• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

5 Sukan Maskulin
Dipos oleh avid

Lelaki tak jauh dengan perempuan, sebenarnya. Perempuan kalau nak tonjolkan feminisme, mereka akan jaga badan, jaga penampilan dan berkawan dengan kawan yang popular seberapa ramai yang boleh. Barney Stinson memanggil senario ini sebagai 'The Cheerleader Effect'.

Bagi lelaki yang tak ada rupa paras, mereka boleh compensate kekurangan mereka itu dengan sukan. Sukan menonjolkan kemaskulinan mereka. Bohong kalau ada lelaki yang cakap "Err..gua bersukan sampai wakil daerah ni ikhlas kerana Allah Taala". Hahaha.

Anyhoo, berikut adalah lima sukan yang budak lelaki selalu main demi kemaskulinan mereka.

1. Ragbi



Ragbi popular di sekolah menengah kecuali di Sekolah Kebangsaan King Edward, Taiping yang sudah bermain ragbi sejak sekolah rendah. Dan untuk pengetahuan ragbi-tards semua, ragbi sentuh tak sama dengan ragbi. 

Sukan yang dimainkan oleh 30 orang (15 pemain setiap pasukan) yang cuba membawa bola ragbi dengan 'backward passing' untuk melepasi garisan terakhir di kubu lawan ini dominan di kalangan budak lelaki sekolah menengah yang berbadan besar dan budak-budak otai. Dan di kelas, mereka adalah antara budak yang suka memekak. Dan sukan ni jarang-jarang disertai oleh budak-budak yang pandai main bola sepak.

Kemaskulinan mereka terserlah: sewaktu bergasak di tengah padang dan semasa balik dari sesi latihan dengan lumpur terpalit di serata badan dan muka sambil berjalan ramai-ramai dengan rakan sepasukan. Masing-masing buat muka 'alpha male' sebab main sukan ganas.

2. Bola sepak



Adalah bodoh kalau gua terangkan apa itu bola sepak.

Bola sepak selalu dimainkan oleh budak yang memang dari sekolah rendah dulu dah wakil sekolah main bola sepak. Mereka yang sembang lebat pasal bola sepak pun main jugak, tapi kebiasaannya kurang berbakat. Macam gua. Hahaha.

Biasanya pemain bola sepak sekolah mesti ada makwe. Yang striker je la. Yang main defend, kena tunggu sampai sekolah jadi juara baru ada makwe. Macam team kebangsaan kita.

Kemaskulinan mereka terserlah: sewaktu main dihadapan budak perempuan yang datang menyokong. Masa main ni, masing-masing buat muka budak ragbi. Masing-masing nak menjerit tengah padang. Masing-masing nak buat skil. Taktikal habis berterabur. Itu pasal sesebuah sekolah itu akan most likely kalah bila budak perempuan sekolah mereka datang menyokong.

3. Bola tampar



Masa gua sekolah dulu, sukan bola tampar adalah yang paling klasemen. Team bola tampar sekolah punya klasemen, sampai siap boleh main gelak-gelak masa final peringkat daerah.

Biasanya dianggotai oleh budak-budak panjang di sekolah, dan macam biasalah. Budak-budak panjang ni kacak-kacak belaka. Disebabkan mereka dah biasa menikmati adulation dari penyokong perempuan, mereka akan most likely menang kalau ada penyokong perempuan. Lagi ramai perempuan. lagi cepat game tu mereka habiskan.

Kemaskulinan mereka terserlah: sewaktu spike bola di atas net. Masa ni, kemahiran individualiti spiker ni akan menjadi penanda aras kemaskulinannya. Lagi tajam spike-nya, lagi macho dia di mata penyokong. 

4. Sepak takraw



Sepak takraw secara kebiasaanya dimainkan oleh budak kampung. Betul. Budak bandar boleh main jugak tapi memang cepatlah kalahnya. Buktinya, team gua kalahkan budak MRSM Langkawi dalam masa 10 minit. Hahaha. Tetapi kepoyoan itu tidak bertahan lama apabila team gua dibelasah oleh MRSM Balik Pulau pada suku akhir. Dua kali dada gua kena rejam. Hahaha.

Sepak takraw kurang popular di kalangan perempuan. Maka, mereka tidak berpeluang menonjolkan kemaskulinan mereka di hadapan peminat perempuan. Tetapi, mereka biasanya mendapat penghormatan dari budak-budak ragbi dan bola sepak kerana mereka tahu yang sepak takraw ni sukan art, sekaligus memaskulinkan budak-budak takraw.

Kemaskulinan mereka terserlah: sewaktu pemain membuat aksi akrobatik merejam bola di atas net. Itu je. Yang dua lagi tu, badut je. Hahaha.

5. Bola keranjang



Bola keranjang jarang dimainkan di kalangan sekolah Melayu. In fact, gua pun tertanya perlu ke ada polarization dalam sukan? Kenapa jarang kita nampak Chinese main bola sepak atau takraw dan jarang pulak kita nampak orang Melayu main bola keranjang?

Sukan bola keranjang adalah sukan yang unik. Kalau bola tampar lebih biased kepada pemain tinggi lampai, bola keranjang pula tidak. Kalau tidak, masakan Nate Robinson, Tyrone 'Muggsy' Bogues dan Avery 'Little General' Johnson boleh mencari makan di NBA League. 

Kemaskulinan mereka terserlah: sewaktu 'menari' di hadapan 3 pemain sebelum melakukan lay-in, membuat 'alley oop' yang diikuti oleh slam dunk dan melakukan 3-point shot semasa tinggal 3 saat sebelum permainan tamat.

Jadi, sukan maskulin apa pulak yang korang main?

Pic credit: Google Images

Photo

Tuesday, February 8, 2011

pada 7:44 PM


Labels:
,
,
,

17 nyamuk:

February 8, 2011 at 8:18 PM
Permalink this comment

said...

wohh

aku main bola tampar walau tak tinggi mana.moment paling best, bila smash bola berdesup:P bangga!!haha

eh bola baling takde ke?

February 8, 2011 at 8:32 PM
Permalink this comment

said...

aku dulu wakil rumah sukan main bola sepak dengan bola tampar...
hahah.. tp xdpt wakil sekolah sebab terlalu kacak.. kah3..

February 8, 2011 at 8:36 PM
Permalink this comment

said...

gusti lengan??LOL

Anonymous

February 8, 2011 at 8:47 PM
Permalink this comment

said...

hoki mana hoki? aiyaa. maskulin tuu!

February 8, 2011 at 9:23 PM
Permalink this comment

said...

badminton x maskulin ke??? aku tgk si lin dan tu macho semacam je kalo time smash... penah tgk lelaki main netball??? dasyat weh!!! hahahah...

February 8, 2011 at 9:58 PM
Permalink this comment

said...

weh mintak share jap kat fesbuk bolehhh.

grr, now gwa tau apesal laki bersukannn. seba tak hawt rupanya! tak pon sebab nak tambah hawt! pheww.

February 8, 2011 at 10:02 PM
Permalink this comment

said...

dulu kat sekolah, aku tak aktif langsung dalam sukan. tapi bila dah dalam kampus, aku tak sangka rupanya aku sangat berbakat dalam bola keranjang. dan aku pemain utk kampus aku sekarang. :)

February 8, 2011 at 10:06 PM
Permalink this comment

said...

dalam 5 yg ko senaraikan, 1 je ak x pandai, takraw,haha

sprinter 100m, 200m tak maskulin ke bro?
time muda-mudi dulu, olahraga je lah yg daapt ak wakil skolah
sukan yg ko senarai tu main wakil bilik pun tak lepas,LOL

February 8, 2011 at 10:11 PM
Permalink this comment

said...

aku tido je

Anonymous

February 8, 2011 at 11:10 PM
Permalink this comment

said...

whoaa. betul tu.

eh, lelaki masuk olahraga pun nampak macho weh. lompat tinggi ngan pecut. sangat macho wehh! :D haha

February 9, 2011 at 1:38 AM
Permalink this comment

said...

netball!hahahaha

suke sgt tgk bdk laki maen bola keranjang...HAHAHAA (^^)V

tp skrg dh panchet.sekian.adess

February 9, 2011 at 1:45 AM
Permalink this comment

said...

bg aku, laki yg pndai bersukan mmg nmpak macho..xkisah lah sukan apepun yg ptg atlit

*golf jer kot yg xmacho..psl ak tgk kbykn player ialah PJK (perut jln kedepan).

Anonymous

February 9, 2011 at 8:45 AM
Permalink this comment

said...

bola baling pun smart.

February 9, 2011 at 9:07 PM
Permalink this comment

said...

aku vote for rugby. damnn nice gile mase zaman sekolah tgk budak2 laki main rugby kat padang. bile gomol2 nak amek bola, budak pompuan sorak. boleh? haha

February 9, 2011 at 10:14 PM
Permalink this comment

said...

dulu MRSM mana?

March 15, 2011 at 1:22 PM
Permalink this comment

said...

aku slalu jadi badut je bila main takraw.

said...

masa zaman kt highschool dlu aku join rugbi,then half year je aku kena keluar sebab bahu aku patah kena tackel. so semangat da patah. then aku beralih ke sukan bola sepak, tp sejak masuk kolej aku da mula slow shingga aku diperli kawan2 sebagai kaki bangku..but bila masuk ukm ni aku cuba berjinak2 balik dgn futsal sebagai pengganti bola sepak padang. so skrg aku da main untuk faculty. dan sepak takraw seingat akulah,aku hanya main tak sampai 5kali seumur hidup aku.itu pun saja suka2..habis benjol dahi aku..

Popular Posts