• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

"Ko confirm ke nak buat ni?". Haadi Goyang masih ragu.

"Ala Goyang, rileks sudah..Macam ko buat sorang pulak..Kitorang rileks je..". Yazid Paragon cuba meniup motivasi pagi itu hari.

"Tah..Nanti nak exam kita mintak maap la kat dorang.." ujar Tot tanpa mengetahui kalau orang tak ikhlas maaf tak dikira cancel dosanya oleh Raqib dan A'tid.

Pagi tu, gua, Haadi Goyang, Yazid Paragon dan Tot ada misi. Misi pagi itu hari adalah sebahagian daripada pengisian aktiviti sebagai memenuhi syarat untuk lulus Kelab Bujang, kelab tak rasmi untuk budak-budak tak berkapel. Carta organisasi dah tampal kat board. Sebelah carta organisasi Puteri Islam. 

Kelab ni ada macam komunis juga. Karl Marx kelab ni Haadi Goyang la. Semua aktiviti kelab dijalankan secara subversif. Gerila. Tak main attack depan-depan. Nampak luar kelab ni nampak tak berbahaya. Nampak macam kelab anti-establishment yang lain. Silap besar nyah.

Siap berdoa apa semua, Tot mengetuai jentera serangan. Tot bukak pintu kelas pertama."Huarrrggghhh....!!! Ha ha ha ha..!". Gua, Tot, Yazid Paragon dan Haadi Goyang masuk hampir serentak dan mengkucar-kacirkan keadaan. Teko dengan Aizan nampak hangin.

Lepas gelak-gelak, masuk kelas kedua. Huaarrghhhh....!!! Kelas kucar-kacir. Tot baling-baling marker dekat Awe dengan Ira yang duduk satu meja kongsi buku Sejarah. Ira senyum sipu-sipu. Awe pasrah kepada takdir.

Masuk kelas ketiga, Fitri dan Anis senyum simpul macam pengantin bersanding. Yazid Paragon dah jadi orang asli dah masa ni. Entah bila dia belajar buat bunyi Angola macam tu gua tak tahu. Masuk kelas keempat, Fakhri yang tengah berdating dengan makwenya mengamuk. Gua syak dia baru lagi dalam scene dating-dating ni.

Habis aktiviti, kami disambut dengan meriah. Lepas ni, budak-budak bujang boleh stadi di kelas macam biasa tanpa perlu rasa kekok. Keahlian Kelab Bujang mencanak-canak naik sehingga dinaik taraf menjadi persatuan beruniform oleh pengetua.

Photo

Saturday, February 13, 2010

pada 10:15 AM


22 nyamuk:

February 13, 2010 at 11:05 AM
Permalink this comment

said...

haha..jadi persatuan beruniform terus tu..mesti dah xde org couple lepas tu sbb nk join group korang...haha

February 13, 2010 at 12:02 PM
Permalink this comment

said...

gua macam nak guling2 bace entri lu ni bro.. gua pun dulu2 ade gak terlibat dalam kelab bujang.. tapi last2 sekali kelab ditutup sebab ahli2 yang ade pun akhirnye berawek awek belaka.. muahahahaha..

February 13, 2010 at 12:41 PM
Permalink this comment

said...

haha kalau kitorang, ada 'skuad pencegah maksiat'
sama la functionnya macam kelab bujang kau ni

February 13, 2010 at 1:16 PM
Permalink this comment

said...

visi misi n slogan persatuan tu apa??

February 13, 2010 at 3:14 PM
Permalink this comment

said...

erkk, interesting enough ada kelab bujang
tp yg serang2 tu ape?
aku agak blurr di situ
innocent kn aku
huhuhuhuu~~

February 13, 2010 at 3:35 PM
Permalink this comment

said...

mendengki je keje korang ni...takl;eh tengok orang bahagia sikit..haha

February 13, 2010 at 5:02 PM
Permalink this comment

said...

waktu sekolah dulu, kelab2 macam nih mmg selalu kne baling dengan duster oleh sang jejaka yg tgh dating. kacau daun gile. hahaha

February 13, 2010 at 5:05 PM
Permalink this comment

said...

hahahaha
lawak weih bila tingat persatuan2 nih

February 13, 2010 at 5:48 PM
Permalink this comment

said...

wah sgtt dengki! hahaha.. sebenarnye korg jealous kan sbb bujang sbb tu r wat kelab tu. Nak sdapkan ati.. :p

February 13, 2010 at 7:32 PM
Permalink this comment

said...

macam gampang tau? hahha

February 13, 2010 at 9:24 PM
Permalink this comment

said...

camana uniform korang? tunjuk pic
bhaha

February 13, 2010 at 10:52 PM
Permalink this comment

said...

ni zaman bila ni weyy?
kelakar betul la korang.
tapi, ehem.. mesti sekarang semua pun dah tak berapa nak bujang kan?:P

February 14, 2010 at 5:16 AM
Permalink this comment

said...

nakalnya.....
ehheheheh...nasib baik kita bukan 1 skooll
hurm,... aktiviti kelab ni mesti sibuk bila hari valentine..
hehehehe

February 14, 2010 at 1:00 PM
Permalink this comment

said...

persatuan bulan sabit merah! *ttbe*

February 14, 2010 at 1:50 PM
Permalink this comment

said...

btul2. aku nak gak tgk uniform korang. tayang sket!! ;) hehe

said...

aehhhh rr cam2 karenah persatuan nih =)

February 17, 2010 at 2:12 AM
Permalink this comment

said...

gua nak join bleh
gua pun dah tak berkapel ni
erk888

February 17, 2010 at 3:16 AM
Permalink this comment

said...

yo bro!apa kabo???lama xcomment...hehe

February 17, 2010 at 8:48 AM
Permalink this comment

said...

ada lagi ke kelab ni?

prophecy of celibacy..

February 17, 2010 at 10:14 PM
Permalink this comment

said...

wehh..aku nak juin kelab tue...ahahahahhahaha...

February 17, 2010 at 11:03 PM
Permalink this comment

said...

boleh ke kalo aku nk join gak???alaa boley la..tpi nk jawatan tinggi2 gak

February 24, 2010 at 7:40 AM
Permalink this comment

said...

apsal tk serang kelas aku dulu?lama aku menanti ko kt pintu kelas aku.

Popular Posts