Kita tak boleh menafikan yang benua Asia sedang menikmati pertumbuhan ekonomi yang stabil dan peningkatan kualiti hidup. Buktinya, di Malaysia, internet bukan lagi salah satu kandungan dalam senarai kemahuan korang seperti konsol Playstation dan legging yang comel, sebaliknya dah masuk dalam senarai keperluan! Sama pentingnya dengan gula dan beras beb!
Video bawah ni menerangkan perkembangan ekonomi 200 negara dalam masa 200 tahun.
Sejak Parti Komunis China mengubah dasar ekonomi China (yang menyimpang dari idea asal sosialisme), China berkembang sebagai salah satu kuasa ekonomi yang berkembang pesat. Bermula sebagai pengeluar barangan tiruan yang tak berkualiti, China bereksperimen dengan ekonomi kapitalisme yang dunia (kita la tu) amalkan.
India pulak bermula sebagai kawasan pengilangan bahan kimia berbahaya bagi syarikat mega Barat. Segala operasi pembuatan dan pengilangan yang membabitkan risiko alam sekitar akan dilakukan di India.
India mungkin menghadapai antara bencana alam sekitar yang paling teruk di dunia (insiden Bhopal etc), tapi India mendapat manfaat dari aliran kemasukan wang pelaburan dari syarikat keji macam ni. Jadi, ini pulak cara India bereksperimen untuk mencari formula pertumbuhan ekonominya.
Sekarang, China dan India dah banyak belajar daripada eksperimen mereka. India mula ketatkan undang-undang bagi mengelakkan lebih bencana alam sekitar dan China mula menumpukan kualiti daripada kuantiti dalam produk eksport mereka.
Dirahmati dengan pasaran ekonomi yang luas (pasal penduduk di kedua-dua negara ni lebih 1 bilion), China dan India telah diramal oleh pakar ekonomi sebagai kuasa yang akan menyingkirkan dominasi UK dan US dalam ekonomi dunia.
Hans Rosling meramalkan India dan China akan mengambil alih kuasa ekonomi dunia pada 27 Julai 2048 (tengok video ke-2 kat atas). You know what this means, right?
No? It means bahasa pengantaraan dunia masa ni akan bertukar dari English ke Mandarin! (China lagi besar dari India, so China will trump over India. Hahaha). Nasib baik lah gua dah bersara dah masa ni..Dan gua tak expect karier baru gua sebagai imam masjid berdekatan memerlukan gua untuk berkhutbah dalam Mandarin.
5 nyamuk:
December 17, 2010 at 9:25 PM
Permalink this comment
Nice input..
Thanks!
December 17, 2010 at 11:50 PM
Permalink this comment
perghhh..aku tak amek mandarin la.amek arab.hahaha
December 18, 2010 at 10:36 AM
Permalink this comment
ambik mandarin class setakat level 1 je..
kalau suruh mengira dalam mandarin boleh la..
(:
December 19, 2010 at 12:42 PM
Permalink this comment
babi. tiba tiba masuk legging pehal. HAHA.
Lebih tepatnya, penjana ekonomi hari ini lebih bersifat kekejian. Yang mana, sapa paling keji, dia duduk atas.
Kalau china menumpukan kualiti dari kuantiti. Macam payah ja. Negara lain macam takda barang berkualiti pulakk. Orang sekarang ramai nak yang murah! HAHA.
December 19, 2010 at 5:19 PM
Permalink this comment
nycey!