• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Gua percaya setiap manusia dibentuk oleh persekitaran mereka semasa membesar. Persekitaran ni merangkumi mak bapak, cikgu dan kawan-kawan. Tapi, yang paling penting gua rasa adalah kawan. Sebab gua tak expect remaja yang membesar menghabiskan 18 jam harinya bersama ibu bapa unless dia di-home schooled.

Let me tell you about myself when I was a kid. Korang pernah nampak budak yang takkan keluar rumah melainkan diberi kebenaran dari mak yang garang, budak yang cikgu selalu harapkan untuk hantar buku kedatangan kelas ke pejabat sekolah setiap hari dan budak yang digelar 'budak baik' oleh mak bapak budak yang lain? Itu gua masa sekolah rendah.

I was a total nerd. Gua baca ruangan kolum Astora Jabat di surat khabar pada setiap hari Ahad di kala budak-budak lain baca surat khabar untuk hapal sari rancangan di TV. I wasn't fun. I was as 'skema' as you can get in a 10 years old boy.

Tapi semuanya berubah bila gua duduk sebelah meja dengan dua orang budak unik selepas gua masuk dua sekolah asrama.

1. Pudin

Pudin merupakan classmate gua selama tiga tahun dari tingkatan 1-3. Masa gua tingkatan 1, gua masih budak yang sama semasa di sekolah rendah. Pemalu, kecik, rambut sikat tepi, sopan dan suci. Dan entah kenapa, selama tiga tahun ni, meja gua bersebelahan dengan Pudin.

Pudin ada seorang abang. Gua pernah terserempak dengan abangnya semasa dia menghantar Pudin balik asrama. Abangnya sebijik macam Sid Vicious. Jadi, automatiknya Pudin pun perangai punk. Dengan Pudin, gua selalu kena kutuk. Asal-usul kekampungan gua kena kutuk, rambut gua kena kutuk, attitude gua kena kutuk dan taste muzik gua pun kena kutuk. 

Tapi, bila dia letih mengutuk, dia akan tolong gua. Dari dia, gua perbaiki English gua. Dari dia, gua balajar jadi outspoken sikit. Dari dia, gua mula dengar muzik bukan-bukan. Dari dia, gua mula sikat rambut cacak-cacak. Dan masa ni gua dah mula cenderung ke arah yang lebih liberal.

2. Daus

Bila gua berpindah ke sekolah baru semasa tingkatan 4, gua duduk di sebelah Daus. Masa ni, gua masih meneruskan perubahan gua yang baru. Gua tak mahu dicop sebagai budak baik. Gua tak mahu dicop sebagai budak surau. Gua mahu berkawan dengan semua orang. Budak surau mahupun budak smoking.

Daus ni warak orangnya. Baik memang baik. Pandai pun pandai. Skema pun skema. Kalau budak lain pergi kacau budak perempuan waktu prep tiada homework, Daus pergi tulis puisi. Daus tulis puisi for fun. 

Orang sedia maklum liberal tak mungkin kamceng dengan konservatif. Obefiend tak mungkin kamceng dengan blogger serbanistas. Joey Ramone tak mungkin kamceng dengan Johnny Ramone. Astora Jabat tak mungkin kamceng dengan Hadi Awang. Sister in Islam tak mungkin kamceng dengan Dewan Muslimah PAS.

Tapi gua dan Daus berkawan baik. Daus maklum dengan kekirian gua, tapi Daus tak pernah kata gua akan masuk neraka. Daus tak dengar Blink 182 yang mencarut pasal blow job, tapi Daus tak pernah bersusah-susah mempromosikan kaset Hijjaz nya kepada gua. Tapi pada masa yang sama, Daus tetap bergurau dengan gua macam gua geng usrahnya.

Perlahan-lahan, gua kamceng dengan Daus. Gua baca buku puisinya dan komen. Dia banyak rekemen kepada gua buku-buku kegemarannya. Dia banyak cerita pasal hidupnya kat gua. Heck, dia siap pernah bagitau yang dia minat seorang budak kelas sebelah lagi.

Bagi gua, Daus adalah 'buffer' moraliti gua. Daus penting untuk memastikan gua tak tersasar jauh dari diri gua dahulu yang berubah disebabkan Pudin.

***

Gua adalah salah seorang dari beberapa minoriti yang tak percayakan konsep 'best friends'. Apatah lagi konsep BFF. Bagi gua, konsep best friend pada zaman sekarang sangat overrated dan oversold. Selagi kawan korang tak buat macam apa yang Abu Bakar buat kepada Nabi Muhammad, jangan panggil mereka best friends.

Dan jika best friends adalah kawan yang memberi impak signifikan dalam hidup kita, then I guess mine would be Pudin and Daus.

What's yours and why?

Photo

Friday, February 11, 2011

pada 3:25 AM


Labels:
,
,
,
,
,

16 nyamuk:

Anonymous

February 11, 2011 at 3:56 AM
Permalink this comment

said...

His name is Asrul. he is like Daus. totally like Daus,
even we both are from different world. he will do anything for his friends. My tutor in campus life.


unfortunately, he ignored his friends when he started to have a girlfriend who ruined his principle.

February 11, 2011 at 4:14 AM
Permalink this comment

said...

@ matahari
i wonder what more will he lose by dating that girl.

Anonymous

February 11, 2011 at 7:17 AM
Permalink this comment

said...

salwa hanim.

we told everything to each other. there's no thing such as secret between us. crushes, sad story, family hard time, funny story, academic story, everything must be shared.

well yeah, girls defined BFF as people who they can share everything with. including the i-broke-my-fingernails-yesterday story. teeny weeny bits of our story life must been told to our BFF.

bimbo much? haha

Anonymous

February 11, 2011 at 7:56 AM
Permalink this comment

said...

@avid: to him, he never think that he is losing anything as long as he can have her.

missgenuine

February 11, 2011 at 9:21 AM
Permalink this comment

said...

saya sm je cm awk.. tp skema sy lama sikit.. sy skema smpai hbs tgkatan 5. sbb sy x msuk sek asrama. lg satu bila msuk sek menengah, sek men. sy byk bdk cina, so kwn dgn bdk cine lg la jd kaki buku n library.. hidup ms tu memnag monotone and skema nk mampus. tp segalanya berubah bila msuk diploma, kwn dgn 3 org kwn yg ms tu roomate sy. diorg baik, tp kaki outing. kaki outing memnag x ngam dgn bdk skema kan? haha.. mn x nye bl diorg ajak kuar sy nk study.. tp i still stick to my own way and principle.. smpai la diorg pulaukan sy.. yes, pulaukan. bl diorg nk gi mn2 dh xajak dh sy. ms tu lonely gile.. ms tu la sy start cr kwn lain.. lpk bdk bilik lain, ms lpk dgn bdk bilik lain la sy pun berubah. mse tu dh knl dgn rmai kwn, kalo dlu pendiam, skrg dh byk ckp..lps sem 2 br ok dgn bdk bilik.well pnjg kalo nk cite kt sini, tp sy memnag ad kwn mcm pudin n daus... tp bersyukur sgt2, spnjg prjln hidup bljr, sy jumpe dgn rmai kwn yg baik2.. n sy pun mcm awk, xpercaye pd BF and BFF, wlaupun ad org anggap sy mcmtu.. wah, kalo ad blog kan leh cite.. hahaa..

February 11, 2011 at 9:51 AM
Permalink this comment

said...

i have none. Sebab kalau aku label one friend as a best friend, that wouldnt be fair to my other friends.

So there are friends, good friends, and such good friends.

February 11, 2011 at 9:57 AM
Permalink this comment

said...

ada satu masa dulu.tp dah jarang contct..

aku pun sama skema juga mcm ko la weh:))

February 11, 2011 at 10:26 AM
Permalink this comment

said...

Kerana Shahrul Azri merupakan seorang kawan yang sangat2lah boleh diharap, aku panggil dia 'blood'. Begitu juga Pais.

Kawan sejati beb. 'kawan' tu memang senang cari. yang part 'sejati' tu a pain in the ass sikit.

February 11, 2011 at 1:50 PM
Permalink this comment

said...

Just about when everybody at school hated me, there's this one girl who didn't, who stood by me no matter what.
Just about when we had a fight and it was clearly my fault, she was the one who apologized first.
Just about when I was having my worst day and feeling so fat and ugly, she was the one who assured me I am the prettiest girl and it's such as shame that she's not a guy.
Even though the last time we did everything together was in high school, we are still close up to this day an we tried our best to stay in each others life for as long as we can.
It's because of her I can find a reason to feel good about myself again.

That's who i call best friend. The one who never WALK AWAY and even though we never stick together in our daily life, doesn't matter because we always remember each other in everything we do.

Ah, I love her. Your entry makes me miss her even more! T_T

February 11, 2011 at 4:58 PM
Permalink this comment

said...

@ erine
would love to read a piece of her story. buat la! hehe

nah. there's definitely nothing bimbo-esque.

@ matahari
then it's his loss

@ missgenuine
very nice story you got there. dan buat je blog kau.

@ Akulah Aqilah Itu
betul. label2 kawan ni bukan sesuatu yang sihat.

@ faizal
aku tau kau memang skema. hahahaha.

@ bloggers united
haha. blood tu.

@ natra
she's a good friend. and what a lovely story!

February 11, 2011 at 6:26 PM
Permalink this comment

said...

Hmmm.
I'm not sure whether I'm one of the minority but I'm not belong to the majority either.
Best friends ni bagi aku cam kadang2 ade, kadang takde.
Depends pada orang yang kita berkawan jugak.
Tapi aku ni jenis yang payah buat kawan and aku mengaku aku tak ramai kawan.

February 11, 2011 at 9:13 PM
Permalink this comment

said...

friend is someone that we can trouble and be troubled by.

dulu ade. kenal sejak diploma. kami sekelas sampai ke degree. tak pernah berpisah. dia paham jiwa aku. aku paham jiwa dia. kami saling senang menyenangkan dan susah menyusahkan. tapi sekarang dah xde. sebab 1 kesilapan bodoh. kami bergaduh sakan. masing2 nak tunjuk ego. masing2 buat macam tak pernah kenal. aku lagi sanggup kalo dia tikam aku dari depan daripada dia tikam aku dari belakang. sakit dowh.

tapi aku harap 1 hari nanti kami akan baik balik. benci tu tak bermakna aku tak rindu.

February 12, 2011 at 1:41 AM
Permalink this comment

said...

aku byk kawan sebab aku ni byk mulot kowt tp ikot mase dan tmpt juga.hahaha.kawan memang ramai tp yg btol2 ade wktu susah n senang tu jarangla jumpe.
skolah dulu bff aku auni name die.mane ade die situ ade aku.skrg masing2 dh blaja tmpt laen2 so jarang contct tp bile cuti msti jumpe lepak same2.
now dh masuk u bff aku intan azrina.die la kwn aku time wt keje gile pe sume.teman aku stdy,makan n blablabla.ingt lg time sem 3 kitorang nanges same2 sebab result aku naek mendadak.sedih cmpur gembira sbb die laa teman aku stay up, ade mase aku sedih time pointer aku jatoh.die xputus bg semangat.
alhamdulilah kitorang still ade time masing2 perlukan sokongan :)

Anonymous

February 12, 2011 at 2:01 PM
Permalink this comment

said...

aku juga salah seorang dari geng minoriti... x percaya pada BFF.... i have fren.. many friend.. but they just come and go...

February 13, 2011 at 6:15 AM
Permalink this comment

said...

@ judiene
maknanya kau tak percaya la tu. attaboy!

@ wan noor adila
so much for the best friend, huh?

@ farahmoque
wow. budak pandai kau rupanya. pelajar kesayangan dekan nih. hehe.

@ Hana Lockheart
ditto on that. sooner or later, they'll moving on.

February 14, 2011 at 7:21 PM
Permalink this comment

said...

samaada ko pcaya atau tidak,aku ramai kwn baik. kwn baek yg tahu rahsia kita dan menjaga rahsia kita sebagai amanat~kira tak bocor la. aku pcya kwn yg baek adalah kwn yg tak judgemental,nk tgk kita bjaya, kwn smpai syurga (kwn yg buleh tegur kita ke arah lebih baek~)

Popular Posts