Bila bercakap pasal feminisme, orang yang jumud akan bercakap pasal Amina Wadud dan makcik-makcik di Sisters in Islam. Intelligent people talk about ideas. Average people talk about things.
Small people talk about other people. Idea asal feminisme adalah untuk membebaskan wanita daripada fungsi konvensional mereka dalam sosio-ekonomi masyarakat yang mereka diami.
Sejak zaman-berzaman, tugas konvensional wanita adalah membesar dengan normal, belajar skil di dapur, berkahwin, beranak sampai badan jadi gemuk, jaga anak, memasak untuk seisi rumah dan jaga suaminya yang menunggu masa untuk mati.
Hal ni tak jadi masalah sampailah suami mereka yang maskulin balik rumah dengan mood tak tentu hala belasah bini kerana bininya membebel suaminya duduk terkangkang depan TV, letak baju dan singletnya bersepah-sepah, letak barang kerja bersepah-sepah lepas balik kerja. Esok paginya, si suami membebel kat mana bininya letak tali pinggangnya padahal semalam balik kerja dia yang letak bersepah-sepah. Bila bininya menjawab, si suami menjerit 'awak yang duduk rumah 24 jam!'.
Idea perkahwinan adalah perkongsian hidup antara dua manusia. Even dalam Islam sendiri pun tak menyatakan hanya isteri sahaja yang patut memasak dan menjaga anak. Dalam perkahwinan yang ideal, semua tugas perlu dikongsi sama-rata dari memasak, menjaga anak, membunuh lipas di dapur sehinggalah mencari nafkah.
Idea perkahwinan di mana isteri hanya perlu tinggal di rumah, jadi permaisuri dan jaga harta rumah adalah ideal kalau si isteri berkahwin dengan anak raja. Isteri anak raja ada dayang-dayang yang akan menyanyikan lagu tradisional Melayu setiap kali dia gembira atau sedih. Isteri orang kebanyakkan perlukan kawan-kawan setiap kali mereka gembira atau sedih. Dan kawan-kawan tak mungkin diperolehi kalau mereka duduk terperuk di rumah.
Hidup berdayang ni untuk anak raja je. Tough luck, ladies. |
Malangnya, setelah pemikirannya diracuni rancangan Nona yang kerap menayangkan perkahwinan anak raja dan artis, ramai perempuan Melayu berfikir satu hari mereka boleh menjadi permaisuri.
Si suami yang mahukan isterinya duduk rumah memujuk isteri mereka dengan kata-kata manis, merayu mereka untuk menjadi 'permaisuri' di rumah mereka. Alasan mereka lagi, 'abang cemburu kalau ada jantan lain tengok kamu'. Itulah sebab Islam suruh bini kau tutup aurat, you jackasses.
Gua tak nak lah jadi buzz killer kan, tapi dukacita gua maklumkan kepada wanita Melayu yang bukan berketurunan raja semua, ilusi hidup sebagai permaisuri adalah sangat tak praktikal. Sebagai rakyat marhaen yang mangkat tak dijulang, korang bukan dan takkan jadi permaisuri.
Ini mengingatkan gua untuk mengharamkan buku cerita Cinderella, Beauty and The Beast sekiranya gua ada anak perempuan kelak. Gua akan gantikan dengan buku cerita Aung San Suu Kyi, Amelia Eanhart dan Marie Curie.
3 nyamuk:
March 5, 2012 at 5:37 PM
Permalink this comment
haha...terbaik dude.bernas. i like it a lot!
March 5, 2012 at 6:46 PM
Permalink this comment
hahahahaha....
terbaik especially perenggan 3...
nanti bila ko dh ada anak....
bagi buku cerita "sang kancil dengan buaya" je la senang...
mesti die pandai mengira nanti sama mcm kancil kira buaya....
c(;
March 6, 2012 at 7:26 AM
Permalink this comment
fairy tales marriage requires 100% LOVE,
successful marriage requires 100% RESPONSIBILITIES...