• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Gua takde mood nak cerita pasal raya lagi. Lagipun raya dah tak berapa 'feel' bila makin besar. Nak menunjukkan betapa santainya gua menyambut raya, gua cadang untuk terus pakai baju raya yang gua beli sejak habis SPM dulu. Duit yang bapak gua bagi suruh beli baju raya, gua buat beli graphic card, amplifier, helmet, tukar spoket motor dan pelbagai benda yang langsung tak berkaitan dengan raya. 

Menjelang 2020, Malaysia berhasrat nak jadi negara maju. Negara maju juga bermaksud 'high income country'. Ni bermaksud gaji kita bila masuk pasaran kerja esok lusa akan tinggi. Setaraf dengan kemahiran dan skil yang kita ada. Ni bermakna gaji permulaan engineer bukan RM2000 lagi dah macam sekarang ni. Khidmat dan skil yang kita offer kepada majikan membolehkan kita berstatus 'indispensable' kepada mereka. Customer sanggup bayar harga yang tinggi kerana kualiti kerja kita. Tapi, macam mana nak dapat semua ni?

First, kerajaan kena latih banyak modal insan sampai jadi berkualiti. Ya, modal insan yang diperkatakan ni adalah kita. Kita yang kat universiti. Kita yang kat sekolah. Kita yang bergaduh pasal kuih raya kat Facebook sampai masuk OhMedia. Kita yang beli surat khabar sebab nak conteng muka member-member kat halaman perutusan hari raya. Kita yang sibuk dengan dunia dalam 'bubble' kita je. Kita yang tau pasal Amanah Saham Bumiputera punya sale tapi malas nak bagitau member ikut join sekali. Senang kata, golongan muda yang berpendidikan lengkap macam kita ni lah.

Tapi, nak modal insan berkualiti, pendidikan kenalah berkualiti. Tak boleh la hadapkan pelajar kat tindakan tatatertib sebab dia protes pasal tumpahan minyak kat Gulf of Mexico. Pensyarah-pensyarah tak boleh la duduk depan kelas dan baca slaid Powerpoint je. Cikgu-cikgu kena la ajar dan didik adik-adik sekolah supaya berani mencelah untuk memberikan pendapat. Bukannya asyik tanya "Paham tak..?" hanya untuk dituruti dengan laungan "Pahaaaaaaaaammmm....!" oleh adik-adik kita.

Kerajaan pulak kena la hapuskan subsidi yang tak perlu. Sebab kalau tak hapus subsidi, kadar inflasi negara akan naik. Bila subsidi dihapuskan, orang ramai yang memang kerjanya beli Harian Metro hari-hari jangan lah melenting tak tentu pasal. Nanti harga minyak naik la, gula naik la, tepung naik la, rakyat terbeban la. Haa..tang ni kerajaan kena cerdik sikit. Agensi kerajaan kena la turun padang untuk kawal inflasi yang terhasil akibat kenaikan barang tak tentu hala ni. Minyak naik dua kupang apa jadah roti canai nak naik dua kupang pulak?? Ingat orang kampung tak tahu basic economy??

Memandangkan sekarang Malaysia dah tak boleh mengharapkan pelaburan asing untuk menyediakan peluang pekerjaan (pasal pakej pelaburan China, Vietnam, Thailand, Indonesia lebih menjimatkan kos), kerajaan kena lah start memudahkan urusan pelaburan daripada syarikat tempatan di negara sendiri. Duit banyak-banyak salurkan kepada usahawan tempatan, bukannya buat istana baru. Contohilah khalifah Islam yang lima tu. Zuhud. Syarat pengisytiharan kebangkrapan pun kena la fleksibel (yang memungkinkan peluang kedua) supaya usahawan yang tertekan tak trauma berusahawan.

Idea high income country ni adalah supaya 'purchasing power' (kuasa beli) rakyat meningkat sedikit. Sikit je. Tak boleh banyak-banyak. Nanti inflasi. Kalau gaji naik 10%, purchasing power kena naik at most 5%. Tapi kalau gaji naik, minyak naik 20 sen, roti canai pun mengada nak naik 20 sen sedangkan pak menteri sibuk bertepuk-tampar dekat Dewan Rakyat pasal hal-hal yang tak berkaitan dengan rakyat, lupakan je la Wawasan 2020.

P/S: Artikel ni sambungan artikel lepas ni.

Photo

Wednesday, August 25, 2010

pada 12:40 PM


Bulan puasa tahun 2002 jatuh masa cuti semester. Biasanya budak lelaki 15 tahun yang tipikal masa ni akan duduk di rumah dan jadi lembu 24 jam. Kecuali lembu takkan main PS1 lepas makan dan tidur. Disebabkan bapak gua kerja kerajaan dan gua sendiri tak reti main game, gua buat kerja lain lepas makan dan tidur.

Puasa tahun ni special sikit. Bapak gua dapat satu tapak kat bazar Ramadan tengah-tengah pekan Sabak. 15 km dari pekan Sabak, ada satu lagi bazar kat satu lagi pekan yang lagi besar dari pekan Sabak sebab pekan tu ada The Store. Tu pekan Sg. Besar. Bapak gua dapat satu tapak kat bazar situ juga tapi kawan dia, Pak Hamid ambik upah jaga area situ.

Itu punya tahun, gua jual kebab ayam dan daging. Daging, bapak gua beli RM50 satu batang. Daging tu dah diproses awal-awal dan kemudiannya ditepek disekitar batang tersebut lalu disejukbekukan.Daging ayam mahal sikit dari daging lembu. Roti pun bapak gua beli dua jenis. Roti hotdog dengan roti pita Bosnia. Bapak gua siap beli pemanggang daging kebab yang pusing-pusing tu. Canggih sikit customer nampak, bapak gua kata.
Harga standard kebab daging masa tu RM 1.50. Kebab ayam RM 2.00. Bapak gua jual RM 1.20 untuk kebab daging, dan RM 1.50 untuk kebab ayam. Nasib baik tak ada orang lain jual kebab area-area situ. Kalau tak mau kena belasah bapak gua. 

Disebabkan murah, kebab bapak gua laris macam sial di peringkat pelbagai lapisan masyarakat. Masuk pukul 5, gua punya busy sampai kucing menggesel-gesel kaki gua pun gua terajang. Adik darjah 3 gua yang terkial-kial refill mayonis pun gua tengking. Haha. Customer yang beli satu kebab bagi duit RM 50 gua halau pakai pisau potong roti. Makcik jual kuih sebelah yang enggan bagi duit kecik, gua bakar gerainya pada malam dinihari.

Tapi gua paling ingat satu customer gua yang paling setia ni. Bos Shell gua panggil dia sebab pak cik ni kerja bos kat stesen pam minyak Shell. Dari 1 Ramadan sampai ke 28 Ramadan, pak cik ni tak pernah miss beli 10 kebab daging dari gua. Tepat pukul 4.30pm, confirm datang. Kemudian, ada sorang pakcik ni. Tiap-tiap hari datang mintak gua buat kebab daging tapi sos jangan letak dalam bentuk ular melingkar panjang-panjang atas kebabnya. Jadi gua letak sos dalam bentuk dot dot banyak-bayak atas kebabnya. Just the way he likes it.

Satu benda yang gua paling suka masa ni, bila bapak gua ada kat gerai. Kadang-kadang gua dan adik daarjah 3 gua je jaga gerai berdua. Tapi bila bapak gua ada, gua memang suka. Masa berniaga ni, bapak gua nampak macam orang lain. Lagi happy, less grumpy. 

You see, kat rumah bapak gua sentiasa buat muka tipikal orang kerja kerajaan balik rumah. Tak banyak cakap, nampak letih dan hisap rokok dekat buaian sorang-sorang. Masa nak raya, lepas tutup gerai, bapak gua pernah kata: "Haha...raya sakan la kita tahun ni..." Kat rumah, sumpah gua tak pernah dengar bapak gua cakap 'ha' pun. Apatah lagi 'haha'. Masakan pula 'hahahahaha'.

Tapi raya tahun tu memang sakan. Sorang budak dapat duit raya RM2. Zaman tu, orang bagi duit raya lima kupang pun ada lagi!

Photo

Tuesday, August 24, 2010

pada 11:15 AM


FYI, nak tulis ayat pertama ni pun gua delete bape kali dah. Ada je tak kena. Dah jadi macam buat karangan English masa sekolah dulu. Buat "once upon a time" macam klise sangat. Buat "one day" macam bengap English pulak. Tapi memandangkan duit nuffnang gua dah naik tahap boleh beli kentaki combo A tika kala tak hapdet, gua ingat kalau gua hapdet koma klik sampai gua boleh beli KFC Holdings kot.

FYI, gua dah lama tak hapdet ni pasal gua memang payah nak hapdet. Rumah gua kalau bapak gua pasang streamyx, memang gua volunteer tanam serai hari-hari. Gua pakai PC. Gua mana pakai laptop. Gua percaya dengan kemunculan iPad sekarang ni, laptop boleh jadi macam telepon rumah selepas kemunculan henpon. Kena buang parit. PC rasional lagi sebab harga murah koma dapat config. yang superb. Geez, I smell a nerd here.

FYI, gua juga tengah busy buat esei untuk satu competition ni. Tajuk pun sedap. Hadiah kalau dapat, hari-hari makan Mekdi pun takde hal. Join ler.

FYI, gua takkan give up dengan blog ni. Dah banyak dah benda gua give up sebelum ni. JPA, Australia, skuad Liga Super Perak, Arsene Wenger, sultan bola, mafia wars, pet society, 3G coverage kampung gua. The last thing I wanna give up is this godforsaken, lame-ass blog. Besides:
  • Did Sapok Biki give up when he won silver medal during SEA Games '95?
  • Did Jackie, Jermaine and Tito give up when Michael and Marlon quit The Jackson 5?
  • Did The Ramones give up when Dee Dee left the band in 1989?
  • Did Hang Jebat gave up on Hang Tuah blind loyalty to Sultan Mahmud?
  • Did Asadi give up when people accuse them to be Adidas parody?
  • Did Azizulhasni Awang give up against Sir Chris Hoy?
  • Did Lt. Adnan give up his largely outnumbered platoon against Kempeitai?
  • Did Rentap give up after James Brooke burnt his village down?
  • Did Rashid Sidek give up against Heryanto Arbi after lost to him in the last 4 matches?
  • Did Ku Li give up to challenge UMNO presidency after lost to Tun Dr. Mahathir?
  • Did Adibah Noor give up singing?
Lagi 6 jam nak berbuka. Dammit.

Photo

Saturday, August 21, 2010

pada 1:28 PM


Popular Posts