• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Prolog

Gua belajar dari Barney Stinson, kalau gua nak jadi pekerja yang indispensable kepada majikan, gua kena ada identiti unik sendiri. Satu identiti yang memisahkan gua dengan pekerja lain. Dalam episod tu, Barney memberi contoh 'Food Guy' seperti yang dilakukan oleh seorang pekerja yang selalu membawa makanan kepada rakan sekerja.

Jadi, bos dan rakan sekerjanya memanggilnya the 'Food Guy'. Dan sememangnya dia pekerja yang indispensable. Kalau dia dipecat, siapa yang nak bagi makan free?

Bab 1: Mencari Identiti

Gua cuba mempraktikkan nasihat Barney di tempat kerja gua. Di ofis, gua tak boleh jadi the Food Guy kerana gua boleh bangkrap dengan hampir 7 orang bekerja di ofis gua untuk diberi makan. Gua hampir buntu memikirkan identiti apa yang gua nak jadi.

Bab 2: The Encyclopaedia Guy

Gua cuba menjadi the Encyclopaedia Guy. Setiap kali bersembang dengan rakan sekerja, gua cuba selitkan fun fact bagi setiap topik yang disembangkan. As it turns out, nobody likes a smartass. Gua dah jadi macam Buzzkill pulak dah. 

Tengah depa sedap-sedap mengutuk bos gua yang (seorang wanita Cina 30-an) memang suka multitask (sebab dia suka buat 2-3 kerja pada satu-satu masa), gua memberitahu adalah normal bagi perempuan untuk multitask sebab shaft yang menghubungkan hemisfera kanan dan kiri otak yang dipanggil corpus collasum lebih tebal di otak perempuan berbanding lelaki. Maka sebab itulah perempuan boleh memasak 2 lauk sambil bergosip sambil menjaga anak sambil membebel.

Oh God, I should've known.

Bab 3: Pencarian Identiti Lagi

Gua terus cancel jadi Encyclopaedia Guy. Jadi, gua terpaksa mencari identiti yang baru. Oh, boy.

Bab 4: Bersembang Dengan Akak

Satu hari, semasa gua sedang berehat-rehat sambil cuba mencatat rekod terpantas Minesweeper, seorang akak datang menyapa gua. Dari sapaan, kami bersembang panjang. Entah macam mana, dia boleh bercerita tentang suaminya yang liat nak berhenti rokok. Dari cerita liat berhenti rokok, akak tu melencong ke masalah suaminya yang jeles pasal gaji akak tu lagi besar dari gaji suaminya. 

Gua dengar, dengar, sengih sikit-sikit, angguk sikit-sikit, gelak sedas-dua, bagi cadangan mana yang perlu dan bila gua dah tak tahan, gua mintak izin nak pergi jamban.

Bab 5: Identiti Baru

Esoknya, akak tu datang cerita kat gua pasal gurau-senda antara dia dan suaminya pulak. Bila dia bercerita pasal gurau-senda, biadaplah kalau gua tak gelak. Jadi, gua gelaklah mana yang patut.

Esoknya lagi, akak yang lain pulak cerita pasal pengalaman dia berkapel dengan bekas pakwenya. Habis cerita pakwe pertama, cerita pakwe kedua pulak. Kemudian pakwe ketiga. Gua dengar sampai gua terpaksa buat simulation project gua di rumah.

Esok-esoknya lagi, akak yang lain pulak datang bercerita kat gua pasal pakwenya yang menggatal dengan perempuan lain. Kemudian dia bercerita pasal zaman remajanya yang tak pakai tudung, pakai ketat-ketat semua.

Epilog

Sekarang gua cuma perlu tunggu bos gua kompelin masalah rumah tangganya kepada gua sebelum gua boleh jadi indispensable. There's a 'Love Guru' in da house, baybeh!

Photo

Wednesday, June 1, 2011

pada 10:44 PM


Labels:
,
,
,
,

Sabtu lepas, gua baca artikel pasal blogger Hanis Zalikha dan emaknya yang juga merupakan blogger. Selain dari fakta yang mak dia nampak muda gila disebalik umur 45 tahunnya, gua takde benda sangat nak komen selain berangan-angan kalau-kalau artikel tu cerita pasal gua dan mak yang berblogging. Itupun kalau dia pandai la hal-hal komputer ni. Nak check SMS pun suruh adik gua buatkan. Keh keh.

Here's five things she might write if she were a blogger.

1. Kritikan makanan restoran/gerai-gerai

Satu benda yang mak gua suka sembang dengan gua adalah betapa tak sedap makanan luar. Bapak gua taubat beli kuih, nasik lemak, mee goreng untuk sarapan sebab mak gua mesti ada cadangan penambahbaikan. Mak gua jenis rela bangun pagi pukul 5.30 pagi, masak nasik lemak, sambal, kacang semua semata-mata tak nak bagi kami adik beradik makan nasi lemak luar yang disifatkannya 'entah pahape'.

Yang selalu menjadi mangsanya adalah makcik-makcik jual nasik lemak pagi-pagi, semua anney-anney restoran mamak di seluruh Malaysia, pengusaha-pengusaha kuih raya dan Adabi. Mak gua jenis rela suruh gua memandu 30 km ke Hutan Melintang untuk membeli serbuk kari Cap Penangkap Ikan daripada membeli serbuk kari Adabi di kedai sebelah rumah.

2. Cerita-cerita orang dahulu

Gua rasa semua orang tua suka buat benda ni. Tak terkecuali mak gua. Mak gua suka menceritakan pengalamannya yang perlu angkut air dari perigi, cuci lantai setiap hari untuk mengingatkan kami adik beradik betapa malasnya kami mengemas bilik. 

Ceritanya yang kerja mengambil upah mengutip najis musang di kebun koko di Bagan Datoh untuk membayar yuran SPM adalah untuk mengingatkan kami betapa perlunya untuk score dalam peperiksaan. Dan ceritanya melihat Pak Andak gua kena ikat di pokok sepanjang malam kerana balik lewat maghrib adalah untuk mengingatkan kami supaya balik rumah  sebelum azan Maghrib.

3. Seni

Mak gua jenis artistik juga sebenarnya. Semasa dia bersekolah, dia pernah melukis mural di dinding bangunan sekolah dan diberi upah seringgit untuk hasil kerjannya. Dan mak gua mempunyai tandatangan yang paling lawa pernah gua tengok sepanjang hidup. Dia juga expert bab-bab menganyam tikar dengan corak-corak yang tak pernah gua terpikir.

Jika dia ada blog, mungkin dia akan memberi petua dan tips-tips menganyam tikar, ketupat kepada anak-anak dara zaman sekarang yang malam rayanya dihabiskan dengan berSMS dengan pakwe daripada menolong maknya menganyam ketupat.

4. Resepi masakan tradisional

Benda-benda rare macam rendang tok, lepat labu, lempeng susu, lempok deghoyan, sambei deghoyan, tapai pulut, kuih bakor ni tak ramai dah tahu. Apatah lagi nak membuatnya. 

5. Selok-belok pertanian runcit-runcit belakang rumah

Mak Hanis Zalikha masa mudanya kerja model. Mak gua masa mudanya kerja FAMA, sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memasarkan hasil tuaian petani. Pengalamannya bekerja di FAMA membolehkan dia tahu selok-belok tanam-menanam sayur-sayur di belakang rumah dan cara untuk memasarkan hasil tuaian tanpa kena kencing dengan orang tengah.

Di belakang rumah gua sekarang ni, mak gua dah tanam ubi, daun kari, serai, cabai, labu, betik, kacang panjang, terung dan lidah buaya. Dengan hasil tanaman ni, mak gua dah jimat duit membeli sayur sikit-sikit dan pencuci muka. Pernah sekali hasil jualan labu mak gua melebihi hasil jualan pisang bapak gua. Padahal kalau nak banding dengan keluasan tanaman bapak gua, mak gua tanam labu tak sampai 1 ekar pun.

Photo

Tuesday, May 24, 2011

pada 12:46 AM


Labels:
,
,
,
,

Gua tertunggu-tunggu kot-kot ada entri/artikel yang akan mendedahkan asal-usul Hari Guru yang berkait dengan Kristian. Kalau ada, habislah iman gua sebab setiap tahun gua sambut Hari Guru walaupun dah habis sekolah. Hahaha #sarcasm.

1. "Engineer ni gaji pun besor. Keje pun pakai t-shirt dengan jeans jer. Keje pun senang dapat. Bila engineer ni kerja, mentari pun bersinar cerah, pelangi pun terbentang, burung pun berkicauan riang"

Ni lah benda yang gua dengar dari tadika sampailah sekolah menengah. Cikgu-cikgu gua melobi kerja engineer mengalahkan engineer sendiri. Hakikatnya, realiti kerja engineer di Malaysia ni sangatlah jauh bezanya dengan apa yang orang sangka. 

Engineer punya work load memang tinggi, itu memang gua tak nafi. Tapi untuk work load yang tinggi, engineer di Malaysia dibayar dengan gaji yang relatively rendah berbanding gaji engineer di luar. Dah la makwe pun tak ramai kat engineering department.

Jadi, nasihat gua kepada budak yang masih sekolah, janganlah mengada nak jadi engineer. Hahaha.

2. "Awak terasa bodoh tak?"

Ni adalah empat perkataan yang cikgu Sains cakap kat gua semasa gua dapat markah terendah dalam kelas semasa mid-semester test Tingkatan 2. Bagi orang lain, empat perkataan ni mungkin satu insult, tetapi memandangkan gua memang bodoh masa ni, gua pasrah.

Sejak dari peristiwa tu, gua sedar prestasi gua akan jadi bagus bila gua kena kutuk, marah, caci dan tegur kaw-kaw. I don't need people to pump rainbows up in my ass all the time.

3. "Kaum bapak-bapak ni muka je tenang masa balik kerja, dalam hati dia tu Tuhan saja yang tahu geloranya"

Golden. Memang kena sangat sebab bapak gua selalu buat muka tenang setiap masa. Bukan saja masa balik kerja, masa harga pisang turun pun dia buat muka tenang. Bila muka dia tenang, gua dan adik-adik gua suka-suki mintak duit beli benda bukan-bukan.

4. "Awak ada dua pilihan. Buat pembetulan dan stadi betul-betul atau isi borang ni..."

...kata pensyarah Fizik II gua bila gua fail dengan gemilangnya dalam salah satu kertas peperiksaannya. Semasa memulangkan kertas gua, dia mengepilkan sekali borang permohonan kerja jadi krew McD. Perangai sarkastik ala-ala Reader's Digest ni memang sampai sekarang gua ingat bisanya.

5. "Saya nasihatkan awak semua supaya jangan bagi saya frame gambar lagi tahun ni. Frame gambar saya sekarang ni lagi banyak dari gambar"

Disebabkan frame gambar la hadiah paling murah di supermarket, maka kebanyakkan guru dapat frame gambar pada tahun-tahun sebelumnya. Jadi, budak-budak kelas gua bercadang untuk buat satu kelainan.

Pada sambutan hari guru tahun 2003, kita orang buat 1 kupon untuk cikgu Sains; Cikgu Zaimah. Kupon tersebut berbunyi 'semua pelajar kelas 3 IR mendapat A dalam Sains untuk mana-mana mid-sem test pilihan cikgu". Sejurus mendapat kuipon tersebut, cikgu Zaimah terus gunakan kupon tersebut untuk mid-sem test seterusnya. Bermakna, semua budak kelas gua kena dapat A dalam ujian bulanan Sains berikutnya.

And yes, we did that. We studied like there were no tomorrow. And that was the best Hari Guru I've ever had.

Selamat Hari Guru!

Photo

Monday, May 16, 2011

pada 2:11 AM


Labels:
,
,
,
,

Popular Posts