• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Port Mandi
Dipos oleh avid

Bab 1
Prolog
Selesai sembahyang Zuhur, Hadi yang diiringi Yazid dan Man Che datang menghampiri gua yang sedang berbaring tanpa motif di surau. Hadi kata ada port mandi cantik di sungai belakang kelas 508. Dia nak gua ikut dia check port mandi tersebut. Gua serba-salah kerana port mandi tersebut terletak di luar pagar sekolah. Kalau pak guard nampak, mau kena JDM gua time-time nak SPM ni.

Bab 2
Kerja Gila
Gua terpikir sepanjang gua duduk sekolah, gua tak pernah buat kerja gila. Gua tak pernah fly, dan gua tetap menyarung baju batik bodoh tiap-tiap kali keluar outing. Ah, apa salahnya kalau gua jadi liar kejap. Lagipun bukannya ramai orang tau pasal port mandi ni. Hadi kata port ni akan jadi rahsia kitaorang berempat sahaja. Jadi, buat pertama kalinya gua fly untuk menjejaki port mandi tersebut.

Bab 3
Kerjasama
Sesampainya di port tersebut, Hadi memberi arahan supaya dipindahkan batu-batu di dasar sungai tersebut. Asalnya, sungai tersebut hanya setinggi pusat dalamnya. Setelah dua hari memindahkan batu tersebut, dalamnya dah nak dekat paras hidung gua.

Bab 4
Port Sempurna
Setiap kali waktu riadah pada waktu petang, kitaorang akan lepak mandi-manda di situ. Airnya bersih dan jernih. Sejuk dan segar dari hulu Bukit Maxwell. Tambah manis, hanya kitaorang berempat sahaja yang tahu tentang port ini. Bermakna pak guard takkan tahu tentang port ni selagi tempat ni tetap low-profile.

Bab 5
Berkongsi Kegembiraan
Lama-lama, kitaorang makin bosan bila balik-balik muka berempat ni je yang mandi di situ. Jadi, Hadi mengajak budak-budak lain untuk turun mandi sama. Gua pun tak kisah sangat asalkan pak guard tak tahu. 

Bab 6
Buah Mulut
Lama-kelamaan, port madi tersebut menjadi buah mulut orang. Budak perempuan pun dah bising pasal port mandi ni. Pagar dawai yang pada mulanya nampak elok berlubang sebesar seekor tenggiling dah makin barai. Masa ni, gua dah jarang-jarang singgah mandi sedangkan port ni dah jadi macam taman tema air.

Bab 7
Rahsia Sungai
6 tahun selepas kali terakhir gua mandi di sungai tersebut, gua diberitahu sungai tersebut menjadi tempat buang abu oleh kuil Hindu di atas bukit Maxwell. Gua tengah mencari kalau siapa-siapa ada menawarkan perkhidmatan mandi bunga pada kadar yang berpatutan.

Photo

Thursday, February 17, 2011

pada 8:13 PM


Labels:
,

14 nyamuk:

February 17, 2011 at 8:24 PM
Permalink this comment

said...

haha..
patutla tak ada orang pun yang nak mandi dekat situ..rupa2nya tu tempat buang abu..dulu sekolah kat taiping ea?

said...

ak rasa bkn pak guard tak tau korg mandi kt sungai tu..tp sengaja biar kn korg bermain air sungai bercampur abu..

said...

ak rasa bkn pak guard tak tau korg mandi kt sungai tu..tp sengaja biar kn korg bermain air sungai bercampur abu..

February 17, 2011 at 8:50 PM
Permalink this comment

said...

hahaha...
ptot la sedap je ko mandi..
hahaha

Anonymous

February 17, 2011 at 10:12 PM
Permalink this comment

said...

baju batik?


haha. lubang pagar.


pak guard.


sungguh buat aku ingat.


n mandi bunga tu...
tak berkesan. aku pernah mandi n kena lagi. <--dipaksa oleh nenek untuk mandi.

February 17, 2011 at 11:07 PM
Permalink this comment

said...

mesti pak guard 2 usya dari jauh...
sambil ketawe sorg2....

February 18, 2011 at 1:01 AM
Permalink this comment

said...

hahahahaha..aku pun rase pak guard korang tau tp saje biakan korang mandi manda suke ria..nak mandi sgtkan..hambekk!:PPP

February 18, 2011 at 7:35 AM
Permalink this comment

said...

walaweh

abu tuh!yay!!

February 18, 2011 at 12:22 PM
Permalink this comment

said...

kes lu dan port mandi bleh buat idea utk sebuah lagu death metal..haha

mandi bunga..? aku agak skeptikal dgn benda2 mistik tapi kdg2 make sense

February 18, 2011 at 1:02 PM
Permalink this comment

said...

Kirenye sungai tu dicetus oleh korang berempat la ni.
Last-last jadi tempat buang abu.
Hahaha.

:)

February 18, 2011 at 7:57 PM
Permalink this comment

said...

uish.. tu la, lain kali takleh kedekut port. kena bgtahu orang lain gak. barulah beramai2 dapat mandi abu dan bolehlah guard tersebut gelakkan anda beramai2. hahaha

February 19, 2011 at 12:38 AM
Permalink this comment

said...

apa moral story kat situ?~ nk buat keja 'baek' kna ajak ramai2, hehe!
*psss,aku nk tnya, ada kesan tak lpas 6 tahun?

Anonymous

February 19, 2011 at 10:26 AM
Permalink this comment

said...

ko dulu MRSM Taiping ke bro?

best la bukit maxwell. aku pernah g mandi kat air terjun dia. robinson waterfall ke apa tah. huhu

missgenuine

February 25, 2011 at 2:23 PM
Permalink this comment

said...

owh... MRSM Taiping or SERATAS?

wonder if we have ever met before?

ok.. tp i bukn from MRSM taiping neither from SERATAS...

mndi kt mohkotiong or bermis pool? hehehe... ^^

Popular Posts