• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Just Do It
Dipos oleh avid

Deskripsi
Kebelakangan ni, gua ada masalah. Masalah ni banyak menghalang gua dari mencapai beberapa benda yang gua nak capai. Dan masalahnya sekarang ni; gua banyak pikir sangat. Dalam bahasa Inggerisnya; overthink.

Dah banyak kali, gua buat entri dalam blog hanya mendapati gua akan delete balik entri tu bila gua nak klik 'Publish Post'. Dah banyak kali gua teringin nak masuk kelas bahasa German, tapi tiba-tiba gua jadi pussy dan chickened out. Banyak lagi.

Pendek kata, tiap-tiap kali gua nak buat sesuatu yang gila dan diluar norma kebiasaan gua, gua akan pikir pikir dan pikir sampai akhirnya tak jadi buat. 

Simptoms
1. Menangguh-nangguhkan masa untuk buat keputusan.
2. Sentiasa memikirkan duit, duit dan duit. Nanti duit tak cukup. Nanti kena makan megi. Babi betul duit ni.
3. Terus berfikir dan berfikir tak kira masa mandi, buang air, tengah naik motor mahupun tengah nak tidur.

Risiko
Hidup gua akan jadi predictable. Macam robot. Gua akan jadi macam Ted dalam siri How I Met Your Mother. Dan potensi gua untuk hidup sebagai warga tua yang bencikan hidupnya yang membosankan semakin bertambah besar dengan setiap 'no' yang gua ambil untuk peluang-peluang dalam hidup.

Inspirasi
Gua kagum dengan watak Forrest Gump dalam filem Forrest Gump. Dalam filem ni, Forrest tak pernah merancang untuk berkhidmat dengan tentera untuk Perang Vietnam. Dia tak pernah merancang untuk membeli bot menangkap udang. Dia tak pernah merancang untuk berlari satu Amerika selama lebih tiga tahun. Dia buat kerana dia rasa nak buat. Dan dia berjaya dalam setiap apa yang dibuatnya.

Mungkin orang lain anggap, it was just a pure dumb luck. Plus, it's a fictional story. Tapi gua tak anggap begitu. Dia berjaya sebab dia seorang 'doer', bukan 'talker'.

Dalam banyak kes dalam kehidupan sebenar pun, ramai orang berjaya kerana mereka buat tanpa berfikir. Mark Zuckerberg dan Facebook. Bayangkan kalau Zuckerberg terlalu memikirkan budak-budak perempuan yang akan bencinya sebelum mencipta Facemash.

Rakyat Mesir dan revolusi menumbangkan Hosni Mubarak. Bayangkan kalau anak-anak muda mereka terlalu memikirkan berapa banyak luka mereka akan dapat dari cota polis sebelum memulakan revolusi mereka.

Kesimpulan
(Isi di tempat kosong)

p/s: "Ted, your problem is all you do is think, think, think. I'm teaching you to do, do, do." - Barney Stinson

Photo

Wednesday, February 16, 2011

pada 3:00 PM


Labels:
,
,

19 nyamuk:

February 16, 2011 at 3:31 PM
Permalink this comment

said...

part yang selalu delete balik entri before publish tu aku selalu terbuat.Ter?
Kadang2 benda yang menghalang tu satu tu je.sebab bak kata kau,overthink.
btw,suka post ni =)

February 16, 2011 at 3:59 PM
Permalink this comment

said...

Twenty years from now you will be more disappointed by the things you didn’t do than by the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover. -unknown. :)

February 16, 2011 at 5:16 PM
Permalink this comment

said...

filem forest gump tu mmg best.

yeap, j.d.i n tke the risk. tapi bukn smua org btul2 brani ambl risiko =)

February 16, 2011 at 5:32 PM
Permalink this comment

said...

kita pikir sebab kita dh dibesarkan dgn konsep "planning". nak buat apa pun kena plan. bg aku hdup jgn dirancang. hdup hanya perlu rebut peluang. apa peluang ada depan mata, rembat sahaja.

February 16, 2011 at 5:43 PM
Permalink this comment

said...

I overthink things a lot too. T_T

missgenuine

February 16, 2011 at 5:48 PM
Permalink this comment

said...

ni kan blog u.. so what made u delete sblum post smthg? feel free to write and to tell the world what r u thnking, unless u fikir post u tu leh mndtg kan lbh byk keburukan dpd kebaikkan.. keburukan yg besar2 la i means.. u get me rite? btw, i ni ckp je lbh, padahal i pun mcm u jgk.. selalu gak nk bt, tp last2 x jd.. ad gak pakai buat je.. last2 menyesal.. tp skrg ni when i feel to do, i will do! ermm.. after think 4 a while maybe..hehe..

February 16, 2011 at 7:46 PM
Permalink this comment

said...

ko tulis apa yang ko rasa je weh.

hidup ini is about taking risk. ko main terejah aje.asal tak melampaui batas, its okay with u then:)

February 16, 2011 at 8:35 PM
Permalink this comment

said...

suka qoute bawah tu.. =)

February 16, 2011 at 8:43 PM
Permalink this comment

said...

eeiyhh siyes laa , im always keep thinking about my money too~
naak beli ape pon asik fikir , need or wants ~
ahaha
kan best kalo jutawan ~

*bersyukurlah ape adenyer kan~

February 16, 2011 at 8:46 PM
Permalink this comment

said...

Mmg kite ni kne fkr sblm kite wat...
n paling xbleh blah bila kite fkr tu smpai xdpt2 jawapan...

aku dulu suka gak fkr sblm wat..tp biasanya aku wat fkr n wat,sume jadi salah..

so now,aku suka je wat...klau salah,pengajaranla kot...tp xla smpai wat bnda bodo..hehehe~

said...

kesimpulannya..pihak malaysia yg bertanggungjawab dlm membawa balik warga msia di mesir terlalu fikirkan klau bwk blk dorg ni abis la duit..xdpt nk beli bmw 7 series..

Anonymous

February 16, 2011 at 11:58 PM
Permalink this comment

said...

i love barneystinson...


"haaaveee......... u met Ted?"

February 17, 2011 at 4:45 AM
Permalink this comment

said...

@ emora
btw post ni pun berapa juta kali aku pikir sebelum tekan publish post. haha.

@ atenchan
nice quote you got there.

@ tiaris
ditto

@ razman
aku agak payah nak telan nasihat dari kau razman tapi aku terpaksa mengaku apa yang kau cakap tu adalah kesimpulan yang paling tepat aku nak sampaikan.

@ natra
do do do!

@ missgenuine
mmg ni blog aku, tapi ni tak bermakna aku boleh suka-suki bashing orang tak tentu hala. tapi aku tak nak pulak jadi cautios sangat.

@ faizal
i'll try to be

@ aqilah
haha. credit goes to barney stinson. i love it too.

@ anis
jadi jutawan bukan penyelesaian untuk dapat apa yang kita nak. bagi aku la. hehe.

@ iqa
tapi aku nak buat benda bodoh jugak masalahnya.

@ a little less conversation
cynical. i like your style.

@ erine
what up....? (high pitched high five)

February 17, 2011 at 5:05 AM
Permalink this comment

said...

tangguh masa wat keputusan??
same with me...
sometimes nk update new entry pun tertangguh....
sebab ade cite baru yg nak tulis dlm blog...
dan cite baru, baru n baru...
last2 ape pun x tulis sebab dh x ingat akibat asyik tangguh aje...
huhuuhuh =,=;

February 17, 2011 at 8:52 AM
Permalink this comment

said...

dude,

execute the plans. execute the plans dude !!!

if not, u are just a thinker. dont have much courage to challenge yourself. think bout it. oppss... (think-tanker,hahaa)

thinking is good, while the best teacher is the experience we go thru ;)

salam.. and peace out 8)

February 17, 2011 at 4:16 PM
Permalink this comment

said...

weh. apesal sama dgn aku ni? hailaaa...

Anonymous

February 17, 2011 at 8:00 PM
Permalink this comment

said...

Ted : What does being "ready" even mean? I mean I thought I was "ready" last year, I wound up getting left at the altar. I'll be honest guys, I'm a little scared.

Louis : We're all scared Prof Mosby.

Betty : Doesn't being scared let you know you're on to something important?

Ted : Yeah. I mean, if you're not scared, you're not taking a chance. And if you're not taking a chance, then what the hell are you doing? Right?

Anonymous

February 18, 2011 at 3:27 AM
Permalink this comment

said...

jump first think later..

jaybone

February 19, 2011 at 1:02 AM
Permalink this comment

said...

sumtime we need to experience first b4 we gain d confident,sumtime hv to do sumtin bad to achieve a gud feedback (avoid dis). b an overthinker is ain'nt bad thing. u hv an ability to think critically...then act rationally. bagus la kan...:) lpas fikir, baru buat...:)

Popular Posts