Raya tahun ni gua boleh cakap boleh tahan. Pagi-pagi raya sebelum sembahyang raya, gua bedal nasi himpit, kuah kacang dan ayam rendang tok dalam 4 pinggan. Lepas sembahyang raya, gua bedal entah berapa pinggan lagi. Kesimpulannya, raya ni best part makan je.
Wrong...!
Bukan raya namanya kalau takde kunjung-mengunjung sanak saudara. Bukan raya namanya kalau tak ada 'baraan' naik motor satu kampung serbu satu-satu rumah sekaligus.Dan bukan raya namanya kalau tak singgah rumah orang yang berjasa kepada kita.
Raya pertama yang lepas, gua ada pergi beraya kat sebuah rumah di Simpang Tiga, Selekoh, Bagan Datoh, Perak. Rumah ni rumah kampung biasa. Jamban pun kat luar lagi. Luar rumah pun ada tempayan basuh kaki lagi. Tapi penghuni-penghuni rumah ni, bagi gua adalah antara orang-orang ang paling luar biasa pernah gua jumpa.
Buat kali pertamanya sejak 1991, gua jumpa nanny gua balik. Dulu masa gua kecik-kecik main dengan siput babi lagi, gua selalu kena hantar ke rumah nanny gua ni sebab mak gua kerja FAMA. Nanny gua ni gua panggil mak lang. Mak lang tinggal di rumah ni bersama-sama dengan mak ndak, opah cu dan ramai warga 40-an yang gua tak kenal. Atan, anak mak lang pun tinggal sini.
Bersama-sama Atan yang masa tu ada dalam besar 4-5 tahun, kita orang selalu main bersama. Main laga siput (pencipta Digimon ciplak!), korek-korek tanah, kejar-kejar angsa, makan jajan, baling-baling batu dekat parit dan pelbagai mainan low-tech. Semuanya dengan Atan. Sekarang Atan dah besar gila babi. Salam pun segan-segan dah.
Mak gua ter'tacing' sebaik saja jumpa opah cu. Opah cu menangis-nangis. Mak gua pun sama. Lepas tenang rileks semua, opah cu bukak cerita gua yang lama. Cerita yang gua tak ingat pun lagi. Cerita gua kuat menangis. Cerita gua tak mesra dengan orang asing. Cerita gua 'kokak' tangan mak lang. Cerita gua duduk biara tingkap lepas tu jatuh dari tingkap masuk lopak lecah. Phew!
Balik dari rumah mak lang, gua cuba ingat jalan-jalan masuk rumah nanny gua ni. Satu hari nanti, gua ingat nak bawak lori bagi mercedez kat opah cu ngan mak lang sorang satu. Atan, gua belanja teh.
11 nyamuk:
September 23, 2010 at 12:26 PM
Permalink this comment
waaa...dengar meriah cite ko ni bro..hehe..
selamat hari raya bro..
:)
September 23, 2010 at 12:35 PM
Permalink this comment
hahaha kuat nanges rupenya....
September 23, 2010 at 2:22 PM
Permalink this comment
ngahahaha
September 23, 2010 at 4:11 PM
Permalink this comment
hahaha..
kesian atan..
dapat teh jewk..
hehehe
September 23, 2010 at 4:31 PM
Permalink this comment
firstly layout nih sangat cool. secondly, raya lu macam best je. anddd selagi tak habis syawal, slagi tuh bab makan on kot. haha
September 23, 2010 at 8:06 PM
Permalink this comment
best owh raya ko!
selamat hari raya weh!
September 23, 2010 at 8:59 PM
Permalink this comment
menangis atan kalau baca entry ni....belanja teh jer?haha
aku rindu plak suasana beraya di malaysia..ciss
September 23, 2010 at 11:53 PM
Permalink this comment
padanlah perangai mcm tuttt!
penah jatuh tingkap rupanya. masuk lopak plak tu.haha!
September 24, 2010 at 11:43 AM
Permalink this comment
ala crita pasal kau buat pe..mana crita pasal org2 paling luar biasa tu.huu
February 27, 2022 at 6:45 AM
Permalink this comment
This was great to read
March 13, 2022 at 1:06 PM
Permalink this comment
Thoughtful blog, thanks for sharing