• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Meriam Webster - Siri 1
Dipos oleh avid

Tahun itu, turn bapak gua beraya kat kampung dia. Disebabkan kampung bapak gua tak ada lah jauh sangat dari rumah gua, bapak gua dah balik kampung sejak 25 Ramadan lagi. 

Kalau nak diikutkan hati, gua memang suka beraya kat kampung bapak gua. Sejak opah gua berpindah masuk pekan Bagan Datoh, gua dah tak berapa 'feel' beraya kat kampung mak gua. Masakan tidak, sebelah rumah opah gua balai polis. Masa tu, gua memang tak sentuh mercun pop pop gambar budak perempuan tu. Rasa macam gay pulak main mercun tu.

Di kampung bapak gua, gua ada kawan sikit. Allayarham Johan duduk depan rumah nenek gua (meninggal tahun 2006 pasal aedes). Apit duduk belakang rumah nenek gua. Majelis a.k.a Moni (bersempena terjemahan langsung namanya, Ceremony) duduk dekat-dekat jugak. Tiga malaun ni la yang menjerat gua dalam kancah bermain meriam sejak gua darjah 5.

Memang tradisi tiap-tiap kali nak raya, gua kehulu kehilir kampung mencari bahan buat meriam dengan mereka. Zaman tu, beli karbaid seringgit dapat sekilo. Palung HDPE hitam Moni curi dari sekolah. Malam 25 Ramadan itu hari, kita orang siap setting meriam palung. Cuma setting berapa banyak air dan karbaid je ingat-ingat lupa.

Di kampung gua, tak ada buluh. Nak buat meriam buluh kena pergi kampung sebelah. Budak-budak kampung sebelah pulak memang musuh tradisi kampung gua. Meriam buluh kampung sebelah boleh tahan gedegup juga. Nak buat meriam katak memang sah-sah gay. Jadi, Moni 'terpaksa' curi palung paip sekolah untuk maruah kampung Sg. Tengar.

Mak gua memang tak berkenan bila gua bercampur dengan budak-budak liar macam Moni dan Johan. Apit baik sikit. Jadi, setiap malam mak gua memastikan gua berjanji depannya untuk semayang, bukannya bermain meriam. Tapi biasanya, gua main jugak. Haha. Habis semayang Terawih 4 rakaat, gua cabut keluar pergi main meriam. Moni, Apit dan Johan dah cabut awal-awal lepas semayang Isyak.

Satu malam, gua macam biasa bersembahyang terawih. Sejak habis isyak, meriam palung kita orang berdentum-dentam dah. Tapi, gua tekad habiskan 4 rakaat jugak sebelum join main. Masuk rakaat kedua, imam baca surah Al-Kafirun.

"Qulyaa... ark!! ...ayyuhal kaafiruuuunn...,"

Masa ni, gua dah tersengih-sengih. Gua cuba tutup gigi gua tahan gelak. Dalam kepala, gua terbayang Moni, Johan dan beberapa budak-budak kecik ketawa mengilai bila gua cerita benda ni nanti. Gua juga harap Moni ingat macam mana nak setting balik bunyi gila babi tu.

Photo

Wednesday, September 1, 2010

pada 6:30 PM


5 nyamuk:

September 1, 2010 at 9:25 PM
Permalink this comment

said...

hahahahaha...ni mesti kes tercekik air liur ni..same kes macam org kampung aku karaoke masa majlis kawin adik aku.tercekik air liur.satu kampung gelak sambil makan nasik kenduri .hahaha

September 1, 2010 at 11:58 PM
Permalink this comment

said...

aku tau sebab apa!!
ni mesti tok iman tu terkejut dengar bunyi meriam tu..terbantut pembacaan dia...hehehe

September 2, 2010 at 4:26 AM
Permalink this comment

said...

Aku takut Moni ingat keropok Moni je.

ha ha ha.

Moni = Bunyi.

September 2, 2010 at 6:03 AM
Permalink this comment

said...

aku rasa imam tu mesti tekejut dgr bunyik meriam,dentam dentum..

ps:sib baik tak melatah.org semayang sebelah aku leh melatah,ko bayangkanlah aku tahan gelak macam ne,hehe

lagho..lagho:)))

September 2, 2010 at 4:44 PM
Permalink this comment

said...

hahaha
nasib imam tu terkejut jer
buat kena sakit jantung
naya jer
hahaha

P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!

Popular Posts