• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Baru-baru ini, gua membaca kupasan menarik dari surat khabar Sinar Harian yang membincangkan sama ada penggiat filem perlu meneruskan pembuatan filem seni yang mementingkan nilai-niai estetika dan budaya masyarakat ataupun membuat filem komersial yang ringan, murahan tetapi menguntungkan.

Dalam kupasan tersebut, seorang pensyarah kanan dari Universiti Malaya mengecam filem Bunohan yang disifatkannya jauh sangat lemah berbanding filem seni terdahulu seperti Matinya Seorang Patriot (arahan Datuk Rahim Razali), Semerah Padi, Sumpahan Orang Minyak (Tan Sri P.Ramlee), dan Hang Jebat (Hussein Hanif). 

Menurutnya, filem seni seperti Bunohan gagal mengutip kutipan tinggi kerana filem Bunohan itu sendiri merupakan sebuah naskhah yang lemah. Bukannya kerana minat pengunjung wayang di Malaysia yang sememangnya gemarkan filem komersial yang ringan.

OK. Kat sini yang gua tak bersetuju.

Kalaulah filem Matinya Seorang Patriot atau Sumpahan Orang Minyak diterbitkan pada masa kini (anggaplah filem-filem ni tak pernah dihasilkan sebelum ni) dan ditayangkan di pawagam bersama-sama Adnan Sempit 2, gua berani jamin Adnan Sempit 2 masih mengutip kutipan yang paling tinggi.

Perlu diingat, jumlah jualan tiket di pawagam bukanlah ukuran kualiti filem yang ditayangkan. Terlalu banyak filem bagus yang gagal di pawagam. Kalau di Malaysia, kita ada koleksi filem Allayarhamah Yasmin Ahmad yang tak pernah pecah rekod box-office Malaysia, koleksi filem U-Wei Haji Shaari, Baginda (1997), Dari Jemapoh ke Manchestee (2001), Spinning Gasing (2001), Songlap (2011) dan lain-lain.

Filem tuan punya Tukar Tiub

Belum lagi gua cerita filem antarabangsa seperti Children of Heaven (1997), Boyz in the Hood (1991), Office Space (1999), Cast Away (2000), Once (2006), Incendies (2010), The Breakfast Club (1985), The Mist (2005) ataupun perlukah gua tambah lagi?

Best. Ending. Ever.

Kita tak boleh salahkan pengunjung pawagam apabila mereka memilih untuk tengok filem ringan kerana betul alasan mereka - tidak mahu berfikir apabila menikmati hiburan (meskipun berfikir tidak menggunakan sesen pun malah mencegah Alzheimer lagi). Bukan orang Malaysia sahaja yang berperangai begini, malahan orang lain juga berperangai serupa kerana masakan tidak francais filem Twilight boleh mengaut berjuta-juta.

Bagi gua, Bunohan sudah cukup bagus bagi standard perfileman Malaysia yang banyak membangangkan orang Malaysia dengan filem-filem bangang. Seefood juga sebuah filem yang bagus, cuma gua rasa eloklah kalau watak-watak Seefood bercakap mengikut Malaysian/Singaporean accent berbanding American accent kalau nak berjaya di peringkat domestik.

Satu-satunya harapan filem seni untuk mengaut keuntungan adalah melalui jualan DVD Blu-Ray (DVD tempatan ada Blu-Ray ke?), penyiaran di stesen PPV (pay-per-view) dan bayaran hak pengedaran antarabangsa. Kalau filem seni tersebut dibintangi aktor/aktres terkenal, filem seni tersebut boleh bersaing dari segi kutipan domestik dengan filem-filem komersial yang lain.

Filem-filem seni seperti Bunohan perlu diperbanyakkan, tambahan pula dengan kehilangan Allayarhamah Yasmin Ahmad. Manusia-manusia kapitalis seperti Razak Mohaideen, Ahmad Idham dan David Teo perlu ditentang. U-Wei Haji Shaari tak boleh bergerak seorang. Afdlin Shauki perlu diberi lebih banyak peluang mengarah. 

Kesimpulannya, kegagalan filem seni di carta box-office bukanlah ukuran kualiti filem tersebut. Dan satu lagi kesimpulan, alasan malas berfikir adalah salah satu cara untuk anda bercakap 'saya suka bila sampah sarap disuap ke mulut saya tanpa ditapis'.

5 nyamuk:

March 29, 2012 at 6:19 PM
Permalink this comment

said...

menarik.

March 29, 2012 at 7:22 PM
Permalink this comment

said...

yeah. betul.

March 29, 2012 at 10:54 PM
Permalink this comment

said...

letak la button tweet ke like ke.

benda bagus macam ni kena share dengan orang yang 'suka bila sampah sarap disuap ke mulut saya tanpa ditapis'.

haha

Anonymous

March 29, 2012 at 11:15 PM
Permalink this comment

said...

true said.
beberapa minggu lepas semasa Bunohan tengah hot dalam twitter, saya promot bunohan.
memang betul, ada orang mensi balik saya dengan mengatakan dia mahu filem yang ringan dan malas fikir.
goodness people, goodness!

said...

dah macam karam singh walia ko ye..siap ada pepatah lagi dalam laporan ko..haha

Popular Posts