibrahim Ali dan konco-konconya tidak keluar dari sarangnya pada masa tu atau Cikgu Wong akan dipecat kerana 'tangan orang kafir tak boleh masak untuk kanak-kanak Islam'.

Gua juga mewakili tabika gua dalam satu pertandingan tarian. Dalam ritual tarian kami, ada tiga persembahan tarian mewakili tarian kaum Melayu, Cina dan India. Disebabkan kulit gua putih lagi masa ni, gua dipilih menari tarian kaum Cina. Sampai sekarang, sudah 16 tahun berlalu, gua masih ingat lagu bahasa Mandarin yang gua kena nyanyi masa tarian tersebut.

(Ke len lai. Kam papa. Papa pu chai chia. Wo ching ke le sen tiao sha. Tai ching yi pei chia - Gua tak tau tajuk lagu ni tapi lagu ni mengisahkan pasal seorang anak yang melayan tetamu sementara bapaknya takde di rumah. Hahaha)

Tapi sekarang, Tabika Perpaduan dah takde. Surely enough, raksasa Ibrahim Ali keluar menghuru-harakan penduduk kampung. Racist-racist yang tak pergi tabika perpaduan pun lahir pada kadar eksponen. Masing-masing kutuk sesama sendiri. Masing-masing jadi bangang.

Kesimpulan gua adalah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seragamkan pendidikan kebangsaan sejak dari tadika lagi. Say no to racism.

Photo

Thursday, September 29, 2011

pada 8:56 PM


Labels:
,
,
,
,
,

5 nyamuk:

September 30, 2011 at 2:45 AM
Permalink this comment

said...

Aslmualaikum bro

bro, setuju sangat2. punca racist ni bila sistem pendidikan kita terasing.

tapi bila nak dilaksanakan banyak sangat ibrahim ali dan perkasa wannabe yang meroyan. semua nak jaga periuk nasi masing2. politaik 24/7

selama guwa idup, kawan2 sekerja dan sekolah ramai je non malay. kitorang masih ok cumanya guwa dapat rasa kita masih racist lagi. tak banyak, sikit. at least komitmen tu yang buat kita terpaksa hadap muka masing2 dan senyum.

guwa rasa dari bising2 pasal filem so called 1malaysia Nasi lemak 2.0 lebih baik Lembaga Penapis Filem luluskan tayangan filem Gaduh. Yang ni baru truly 1Malaysia.

sesuatu perlu dilakukan segera. bak kata pepatah

masa terbaik untuk menanam pokok ialah 20 tahun lepas. dan masa kedua baik ialah hari ini

September 30, 2011 at 8:53 AM
Permalink this comment

said...

pening. malas.
negara kita ni macam ni lah.
pemimpin kebanyakan haprak.

September 30, 2011 at 10:23 AM
Permalink this comment

said...

Kesimpulan gua adalah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seragamkan pendidikan kebangsaan sejak dari tadika lagi. <-- terbaek!!

btw, namewee emo gle kt vid ni. haish~~~

September 30, 2011 at 8:34 PM
Permalink this comment

said...

bila ahli politik jadi menteri pendidikan, tu la hasilnya. serupa lantik fasha sandha je jadi menteri pendidikan.

but betul le ape kau tulis tu. kalau nak ubah sesuatu kena buat masa subject nye fresh. macam nak mengajar bdk2 belajar bahasa, masa dorg kecik paling bagus. tapi ye la, kalau da ahli politik yang handle semua benda, memang tak jadi la. 1malaysia pejadah.

October 2, 2011 at 3:47 PM
Permalink this comment

said...

terlalu macam ragam sekarang nie...
teringin nk jumpe doraemon, mintak pintu kemana saja....
nk p ke tempat yg aman dan tenteram....
boleh x macam nie?

Popular Posts