• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Meriam Webster - Siri 2
Dipos oleh avid

Raya tahun lepas.

Macam gua cakap sebelum-sebelum ni. Raya bila dah besar-besar ni dah 'kureng'. Duit raya pun tak dapat dah. Kalau orang bagi jugak, segan la pulak. Satu-satunya benda yang gua masih suka pasal raya adalah makanan. Ketupat satu timba gua takde hal nak balun kalau ada benda boleh dicicah bersama.

Macam biasa, malam raya lepas semayang Isyak gua balik rumah embah gua terus. Dah takde nak bermeriam buluh dah. Sejak Allayrham Johan meninggal, Moni jadi anak soleh. Dengarnya dah kerja Pasar Borong Selayang. Apit masuk poli buat perabot.

Malam raya kat rumah embah gua memang meriahnya ada macam iklan-iklan raya. Makcik pakcik sedara gua memang ramai balik awal tahun tu. Jadi, di halaman lapang rumah embah gua memang berselerak sepupu-sepupu gua. Yang perempuan bakar bunga api. Yang laki bakar mercun. 

Gua memerhatikan sepupu-sepupu gua dari tangga rumah. Mulut gua sibuk mengunyah nasik lauk rendang berbuka yang gua cedok sejurus balik dari masjid. Melihat telatah dua orang sepupu laki gua yang masing-masing dah masuk tingkatan 4,5 tapi main mercun belalang mengalahkan sepupu-sepupu yang kecik lain, gua tersenyum sambil terbatuk-batuk menahan gelak kecil. 

"Besor-besor main mercun mengalahkan budak.." bisik hati gua.
"Gay.."

Sedang gua asyik mentertawakan gelagat budak-budak tahun 2009 beraya, mak gua muncul dari belakang memanggil gua.

"Pergi cari adik. Kat mana tah dia. Lepas tu pergi salin baju melayu dia dengan t-shirt biasa," mak gua memberi arahan.

Gua dengan berat hati pergi mencari adik gua. Dalam benak fikiran gua, tak ada benda lagi gay bagi brader-brader macam gua daripada mengheret adik gua balik suruh salin baju. Brader-brader lain semuanya tengah merempit malam-malam raya ni!

Photo

Thursday, September 2, 2010

pada 10:37 PM


5 nyamuk:

September 2, 2010 at 10:50 PM
Permalink this comment

said...

lu heret adik lu balik?

kih3~

cam tugas awek2 dah~

September 2, 2010 at 11:04 PM
Permalink this comment

said...

Tak apa nampak gay pun. Mak minta TOLONG panggil adik balik kan?

;)

September 3, 2010 at 5:13 AM
Permalink this comment

said...

wahh

abang yang baik ar lu:P

September 3, 2010 at 8:23 AM
Permalink this comment

said...

ahahaah..selamat hari raya..nak duit raye!!!

ketupat memg besstt

September 3, 2010 at 2:18 PM
Permalink this comment

said...

memang gay gila luu. Bagus, ada juga pergi masjid.

Popular Posts