Entri ni ditulis untuk lelaki yang tengah dating supaya mereka tidak akan menulis status facebook yang menyerlahkan kebangangan kaum lelaki selepas kena dump.
1. Pompuan tu cantik tak?
Maksud sebenar: Buktikan kat saya yang awak tak tertarik dengan pompuan tu.
Soalan ni selalu ditanya oleh wanita di pusat membeli-belah ketika lepak-lepak dengan teman lelaki/suami mereka kerana kat situ lah banyak amoi-amoi lawa berkeliaran, ataupun ketika menonton filem yang dibintangi Scarlett Johansson, Jessica Alba atau Vanidah Imran (3 perempuan pertama yang terlintas dalam fikiran gua bila bercakap pasal perempuan lawa). Soalan ni biasanya akan muncul apabila anda tengah diam (tengah makan, tengok filem, berjalan tanpa bersembang) ketika bersama mereka.
Cara mengatasinya: Jawab 'No'. Simple. Tapi lagi mujarab kalau anda highlight kecantikan dia dan jadikannya sebagai benchmark ukuran kecantikan anda. Contohnya:
"No honey. She doesn't have your smile"
"Nope. She doesn't have your stunning eyes"
2. Saya ni gemuk/kurus tak?
Maksud sebenar: Beri saya pujian. Sekarang.
Versi lain soalan ni adalah 'how do i look?'. Percayalah, ini lah soalan paling kerap ditanya bila anda dalam hubungan romantis dengan wanita.
Cara mengatasinya: Jawab 'No' sentiasa. Dan backup 'no' anda dengan pujian tentang fizikal mereka. Lagi cantik kalau anda dapat cari seorang selebriti yang mempunyai bentuk fizikal sama dengan mereka meskipun mereka tak kenal siapa selebriti yang anda sebutkan tu. Dan pastikan selebriti tu sentiasa bertukar-tukar setiap kali soalan ni ditanya untuk mengelakkan jawapan basi.
"No honey. You look just like Kate Moss back when she was dating Pete Doherty" - jika dia kurus
"Na'uh. You look just like Kathy Bates in The Office" - sekiranya dia berisi
3. Apa citer hari ni?
Maksud sebenar: Tanya saya pulak supaya saya boleh complain pasal kerja/room mate/my bitchy friend.
Soalan ni sebenarnya komponen penting dalam mana-mana hubungan. Dengan kawan, bos, keluarga, isteri atau teman wanita. Cuma dalam hubungan suami-isteri dan bf-gf, kegagalan bertanyakan soalan ni secara harian akan menentukan nasib anda samada anda akan balik ke forevoralone.jpeg atau tidak.
Cara mengatasinya: Apabila anda bertanyakan soalan ni kepada si perempuan, biasanya jawapan dia akan melaungkau lebih dari 10 minit. Malah, anda patut bersyukur sekiranya dia berhenti bercakap selepas 10 minit. Oleh itu, stamina telinga perlulah dipantau dari semasa ke semasa. Pastikan anda angguk kepala setiap 5 minit dan lontarkan 'uh-huh' setiap 60 saat. Apabila dia berhenti seketika untuk mengambil nafas, berikan feedback mengikut konteks perbualan. contohnya:
"Itulah pasal...hisshhh" - sekiranya dia tengah mengumpat
"Tau takpe. sape tak bengang, kan..." - sekiranya dia tengah rage ffffuuuuu
4. Saya ada kawan ni. Dia tengah single. Awak ada kawan laki yang single tak untuk dia?
Maksud sebenar: Buktikan awak tak tertarik dengan kawan saya.
This is a classic matchmaker test. Ideanya adalah kalau anda suggest kawan anda yang hensem, dia akan tahu yang anda acknowledge kawan dia tu cantik sekaligus membuatkan anda fail soalan #1. Yes, girls are that crafty.
Cara mengatasinya: Suggest kawan anda yang tak hensem. Kalau perlu, create profile facebook palsu dengan nama yang anda suggest beserta dengan gambar Clint Howard sebagai gambar profile nya.
5. Hello boleh berkenalan?
Maksud sebenar: Hello. May I test you if you're jerk or not?
This is a classic decoy test. Test ni biasanya digunakan apabila anda date dengan perempuan yang banyak kali date dengan assholes. Test ni dijalankan dengan kerjasama kawannya, dengan menggunakan nombor telefon yang tak dicam oleh phonebook telefon anda. Kejayaan menangani test ni menentukan samada anda juga seorang seorang asshole ataupun her knight-with-the-shining-armor. Bagaimanapun, bagi lelaki, apabila test ni kerap dilakukan oleh teman wanitanya, ianya memberi pengesahan yang mereka tengah date dengan psycho, clingy and paranoid bitch.
Cara mengatasi: Balas call/sms itu dengan carutan. Lagi keji carutan tu, lagi bagus. Sekiranya banyak kali dia buat test ni, RUN. Buang simkad anda dan pindah ke Selatan Thai.
10 nyamuk:
March 16, 2012 at 10:46 AM
Permalink this comment
nicely put brother. especially the last one.
March 16, 2012 at 11:32 AM
Permalink this comment
number 4
penyelesaian betul tapi kurang tepat sebab kalau kantoi that you spent too much effort on creating fake fb profile for her, dan dan kitorang rasa macam you tak dak keja sangat, gatal! gedik! nak gak kat kawan aku eh???
yang tepat sekali, jawab NO I DONT HAVE ONE. SEMUA KAWAN I DAH ADA GF.
pastu tak payah ungkit-ungkit dan port benda tu.
setel problem dan kitorang akan senyum sepanjang malam.
March 16, 2012 at 11:41 AM
Permalink this comment
based on your experience.haha
March 17, 2012 at 8:20 AM
Permalink this comment
@ lady rara
kawan saya yang tabligh tu pun kena kata dia dah ada gf ke?
@ kimi
true dat, dawg.
March 17, 2012 at 12:57 PM
Permalink this comment
hahha..
cadangan yang last tu mmg terbaik..
March 18, 2012 at 8:10 AM
Permalink this comment
1. perempuan tu cantik tak?
alternatif solusi:
-cakap je cantik..tapi balas dengan "tapi awk lagi cantik"
kalau kt shopping complex tengah lepak/makan
-cakap je "mana2 tak nampak pun, yang sy perasan makcik adalah" haha
March 18, 2012 at 8:27 AM
Permalink this comment
@ a little less conversation
yang kat shopping mall tu memang aku penah buat. haha.
March 18, 2012 at 4:48 PM
Permalink this comment
okeh. klu laki aku sebut benda2 ni, siap lah dia. haha jk
March 19, 2012 at 7:29 PM
Permalink this comment
"gay"
(Fad,2012)
March 20, 2012 at 5:03 PM
Permalink this comment
haha! this is genius...! tips berguna untuk lelaki2 semua. sangat tepat analisis-nya. purely based on true experience~ =D