• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Seni Bergotong-royong
Dipos oleh avid


Sejak dari kecik, gua dah dididik dengan nilai perpaduan. Bayangkan la, masa gua 5 tahun lagi bapak gua hantar melanjutkan pelajaran bukan ke tadika kemas yang pakai kemeja kotak-kotak kecik merah, bukan ke tadika bimbingan islam yang berselawat masa nak balik rumah. Tapi Tadika Perpaduan yang menyanyi 'sayonara sayonara moga berjumpa lagi' masa nak balik rumah.

Kat Tadika Perpaduan, gua banyak berinteraksi dengan budak-budak cina miskin (cina kaya pergi tadika Disney), budak-budak India estet, dan budak-budak Melayu yang rata-ratanya suka buat replika ular masa sesi bermain tanah liat. Tak kreatif langsung. Tengok, gua dah melalut.

Anyway, dah namanya Tadika Perpaduan kalau budak-budaknya tak bersatu-padu memang tak payah letak nama 'perpaduan' la. Baik letak nama 'Tadika Huru-Hara' atau 'Chaotic Kindergarten'. Gua ingat ada satu hari tu, masa kita orang nak nyanyi lagu Negaraku, gua yang ditugaskan untuk mengangkat bendera perasan bendera Malaysia hilang dari tiang bendera. Cikgu gua jadi pelik.

Sorang member gua bagitau pada petang semalamnya, dia nampak 2 orang anak India panjat dan curi bendera tu. Punyalah bersatu-padu budak-budak Tadika Perpaduan ni, satu tadika termasuk dengan cikgu yang memasak tu sekali berjalan ramai-ramai ke rumah budak India tersebut. Last-last, member gua tu cakap lebat je. Tapi, poin nya kita orang bersatu-padu.

Bila gua masuk asrama, tiap-tiap ahad dari pukul 8-10 pagi ada sesi gotong-royong bersihkan bilik dan asrama. Mula-mula lu orang bersihkan bilik dengan roommate dulu diikuti dengan bersihkan kawasan asrama dengan semua orang. Kalau bilik yang dah di-inspect masih kotor, satu bilik kena denda.

Denda pulak bukan macam denda aspuri. Aspuri punya denda memang hek eleh punya level. Lompat bintang. Bersih longkang minggu depan. Aspura punya denda barulah celaka. Buat 'helikopter' (tangan cecah tanah sebagai axis, pusing accordingly) selama 10 minit. Buat 'Vespa' (squat dengan tangan lurus ke depan macam naik vespa) selama 10 minit. Memang tiap-tiap ahad aspura jadi bersih gila babi. Masuk isnin, jadi neraka balik.

Jangan tertipu. Sepanjang masa gua ber'vespa, body gua tak pernah jadi sesolid begini.


Bosan tu memang bosan la. Kalau gotong-royong ni menyeronokkan, memang takkan ada la aedes. Untuk menyeronokkan aktiviti ni, macam-macam kita orang buat. Tukar nama jadi 'rotong-yogong', denda gampang-gampang, buat pertandingan 'wing' terbersih. Poin nya satu, memupuk amalan bergotong-royong dan tolong-menolong.

Masuk universiti, memang sangat pelik lah kalau budak-budak laki bangun awal buat gotong-royong bersih bilik pagi ahad. Budak perempuan gua pernah jugak dengar. Maka, tak hairan lah bilik-bilik member gua termasuklah gua sendiri macam neraka. 

Tapi, kalau ada aktiviti gotong-royong melibatkan masak-masak BBQ, masak-masak bubur lambuk, masak-masak lauk berbuka dengan member-member memang gua tak lepas. Sebab bagi gua, masa aktiviti-aktiviti ni la gua nak ber-bonding dengan member-member yang gua takat kenal 'gitu-gitu' je. Masa ni la gua nak gelak-gelak. Masa ni la gua nak belajar benda-benda yang gua tak tahu.

Tapi ada satu benda yang gua hangin pasal gotong-royong ni. Golongan yang mengulat bila masuk bab gotong-royong ni. Ndaknya mau, nolongnya idak! Ada sesaja alasannya. Patut la takde awek. Macam mana nak tackle awek kalau dah kerjanya duduk bilik membuta. Alih-alih kerjanya mencari awek kat Fesbuk. Terang-terang, budak tu kata 'looking for friendship' kat info page. Ndak juga flirt. Urgh! Get a life.

Kesimpulannya, gotong-royong sangat bermanfaat kepada kelangsungan hubungan sosial manusia yang sihat kerana gadis-gadis sentiasa ada di mana-mana gotong-royong. Janganlah anda memperbodohkan diri sendiri dengan mengorat Ahn So Hee (Wonder Girls) lantaran ter'flattered' selepas menerima friend request daripadanya. Bak kata ahli-ahli rotong-yogong yang lain: Get a life, dude!


Photo

Sunday, August 29, 2010

pada 9:49 PM


10 nyamuk:

August 29, 2010 at 10:18 PM
Permalink this comment

said...

gotong royong byk pekdah.takpelah jadi neraka kejap.kang bersihkan balik dr terus jadi neraka bilik tu..ohh aku pernah jumpa owhh org mcm tu.boleh tahan ngn bilik kotor.yak!

Anonymous

August 29, 2010 at 10:42 PM
Permalink this comment

said...

haha teringat jugak sesi inspection masa skolah asrama... pastu kalau kat skolah aku yang bersihkan kawasan asrama kitorg panggil general cleaning.

budak laki memang suke duduk bilik bersepah. suke nak bagi chance tikus dan lipas tumpang sekaki. dah kalau ade laki yang jenis pembersih kang org tuduh gay pulak. biar bilik macam neraka, janji tak kne tuduh gay, x gitu?

August 29, 2010 at 11:19 PM
Permalink this comment

said...

@ faizal sulaiman
haha...dah jadi neraka seminggu kena la kemas balik sehari. esok neraka balik.

@ erine
haha..bukan suka, malas je.

August 29, 2010 at 11:20 PM
Permalink this comment

said...

Ai bang....hangin pasal pg tadi ke? hehe...tula kau. g ketuk bilik sekor, tarik pakai tali lembu. baru diikutnya mangkuk2 tu..

August 29, 2010 at 11:28 PM
Permalink this comment

said...

@ mk kimi
tarik betui2 kang, emosi pulak...kang aku dah emosi dah entri ni...haha..

Anonymous

August 29, 2010 at 11:40 PM
Permalink this comment

said...

hurmm..aku bilik sendiri pun jarang digotong royongkan..tapi bila da ada bau yg semerbak..maknaanya dah sampai masa lah tu

August 30, 2010 at 1:12 AM
Permalink this comment

said...

gotong royong time skola. zz cm buruh kasar je kene angkat kerusi2 yg da rosak. angkut letak kat stor. =___=

August 30, 2010 at 1:17 AM
Permalink this comment

said...

haha, mengimbau kenanangan lama jap smbil tersenyum
nk simpan punyalah la lama, nak sepahkan kejap je

nape klu sebut gotong-royong kita duk pikir pasal bersih dan kemas je
padahal masak ramai2, kopipes keje skolah, makan maggi dlm baldi rmai2, pungut durian dlm kebun skolah gotong royong gak dulu kan?haha

sesungguhnya, gotng-royong itu amatlah best

August 30, 2010 at 10:21 AM
Permalink this comment

said...

kelakar doh time ko sekolah tadika..siap benda kena curi..apa da...hoho

gotong royong memang la bagus..gotong royong time exam pun bagus..eh..tu bukan tolong menolong bantu membantu ke??

August 30, 2010 at 4:35 PM
Permalink this comment

said...

dulu dulu gua ada gotong royong gak. tp sekarang ni kurang la sikit. gua cuma gotong royong kat hometown gua bila ada acara kenduri kendara ngan makan2 masa hari raya. memang gua suka.

tp beb, gotong royong kat rumah hometown gua takde awek syial.. semua budak kecik jer.. hampeh..

Popular Posts