• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Mesin Merentas Masa
Dipos oleh avid

Salah satu topik hangat dalam sains fiksyen adalah mesin merentas masa (time machine). Konsep time machine bermula sejak mendiang Herbert George Wells menerbitkan cerita 'The Time Machine' pada 1895. Sebagai manusia yang hidup pada era Victorian yang mengongkong kreativiti manusia, gua rasa imaginasi mendiang HG Wells mendahului manusia pada zamannya.


Secara teorinya, time machine boleh dicipta. Pertama sekali, kita kena tahu bahawa masa ni tak linear. Masa boleh jadi non-linear. Kalau ikut bahasa pasar, masa boleh dibengkokkan. Got it?

Sekarang, cuba korang bayangkan korang berdiri di tepi jalan yang sibuk dengan kenderaan. Kereta bergerak dengan pantas, lori bergerak dengan pantas, korang siap boleh rasa impak perolakan angin dari kenderaan yang laju, bukan?

Sekarang, cuba korang bayangkan korang bersiri atas menara 100 tingkat. Dari atas menara, kenderaan di jalan raya nampak bergerak sangat perlahan, bukan? Kita tahu sebenarnya kenderaan di jalan tersebut semuanya bergerak laju. Cuma nampak perlahan bila diperhatikan dari atas menara.

Fenomena ni menjelaskan yang masa ni tak linear. Masa boleh dibengkokkan dengan kehadiran tenaga yang cukup kuat. Dalam kes yang gua bagi tadi, tenaga yang terlibat adalah tenaga graviti bumi. Di tepi jalan, kita betul-betul atas permukaan bumi. Di atas menara pulak, kita berada 100 tingkat dari permukaan bumi. Jadi, tenaga graviti paling kuat berada jika kita betul-betul di atas permukaan bumi.

Masalahnya sekarang, tenaga yang sekuat graviti bumi hanya mampu mempercepatkan masa dalam sekitar puluhan saat sahaja. Untuk mempercepatkan masa, kita perlu tenaga yang berkali-kali ganda lebih kuat dari graviti bumi. How about that? Hahaha. Isn't that mind blowing or what?

Seriously, if you managed to find any kind of amusement from this factual jibber jabber, even a slight one, you know you're nerdy. Much like me.

Photo

Wednesday, May 4, 2011

pada 12:56 PM


Labels:
,
,

7 nyamuk:

said...

menarik ni weh.

kalau merentas masa, masa ke mana ko nak pergi?

May 4, 2011 at 2:25 PM
Permalink this comment

said...

hang kuat tgk big bang theori ni.. hahaha

May 4, 2011 at 3:48 PM
Permalink this comment

said...

fikir jauh sangat nie woi. lol

Anonymous

May 4, 2011 at 9:05 PM
Permalink this comment

said...

invent one, plz! i really want to now how my future looks like :)

May 15, 2011 at 11:33 AM
Permalink this comment

said...

u got me , dude. i'm not that amuse,maybe slightly like what u've said. i was like... r u serious? u think like george lucas! haha

June 2, 2011 at 6:06 PM
Permalink this comment

said...

the myth are busted

May 22, 2014 at 2:20 AM
Permalink this comment

said...

Pendapat saya, itu bukan sebab graviti bumi. Itu mungkin sebab benda tu jauh. Ok cuba kita duduk tepi jalan dan kenderaan bergerak laju. Kenderaan laju bukan? Ok cuba kita duduk jauh far far away dari jalan itu. Kenderaan bergerak perlahan, bukan? So, apa kaitan dengan graviti?

Popular Posts