• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Bulan puasa tahun 2002 jatuh masa cuti semester. Biasanya budak lelaki 15 tahun yang tipikal masa ni akan duduk di rumah dan jadi lembu 24 jam. Kecuali lembu takkan main PS1 lepas makan dan tidur. Disebabkan bapak gua kerja kerajaan dan gua sendiri tak reti main game, gua buat kerja lain lepas makan dan tidur.

Puasa tahun ni special sikit. Bapak gua dapat satu tapak kat bazar Ramadan tengah-tengah pekan Sabak. 15 km dari pekan Sabak, ada satu lagi bazar kat satu lagi pekan yang lagi besar dari pekan Sabak sebab pekan tu ada The Store. Tu pekan Sg. Besar. Bapak gua dapat satu tapak kat bazar situ juga tapi kawan dia, Pak Hamid ambik upah jaga area situ.

Itu punya tahun, gua jual kebab ayam dan daging. Daging, bapak gua beli RM50 satu batang. Daging tu dah diproses awal-awal dan kemudiannya ditepek disekitar batang tersebut lalu disejukbekukan.Daging ayam mahal sikit dari daging lembu. Roti pun bapak gua beli dua jenis. Roti hotdog dengan roti pita Bosnia. Bapak gua siap beli pemanggang daging kebab yang pusing-pusing tu. Canggih sikit customer nampak, bapak gua kata.
Harga standard kebab daging masa tu RM 1.50. Kebab ayam RM 2.00. Bapak gua jual RM 1.20 untuk kebab daging, dan RM 1.50 untuk kebab ayam. Nasib baik tak ada orang lain jual kebab area-area situ. Kalau tak mau kena belasah bapak gua. 

Disebabkan murah, kebab bapak gua laris macam sial di peringkat pelbagai lapisan masyarakat. Masuk pukul 5, gua punya busy sampai kucing menggesel-gesel kaki gua pun gua terajang. Adik darjah 3 gua yang terkial-kial refill mayonis pun gua tengking. Haha. Customer yang beli satu kebab bagi duit RM 50 gua halau pakai pisau potong roti. Makcik jual kuih sebelah yang enggan bagi duit kecik, gua bakar gerainya pada malam dinihari.

Tapi gua paling ingat satu customer gua yang paling setia ni. Bos Shell gua panggil dia sebab pak cik ni kerja bos kat stesen pam minyak Shell. Dari 1 Ramadan sampai ke 28 Ramadan, pak cik ni tak pernah miss beli 10 kebab daging dari gua. Tepat pukul 4.30pm, confirm datang. Kemudian, ada sorang pakcik ni. Tiap-tiap hari datang mintak gua buat kebab daging tapi sos jangan letak dalam bentuk ular melingkar panjang-panjang atas kebabnya. Jadi gua letak sos dalam bentuk dot dot banyak-bayak atas kebabnya. Just the way he likes it.

Satu benda yang gua paling suka masa ni, bila bapak gua ada kat gerai. Kadang-kadang gua dan adik daarjah 3 gua je jaga gerai berdua. Tapi bila bapak gua ada, gua memang suka. Masa berniaga ni, bapak gua nampak macam orang lain. Lagi happy, less grumpy. 

You see, kat rumah bapak gua sentiasa buat muka tipikal orang kerja kerajaan balik rumah. Tak banyak cakap, nampak letih dan hisap rokok dekat buaian sorang-sorang. Masa nak raya, lepas tutup gerai, bapak gua pernah kata: "Haha...raya sakan la kita tahun ni..." Kat rumah, sumpah gua tak pernah dengar bapak gua cakap 'ha' pun. Apatah lagi 'haha'. Masakan pula 'hahahahaha'.

Tapi raya tahun tu memang sakan. Sorang budak dapat duit raya RM2. Zaman tu, orang bagi duit raya lima kupang pun ada lagi!

Photo

Tuesday, August 24, 2010

pada 11:15 AM


18 nyamuk:

August 24, 2010 at 11:40 AM
Permalink this comment

said...

haha..ok betapa senang hati kalau orang yang berniaga ni..tak payah kerja makan gaji dengan orang lain..tak pressure..now meniaga kebab lagi ke??nape ko tak bukak je gerai jual kebab kat bazar utm tu??

August 24, 2010 at 12:07 PM
Permalink this comment

said...

@ iyllienaz
xde motivasi..kah kah...member2 masing2 busy..apa jadah niaga sorang2, kan?

August 24, 2010 at 12:09 PM
Permalink this comment

said...

haha, best btol.

mesti byk duit raye dpt nih...

August 24, 2010 at 12:19 PM
Permalink this comment

said...

hahahaha..gua paling suka perenggan no 4 dan ayat 'Kat rumah, sumpah gua tak pernah dengar bapak gua cakap 'ha' pun. Apatah lagi 'haha'. Masakan pula 'hahahahaha'.berderai gelak gua kt opis ni..

skang bapak lu dah tak meniaga ke?

August 24, 2010 at 12:21 PM
Permalink this comment

said...

hoh penah jual kebab jugak. lepas baca cerita ni terus plan nk ke pasaraya beli daging burger buat isi kebab berbuka ni karang.. Aiseh dah terliur..

August 24, 2010 at 12:39 PM
Permalink this comment

said...

kenangan menyentuh jiwa sial entri lu kali ni. gua rasa macam gua dan bapak gua sedang jual kebab. walaupun hakikatnya bapak gua hanya tau makan kebab.

said...

Wakakakaka.. Ade ke plak kebab sos dot dot dot.. Adehhhhh..

Anonymous

August 24, 2010 at 2:14 PM
Permalink this comment

said...

haha.bapak kau ni org bisnes gamaknya..dilahirkan utk neniaga..hanya meniaga yg akan buat dia gembira...tak kiralah meniaga apa pun

August 24, 2010 at 2:54 PM
Permalink this comment

said...

best best. terliur lak baca ni time puasa, sebab terbayangkan kebab. huhu.

setuju dengan fndrocka, mungkin berniaga ni lebih kena dengan jiwa bapak kau. sebab tu dia happy bila berniaga :)

August 24, 2010 at 3:23 PM
Permalink this comment

said...

@ famy
masa tu je la..

@ Mimie.Candy Cane
skang dia meniaga baja padi lak..

@ Aini
beli daging burger, buat berger la..ni dah mcm penghinaan kpd industri berger ni...hehe..

@ Razman
haha..bapak lu lah tulang belakang industri perkebaban malaysia...

@ FarhanaDr
dah pakcik tu mintak cenggitu..hehe..

@ fndrocka
gitu ler gamaknya..

@ Husna Hadzarami
haha..belum aku cite part sayur kubis cincang2 campur dengan daging sume..

Anonymous

August 24, 2010 at 4:02 PM
Permalink this comment

said...

wah!!!!
besh2!
ak pn meniaga..
tp dah stop..
malas!!!

said...

lu ada niat nak berniaga kebab lagi x?? gua nak tempah untuk hidangan di pagi raya ni

August 24, 2010 at 6:33 PM
Permalink this comment

said...

weh avid, gua nak suh lu buatkan gua kebab pita bosnia 1.lama seh tak makan.


citer lu touching la, aku senyum tekenang-kenang..

August 24, 2010 at 7:46 PM
Permalink this comment

said...

hahaha! betul la. gua rse mase zaman kecik2 dapat rm10 da macam dapat rm50 da. haha. ayah lu jual lagi x? bleh gak gua nak pegi usha. haha

August 24, 2010 at 8:40 PM
Permalink this comment

said...

hahaha.. kencang bro business kebab tu. pasni kalau ada rezki boleh buat franchise.

p/s: pasal soalan Rubik's yg ko tanya tu. teori ikan dengan petir tu memang boleh pakai. kalau ko maen teknik layer by layer utk standard 3x3x3 - rubiks sfera tu sebijik sama cuma bentuk laen je.

aku boleh maen layer by layer je. F2L aku tak reti. takde masa nak menuntut.

August 24, 2010 at 8:43 PM
Permalink this comment

said...

nice story la bro
tergelak den baca

yg paling lucu part pakcik yg tak nak sos panjang2 tuh
sempat plak nak sos yang dot dot dot,kah3

order kebab ayam 5 bijik

August 25, 2010 at 12:47 AM
Permalink this comment

said...

@ Lelaki Ini
kah kah..malas tu maknanya x minat la tu..

@ a little less conversation
haha..jgn buat perangai tu..pagi raya makan ketupat dah ler...

@ FaizalSulaiman
haha..ada barangnya lu ajak sanak sedara punya jiran pun xde hal...

@ f.a.r.a.h
dah x jual lg dah..hehe..

@ Fyzal
haha...tgk ler...sampai seru aku nak jadi kapitalis nt aku buat la franchise tuh...

@ penaberkala
haha..pakcik tu mmg special..itu psl gua igt dia smpy skrg..

Anonymous

August 25, 2010 at 5:52 PM
Permalink this comment

said...

agak2 bapak ko 'hahaha' jugak tak tahun nie?


kalau ye, aku nak datang raya umah kau lah tahun nie..

Popular Posts