• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Dulu masa gua sekolah rendah, ada 5 kelas untuk setiap darjah. Setiap kelas macam gampangnya ramai. Satu kelas 40 orang. Sekor-sekor lak perangai siamang. Cikgu sakit jiwa. Tapi banyak-banyak kelas ni, ada satu kelas je yang cikgu takde hal nak jaga. Kelas top. 

Masuk darjah enam, kelas top-top ni dihuni murid-murid yang kononnya target utama 5A untuk sekolah. Kelas lain memang barai. Yang tak reti baca lagi pun ada. Yang menambah menolak tercungap-cungap lagi pun ada. Yang dah join geng curi basikal pun ada. Cikgu mengajar pun cincai-boncai. Sebab katanya, budak-budak ni bukan nak belajar pun.

Gua tak paham. Bukan ke sekolah tempat yang adil dan saksama untuk semua budak belajar? Bukan ke tujuan sekolah dibina adalah untuk mendidik budak? Sejak bila sekolah ditubuhkan untuk bersaing sesama sekolah untuk dapat no.1 UPSR peringkat daerah? 

Kenapa nak gred-gredkan kelas ikut pencapaian dalam peperiksaan? Kenapa tak campur je budak balik sekolah terus tuisyen dengan budak balik sekolah terus berkubang kat lombong dalam satu kelas? Kenapa tak campur je budak pandai dengan budak lembab dalam satu kelas?

Cikgu-cikgu cakap; ala..kang bercampur dengan budak-budak tak tentu hala kang, hanyut pulak budak pandai tu. Budak pandai terus pandai. Budak hanyut terus hanyut. Masuk sekolah menengah budak hanyut sekolah A berjumpa pulak dengan budak hanyut sekolah B. Berkawan. Hanyut sampai habis SPM. Mak bapak nak tegur dah tak bape nak luak dah. Dah remaja. Rebellious. 

Cikgu-cikgu pernah dengar peribahasa 'meluntur buluh biar dari rebungnya' tak? Pertama, cikgu kena seimbangkan kecemerlangan sesebuah kelas dengan kelas yang lain. Tak boleh ada kelas top, kelas bottom. Semua kelas kena seimbang. Kemudian, cikgu boleh senaraikan budak pandai sebagai mentor kepada beberapa budak lain. Mungkin cikgu boleh monitor sesi mentor-mentee mereka masa mereka belajar sama.

Cikgu kena cipta sense of belonging dalam satu-satu kelas tersebut supaya wujud persaingan antara kelas-kelas rather than persaingan dalam satu kelas saja. Cikgu bakar semangat asabiah kat budak-budak tu. Budak-budak mana nak kalah. Semua nak menang. Jadi, budak-budak boleh sedar tanggungjawab masing-masing dalam kelas untuk jadikan kelas mereka no.1.

Jadi, dengan ni semua budak dapat menikmati kualiti pengajaran yang setaraf. Takde lagi kes cikgu kelas bukan top masuk kelas, baca novel pop Alaf 21 sampai habis masa kelas. Budak-budak hisap rokok dalam tandas pun tak tau cerita.

 
"Tarik pelan-pelan..pastu himbus ikut hidung...macam buang hingus.."

Photo

Thursday, February 18, 2010

pada 12:32 PM


23 nyamuk:

February 18, 2010 at 1:13 PM
Permalink this comment

said...

hahakk..gile cun awek isap rokok tuh...

February 18, 2010 at 1:58 PM
Permalink this comment

said...

time spm dulu, batch atas aku wat sistem gini...time aku, kitorang bantah.nak wat sistem campur2 x ikut result..
last2..memg lebih baik ar batch aku banding yg sebelumnye..hhuhu

February 18, 2010 at 2:27 PM
Permalink this comment

said...

sekolah rendah aku streaming bile start darjah 4 n sekolah menengah start fom4..

February 18, 2010 at 2:49 PM
Permalink this comment

said...

hmm.. betul gak ckp ko..

mcm dalam masyarakat elit skang.. yg kaya selalu dgn golongan org kaya. Kaya pon sama2.

yg miskin terus miskin dan bertambah miskin.. hmmm

said...

BETul jugakkan... kalau budak2 yang tahap disiplain nya teruk diletakkan dalam kelas budak pandai mesti akan ok..

February 18, 2010 at 3:33 PM
Permalink this comment

said...

aku mmg sokong!klu kelas depan cikgu asyk lebhkan jew..budk keas last2 cikgu abaikan...iksh..

Anonymous

February 18, 2010 at 3:37 PM
Permalink this comment

said...

wah2!
ayat mmg bikin gua guling2!
bagus2!
shuke netry inieyh!

February 18, 2010 at 3:50 PM
Permalink this comment

said...

you couldn't be more right.

said...

Aku dulu skola sume campur.. Pandai tak pandai.. Aku rase mmg beza bila aku masuk skola yg dok beza2 kan tahap kepandaian ni.. Sbb lain2 manusia lain pandainya.. Heehee..

Anonymous

February 18, 2010 at 6:31 PM
Permalink this comment

said...

i am hundred percent agreed with your statement. there shouldnt be classifications, despite kau pandai atau aku bodoh.

sistem pendidikan Malaysia memang rosak. haishhhh haishhhh

February 18, 2010 at 6:35 PM
Permalink this comment

said...

aku suka entry ko
sistem pendidikan malaysia memang pelik sikit

February 18, 2010 at 6:42 PM
Permalink this comment

said...

org kate sistem pembelajaran di England is better than Malaysia punya
huhuhuu~~

February 18, 2010 at 6:43 PM
Permalink this comment

said...

Betul2...setuju...!

February 18, 2010 at 7:13 PM
Permalink this comment

said...

perghhh terbaek la entry neh.

February 18, 2010 at 7:48 PM
Permalink this comment

said...

o...patutla aku tak pernah pandai..asyik belajar duk kelas belakang2 je..ahahah

February 18, 2010 at 7:50 PM
Permalink this comment

said...

mak bapak skrg pula, kisahkan sgt anak dia dapat 5a..pastu nak sgt anak belajar kt boarding school..aih..

pandai pulak ko ajar cre merokok eh..mcm buang hingus haha

Anonymous

February 18, 2010 at 8:05 PM
Permalink this comment

said...

sitem kita memang dah rosak

February 18, 2010 at 9:41 PM
Permalink this comment

said...

adoyai tadi aku dah taip komen panjang lebar dah, sekali internet down lak (T_T).
so one thing je la, aku setuju dengan ko. tu je..

February 19, 2010 at 12:14 AM
Permalink this comment

said...

saya setuju cikgu..

errr...

ape kate bila time cikgu nak mengajar..kita pilih cikgu yang kita suka jer...lagi cepat pandai..

February 19, 2010 at 1:46 AM
Permalink this comment

said...

semua menda nk asingkn ikut gred..smpai orang tua skali pun sbrnye..asingkn ikut pngkt, drjat..dato..datin..

February 19, 2010 at 4:00 AM
Permalink this comment

said...

kenape dia cun?

February 21, 2010 at 8:17 PM
Permalink this comment

said...

gua suke sense of belonging tuh..
lu da anta artikel nih kat JPN blom?
kehkehkeh

Anonymous

February 22, 2010 at 10:56 PM
Permalink this comment

said...

ok gk..nnt hg pkiaq cmna nk hapuih rasuah bila polis saman...ak ada idea dh, tp xdk blog plak..haha

Popular Posts