• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers


Bahasa Melayu gak senang. Past tense tambah udah je. Present tense pakai tengah je.

Photo

Tuesday, April 27, 2010

pada 1:11 PM



 Sumber: Utusan Meloya Malaysia

Tengok berita ni terus gua teringat satu subjek faveret gua masa sekolah. Biologi. Ahh...biologi. Penghibur hatiku di kala Matematik Tambahan buat perangai celaka. Cikgu-cikgunya pun jelita. 

Lu orang ingat lagi tak Hukum Mendel? Kalau ikut hukum Mendel 1, ciri fizikal (phenotype) manusia dikawal oleh sepasang gen yang bernama alel. Contohnya, gen kulit berseri-seri gua diwakili oleh alel Aa. A adalah gen untuk kulit berseri-seri macam gua. a adalah gen untuk kulit macam Bepop Lawak Kampus.

Disebabkan gen A lebih dominan dari gen a yang resesif, maka gua dapat kulit berseri-seri. Tapi, kalau ditakdirkan gua dapat gen aa, gua dapat kulit macam Bepop la. Amacam? Boleh ikut?

Dalam kes budak ni, bapak budak ni ada mata biru sikit. Mak budak ni mata hitam/coklat. Disebabkan budak ni dapat mata biru, gua syak mak bapak budak ni ada bawak gen resesif mata biru. 

Kenapa gua cakap lucky? Sebab kemungkinan untuk dua gen resesif bergabung memang sangat rendah. Dalam 25% je. Jadi, budak ni memang lucky sebab tergolong dalam 25% nih. Sayang, gen pekak mak bapak dia pun, dia dapat. Finger crossed, he won't be.

Jadi, kalau lu orang nak anak mata biru, cari la calon yang ada sejarah mata biru kat famili nya. Nak anak rambut kerinting, cari la calon dari Bronx, New York atau New Orleans. Payah sangat, pergi je kahwin orang asli. 

Tapi gua tak berapa galakkan sangat lu orang cerewet sangat soal genetik bakal anak ni. After all, it's all God's call. Nanti dunia porak peranda. Tak percaya, lu orang pergi download movie Idiocracy.

Photo

Saturday, April 24, 2010

pada 10:44 AM


Buat pertama kali dalam semester ni gua semayang Jumaat kat masjid UTM. Gila syahdu time gua ambik air semayang. Tengah-tengah panas cenggini, air cool macam duduk hotel. Jamban dah tak hancing. Karpet lembut berbulu-bulu. Chandelier besar macam rumah Pet Society gua.

Ok. Babi la korang. Gua semayang jumaat la. Gua semayang kat masjid luar kampus je sebelum ni. 

Kalau lu orang tanya gua apa tajuk khutbah masa gua sekolah asrama dulu, memang gua tak boleh nak jawab. Habis semayang sunat, gua tongkat dagu dan tidur. Kalau ada orang kacau, memang gua tampar. Bila muazin iqamah, gua otometik boleh bangun sendiri.

Tapi, hari ni lain. Disebabkan kabus syahdu menyelubungi tasik hati gua, gua segar. Tajuk khutbah hari ni pasal riba'. Lu orang main riba' tak?

Cakap pasal riba' gua teringat zaman gua sekolah dulu. Dulu, sebelum kelas agama start, ada sesi tazkirah kejap. Ikut turn. Gua ingat masa turn gua sampai, gua cerita pasal Imam Abu Hanifah. Terus-terang gua cakap. Gua punya suka cerita ni, sampai gua pernah cerita benda ni kat awek gua masa dating. Barulah Islam Hadhari.

Imam Abu Hanifah berniaga jual kain. Satu hari, ada brader nak beli kain dari kedai Imam Abu Hanifah. Tapi kain tu mahal. Brader ni takde duit. Jadi, brader ni hutang dekat Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah orait je.

Satu hari, hujan. Hujan lebat. Imam Abu Hanifah yang time tu tengah jalan cuba cari tempat berteduh. Dia nampak ada satu pondok masa dia berlari-lari anak. Banyak orang berteduh kat pondok tu. Tapi, Imam Abu Hanifah tak pergi berteduh. Dia terus berlari-lari anak dalam hujan. Orang kat pondok ushar pelik kat Imam Abu Hanifah.

Esoknya, orang pergi tanya Imam Abu Hanifah. Apasal dia tak berteduh kat pondok tu semalam? Imam Abu Hanifah pun menjelaskan. Sebenarnya, pondok tu kepunyaan brader yang berhutang dengan dia itu hari. Kalau dia berteduh, maknanya dia dah ambik riba'. Ambik riba' dosa. 

Gila punya teliti Imam Abu Hanifah. Respek. 

Jap, ni first tazkirah dalam blog gua kan?

Photo

Friday, April 23, 2010

pada 2:23 PM


Cerita Malam Tadi
Dipos oleh avid

Kat blok asrama gua, ada TV. TV kat tingkat 5 dan 8. TV tingkat 5 takat nak layan siri Manjalara atau siri Seram yang merepek boleh la. TV tingkat 8 ada Astro. Sedap sikit gua nak layan The Biggest Loser.

TV tingkat 8 ni havoc sikit malam-malam Sabtu dan Ahad. Ramai orang tengok bola. Sape alih channel 105 nak tengok Akademi Fantasia memang nak kena terajang la tu. Nak tengok bola Malaysia, boleh consider sikit. Tapi kena pastikan budak Malaysia lagi ramai dari budak Afrika.

Bila gua cakap havoc, bukan havoc ala-ala Kelantan vs Negeri Sembilan. Kat tingkat 8, havoc dia nak dekat havoc Ghana vs Nigeria. Lagi-lagi kalau team setan merah kalah.

Team setan merah ni, kalau sekali game dia tersiar memang berbondong-bondong orang datang. Ghana, Liberia, Nigeria, Sierra Leone, Sudan, Negeri Sembilan hingga ke Pengkalan Chepa penyokongnya datang. Penyokong setan merah ni gua perasan ada satu persamaan. Semua poyo habis. Bila kalah, emo. Referee la..linesman la..

Team tauke Rusia pun ramai gak penyokongnya. Tapi disebabkan team ni akhir-akhir 2004 baru nak power, maka ramai penyokongnya pun start sokong masa 2004. Jadi, ramai penyokongnya 'plastic'. Kenal star-star 1st team je. Youth player sekor pun tak tau. Bila kalah, balik bilik kunci pintu.

Team cap ayam brand gua tak cerita sangat sebab tak terkenal. Satu persamaan yang dapat gua cari pasal penyokong team ni, semuanya suka nyanyi lagu Sandarkan Pada Kenangan dendangan Jamal Abdillah dan Sarah.

Team bebudak meriam ni ada 3-4 ekor je kat blok ni. Tiap-tiap kali team ni main, 3-4 ekor ni je la yang tengok termasuk gua. Satu persamaan yang kita orang ada adalah kesetiaan dan sentiasa optimistik terhadap masa hadapan. Maka, kebanyakkan penyokong team ni boleh dibuat suami soleh yang bakal menjamin kebahagiaan rumah tangga gadis-gadis sunti.

Contohnya malam tadi. Team bebudak meriam leading 2-0. Lepas tu tetiba, team bebudak meriam kalah 3-2. Hati gua gundah gulana. Gua cakar-cakar dinding lif menahan marah. Balik bilik, gua text awek gua. "Arsenal kalah...(T_T)..." (Ya, gua buat icon muka nangis tu).

Photo

Monday, April 19, 2010

pada 9:52 AM


Cerita Cawan Dunia - Siri 1
Dipos oleh avid

World Cup adalah satunya-satunya match bola yang mak gua layan. Biasa kalau hari Sabtu gua nak tengok Arsenal main, mak gua macam dah paham-paham. Lepas makan malam, mak gua terus masuk bilik tidur. Bapak gua paham-paham. Keluar rumah sembang pung pang pung pang kat mamak.

Tapi World Cup lain. Gua ingat mak gua suka Turki masa 2002. Barangkali mak gua pernah dingorat pemuda Turki di jeti Bagan Datoh gamaknya. Bapak gua memang dari dulu sampai sekarang suka Belanda. Adik-adik gua balik-balik Brazil. Balik-balik Brazil. Dasar budak-budak.

Gua tak ada team favourite setiap kali World Cup. Gua suka team underdog yang jadi 'dark horse'. Masa WC 98 ada Croatia. WC 02 ada Senegal. WC 06 ada Australia. Memang Brazil, France, Argentina, England gua menyampah.

Masa World Cup 98, gua darjah 3. Match malam-malam buta. Bapak gua je la yang tengok. Pagi gua nak sekolah. Tau-tau, member sekolah gua kecoh-kecoh kata France menang. 

Gua tak ambik pusing sangat bola orang putih masa tu. Yang gua tau Selangor baru menang Piala Malaysia tahun tu. Chris Kiwomnya jadi top scorer. Steve Wicks jadi coach of the year liga Malaysia. Punya la meriah bola Malaysia masa tu sampaikan World Cup pun gua tak ambik pusing sangat.

Tapi time World Cup, time World Cup jugak. Sempena World Cup tu jugak, gua save belanja 5 kupang gua untuk beli 5 pemadam yang ada gambar negara-negara tu. Kat pemadam tu, gua tulis nama-nama macam Diego Simone, Gabriel Batistuta, Mustapha Hadji, Dennis Bergkamp, Youri Djorkaeff bagi pemadam gua kuat bila main tindih-tindih pemadam. Jahiliyyah punya perangai bila gua ingat balik.

...bersambung

Lepas ni: World Cup 2002

Photo

Saturday, April 17, 2010

pada 10:46 AM


Gua jarang nak puji member laki ni. In fact, tak pernah pun. Kalau lu orang nak tau, budak laki jarang puji member. Budak laki tak macam budak pompuan. 

Budak pompuan kalau jumpa member, dia kata: "Ih..ih...cantiknya baju kau..." atau "Waahh...lawanya ko hari ni...berseri-seri!". 

Budak laki kalau jumpa member, dia kata perkara sebaliknya: "Babi, bundle celah mana ko cilok baju tu?" atau "Bro, lu memang cilakak la..."

See? Kalau budak laki cakap camtu, maknanya dia puji la tu. Biasa kalau budak laki terdengar ayat-ayat macam ni, senyuman nipis akan terukir. Tapi gua tak sure budak pompuan boleh mengukir senyuman atau tak. Barangkali, pengkid pun akan merajuk.

Masa gua sekolah, gua ada berkawan dengan sorang brader ni. Orang panggil dia Dan. Bagi gua, Dan merupakan spesies manusia yang paling perfect. Tinggi dia ada dekat 190 cm. Pointer tak pernah jatuh kurang 3.5 sejak Form 1. Rambut lurus. Hensem nak mampus. Mak Cina. Pandai cakap Mandarin. Bapak Melayu. Pandai cakap Melayu gak. Kaya. Atletik. Main bola, volleyball, ragbi dan lastik cicak. Paling tak tahan, bodi solid. 

Memang intimidated la gua dan rakan-rakan kalau berjalan di samping Dan ni. Rasa macam hobbit pun ada. Tapi, Dan ni perangai Melayu asli. Sopan, gila-gila, humble. Jadi, semua orang suka dia. 

Gua pernah terbaca dari satu diari yang gua cilok dari androgynous sekolah gua (kita orang panggil apon). "Semalam aku tidur kat katil Dan. Hish, rasa macam nak pancut je..." (buwweekkkkk....!)

Jadi, sempena hari besday member gua ni, gua nak ucap selamat berbesday kepada Dan. Lu memang cilakak la, Dan..




Photo

Friday, April 16, 2010

pada 11:04 AM


Budak Pandai
Dipos oleh avid

Masa sekolah rendah, kalau periksa siap awal, kita kaler-kaler mana-mana gambar dalam kertas jawapan. Cikgu tak suruh pun. Dah la kaler buruk. Kulit orang Cina dikalernyer kuning..kulit India dikalernye coklat gelap..

Masa sekolah petang (sekolah rendah agama), kalau periksa siap awal, kita pergi tandas. Jalan lambat-lambat. Padahal pergi tandas cuci tangan je.

Masa sekolah menengah, kalau periksa siap awal, kita tidur. Kucar-kacir budak sebelah yang tak siap jawab lagi. Bekas pensel, kertas susun kemas-kemas hujung belah kiri meja. Kepala landing betul-betul kat tengah. Bangun-bangun, kucar-kacir cover air liur terjejeh-jejeh.

Masa universiti, kalau periksa siap awal, kita keluar terus. Keluar dewan buat muka bengis. Padahal pergi dewan periksa, tumpang moto member. Kah kah...

Photo

Monday, April 12, 2010

pada 10:19 AM


Update Malas-Malas
Dipos oleh avid

Gua tengah periksa. Time periksa mana boleh tulis blog. Nanti time tulis skrip jawapan, gua akan terbahasakan diri gua sebagai 'gua'. 

p/s: Idea tengah berlambak ni.

Photo

Thursday, April 8, 2010

pada 9:58 AM


Popular Posts