• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Khutbah Jumaat - Kony 2012
Dipos oleh avid




By now, sepatutnya orang dah tahu pasal Joseph Kony. Bagi mereka yang tak kenal dan tak tahu lagi pasal Kony walaupun berjam-jam masuk Facebook, Twitter dan  Youtube, gua sarankan korang tengok video kat atas.

Selepas sahaja gua tengok video ni kelmarin, gua berbincang tentang video ni dengan dua orang kawan gua. Sorang budak Sudan, sorang budak Malaysia. 

Budak Malaysia cakap dia tumpang simpati dengan nasib yang menimpa generasi muda Uganda yang menjadi mangsa Kony, tapi menurutnya kita sebagai orang Islam ada masalah yang perlukan lebih perhatian kita iaitu isu kekejaman rejim Zionis (bukan Israel ya - Israel bukan subset Zionis) terhadap penduduk Palestin.

Let me tell you what I think about our effort (the Muslims) to save Palestinians. Kita memang ada usaha untuk membantu Palestin. Kita dah banyak kali hantar bantuan kemanusiaan ke Palestin. Kita kutuk Israel dalam surat khabar sejak 1990-an (bapak gua cakap masuk tahun 90-an baru Malaysia bising). Kita banyak buat ceramah, kempen, road tour, donation plea dan sebagainya tapi tak banyak mengubah nasib Palestin dalam JANGKA MASA PANJANG sebab kita membantu tanpa strategi dan tak bersatu.

Sepanjang OIC ditubuhkan, gua tak nampak signifikan pengaruh mereka sebagai kesatuan negara Islam untuk membantu Palestin. Kumpulan Fatah, Hizbullah dan Hamas pulak ikut kepala masing-masing. Baru 3 hari lepas, Mahmud Abbas kata Fatah dan Hamas bersetuju dengan perjanjian damai terhadap Israel sedangkan semua orang tahu Hamas takkan memperakui kerajaan Israel.

Gua tak tahu mana satu yang betul sebab dua berita yang bercanggah ni berlaku dalam masa sebulan. Kecelaruan ni akhirnya tak membawa apa-apa perubahan signifikan terhadap Palestin.

Berbanding dengan usaha membantu rakyat Uganda, gua boleh nampak kumpulan NGO yang buat video ni, Invisible Children ada strategi dan cuba meraih sokongan penduduk dunia melalui teori meme (kajian Prof. Kristina Lerman) dan kekuatan tentera Amerika, walaupun strategi mereka dikritik oleh beberapa pihak.

Nak banding dengan usaha orang Islam, satu-satunya video (siri video) yang tersebar mengikut teori meme adalah The Arrival, siri video yang langsung tak memaparkan cara membantu Palestin dalam skala global sebaliknya memupuk semangat anti-Semitik secara global. 

Oh ya, budak Sudan pulak cakap dia tak tahu pun Kony tengah menyorok di Sudan Selatan, negara termuda di dunia. Mana taknya, dah dua negara ni sibuk nak berebut minyak.

Photo

Friday, March 9, 2012

pada 10:00 AM


Labels:
,
,
,
,

1 nyamuk:

March 14, 2012 at 9:55 PM
Permalink this comment

said...

oh yea ada Sudan Selatan? now I know

Popular Posts