Dulu masa gua buat latihan industri, gua duduk kat salah sebuah asrama universiti berdekatan. Petang-petang, ada la scene riadah-riadah sikit. Ada yang main futsal gol batu seketul, ada yang main badminton melompat terkinja-kinja. Bukan jumping smash pun. Ada yang main basket shoot dinding blok.
Petang tu, niat hati gua nak jogging. Sambil-sambil tu, boleh buang lipid-lipid berkeliaran di perut ni. Lepas sarung baju dan seluar trek panjang gulung sampai lutut, gua start berjoging. Tiba-tiba, tengah-tengah berjogging, gua nampak ada bola takraw sebijik kat tengah-tengah court takraw.
Gua stop jogging dan berjalan menuju court tersebut. Gua timang-timang sedas dua. Dalam hati gua pikir, best gak kalau dapat test skill dengan budak Thailand ni. Hajat gua diperkenankan Tuhan. Lepas lima minit, 3 budak Thai datang nak main. Masing-masing dengan seluar pendek, baju lengan pendek. Sekor-sekor pakai kasut tapak merah. Peh, memang budak takraw tiga-tiga ekor ni, bisik hati kecil gua.
Copek dari Google
Kitorang main 2 vs 2. Gua pair dengan salah sorang dari 3 orang tadi. Perlawanan berlangsung sengit walaupun tak main lipat-lipat sangat. Cuma ada sekali tu, gua terbagi bola mudah kat team lawan. Feeder dia ambik bola tu dan set bola cantik-gila-babi betul-betul atas net. Bola macam ni, semua killer sedap nak melipat. Tiba-tiba, killer dia naik. Libas bola lawa tadi. Bola yang dilibasnya landing betul-betul kat dada gua. Gua rasa air ketuban gua pecah.
***
Habis main, gua terus blah dengan perasaan keji dan hina. Taubat lepas ni gua tak nak main takraw dengan minah Thailand.
16 nyamuk:
March 18, 2010 at 3:42 PM
Permalink this comment
minah?? haha.
March 18, 2010 at 3:50 PM
Permalink this comment
seb baik dada..hahaha
March 18, 2010 at 4:06 PM
Permalink this comment
laaaa...minah siam ke bro?
pecah tak buah..errr..dada lu???
March 18, 2010 at 5:19 PM
Permalink this comment
haha..aku betul2 ingat mamat..rupe2 nya minah..
March 18, 2010 at 5:30 PM
Permalink this comment
minah ke yg shoot bola tu..pecah air ketuban tu..hahaha
March 18, 2010 at 6:07 PM
Permalink this comment
hakhak!
x leh blah..
March 18, 2010 at 6:21 PM
Permalink this comment
hilang r otot2 kental kt dada ko
hahaha
March 18, 2010 at 8:05 PM
Permalink this comment
errr.. saya tak faham.. *innesen*
wuahahhahaha :D
March 19, 2010 at 12:16 AM
Permalink this comment
hahahahha malu nye..
sian lu..jgn pandang wanita sebelah mata ya!!hahaha
March 19, 2010 at 12:44 AM
Permalink this comment
haha..
ngan perempuan pon bleh kalah..
keji betul..
keke
March 19, 2010 at 5:36 AM
Permalink this comment
dasat gle minah tu..tabik!
March 19, 2010 at 9:04 AM
Permalink this comment
hahahaha!
minah siam rupanya..
sengal betul
March 19, 2010 at 1:19 PM
Permalink this comment
gua nasihatkan lu men futsal la ye..
kurang sket minah thai..
March 19, 2010 at 2:07 PM
Permalink this comment
aku lg prefer tdo dr bersukan. hauahuahu :D
March 20, 2010 at 3:50 AM
Permalink this comment
salam...bengkak x puting lu...huhu
March 25, 2010 at 7:35 PM
Permalink this comment
hahahaha! siyes ah lu lawan ngan minah siam bro? hebat2. ;p