• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Kalau dalam bahasa Melayu (Malaysia?), perkataan yang membawa maksud bodoh adalah:
1.bodoh
2.bangang
3.bengap
4.baghal
5.tolol
6.bongek (Yunus forecast selalu cakap)
7. tongong
8. sengal?

Dalam English lak:
1.stupid
2.dumb
3.moron
4.imbecile
5.cretin
6.jackass

Sapa cakap Bahasa Melayu mandul?

Photo

Friday, January 30, 2009

pada 3:49 AM


1. Aku baru pindah rumah lepas je Raya Haji lepas. Bawah ni rumah lama aku.

Ada 3 bilik tidur, 1 bilik bacaan, ruang tamu dan dapur yang besar tahap dewa Buddha, 2 tandas, 8 pokok mangga dan 1 pokok jambu air kat tanah sekitar rumah dan 2 parking lot untuk kereta. Harga RM 150k. Call 019-2020484 (En. Haari)

Kat bawah ni lak rumah baru aku. Amacam? Pintar tak bapak aku? Tapi van tu bukan bapak aku nyer. Dia pinjam je buat hantar serai-serai dia ke pasar.

Luar macam setinggan. Dalam lu belum tengok, beb. Rumah ulama camni la.

2. Boleh bercakap pasal bola selama dua jam tanpa henti. Bola apa korang cakap. Bola ping pong. Bola-bola ikan. Tapi bukan bola-bola api Achik dan Nana.

3. Ada genetic defect. Gen suka menangguh kerja dan gen menambah-nambah kerja meskipun kerja yang dah ada belum siap lagi.

4. Mata aku berfungsi sebijik macam laser. Kalu aku buat apa-apa, aku memang tak perasan sekeliling nak-nak makwe-makwe lalu-lalang. Tak boleh bayang kalau mata aku macam torch light. Macam Johnny Rotten nih.

Hai, awek...

5. Aku dan muzik memang kacip. Nak-nak punk rock/ska/pop. Layan gak jazz, R n B, hip hop. Emo pun layan runcit-runcit je. Metal memang tak layan langsung.

6. Tak suke shopping baju. Jangan ajak aku shopping baju raya/sekolah sama-sama. Korang mesti kecewa.

7. Time puasa aku tak gemar sangat sahur makan nasik. Takde hal kalau sahur makan Gardenia je ngan air mati.

8. Metabolisme badan aku tinggi. So, aku makan daging kijang ke, daging rusa ke BMI aku maintain kat moderate level.

9. Aku suka tengok Spongebob. God, I love Spongebob. Nak-nak tengok ngan adik aku yang darjah satu bawah ni.

" Ko Squidward. Kita Spambob."

10. Fan Arsenal sampai mati. ( Sialnya Wenger. Malam tadi seri lagi ngan Everton)

11. Aku ada parut bekas jahitan sebanyak 20 jahitan kat kaki kiri aku. Seriously, sampai sekarang aku tak tau camne kulit kaki aku bole terkoyak panjang gile sampai nampak jelas otot kaler putih tu. Kalau orang tanya aku jawab sebab main bola sebab aku dapat parut tu pas main goal keeper time PJ. Camne kulit boleh terkoyak lak, aku tak boleh jawab.

12. Boleh main dram sikit-sikit. Kalau setakat lagu The Ramones, The Strokes tu boleh la. Tapi tangan kanan mesti letih gile time main lagu The Ramones.

Siot. Macam mana tangan kanan ko boleh tahan
pukul hi-hat laju camtu lama-lama?


13. Tengah belajar main gitar ngan Wan dengan harapan otak kanan aku dapat diaktifkan setiap masa. Asyik pakai otak kiri je kat kelas. Gila payah, beb.

14. Hobi pelik aku. Suka berangan jadi manager Arsenal masa mandi pastu pura-pura di-interview media. So, aku cakap English masa mandi la!

15. Hadiah pertama aku dapat adalah masa darjah satu. Bapak aku belikan aku keyboard budak-budak sebab aku dapat no.3 masa semester 2. Masa semester 1, aku dapat no.11 sebab 9 orang berkongsi tempat no.1 (purata peratus diorang serupa). Macam sial.

16. Cat lover. Tapi sampai sekarang takde peluang nak bela kucing. Mak benci kucing. Awek lak takut kucing. Sampai tua la tak dapat bela kucing gamaknya.

Nota kaki: Aku nak hentikan tag mengetag ni sebab lingkungan network blog aku still kecik lagi. He he.

Photo

Thursday, January 29, 2009

pada 8:47 AM


I have been tagged by my fellow blogger. It did seem like a banal task but I guess rules are made to be obeyed, aren't it?

1. How old are you?
19. Thank you.

2. Are you single?
You kidding me?

3. At what age do you think you'll get married?
If I'm about to have a posh and grand wedding, I'll say let's wait until I get rich. But, I guess that's not what I wanted in my marriage, so I'll say in 24-25.

4. Do you think you'll marrying the person you are with now?
Heck, yeah. If not, what's the point dating her?

5. If not, who do you want to marry with?
Madam Lee Curie (I did have this banter with my former classmate back in 2005)

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
Barney of How I Met Your Mother.

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Doesn't bother me at all as long as my family and friends keep me company.

8. Where do you plan to go on honey moon?
Carribean Islands. Perhaps Bahamas.

9. How many guests do you think you'll invite?
500<1000, x = no. of guests

10. Will that includes your exes?
Sure. But I dont remotely want to mock (her) up, though...

11. When do you want to get married, morning or evening?
Absolutely morning.
By night, I will not very lethargic to entertain the future Mrs. Muzam.

12. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
1. Baby, I Love You by The Ramones
2. Something Stupid by Nicole Kidman and Robbie William

13. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork? Knife?
Doesn't bother me at all. Any options will do just fine.

14. How many layers of cake do you want?
Does it make any differences?

15. Champagne or wine?
Ribena blackcurrant.

16. Honeymoon straight away after the wedding?
Straight damn right.

17. Money or household items?
Household items. 52 inch LCD flat screen TV looks fancier than RM 18,000 to me.

18. How many kids would you like to have?
5 kids. Perhaps includes a twin too.

19. Will you record your honeymoon in CD/DVD?
I guess I could give it a shot. I mean why not?

Photo

pada 4:01 AM

















Sinopsis yang saya buat pada Subuh hari:

Yang paling kiri tu Sheldon. Yang paling kanan lak Leonard. Dua ekor ni memang tafsiran tepat bagi nerd. So freaky smart but yet funny dan sangat tidak pandai bersosial dengan manusia di luar lingkungan 'nerd' mereka.

Yang tengah tu namanya Penny (why Penny though?). Penny jiran baru makhluk nerd ni. Kinda cute tapi aku pasti ada orang lagi cute. Cuba bayangkan apa jadi bile nerd ni berjiran ngan pompuan hot pastu peramah lak tu?

Drama show ni macam cabai dia punya lawak. Lawak intelek. Bukan lawak Cecupak. Gelak-gelak tengok show ni pun aku dapat banyak facts pasal quantum physics dalam citer ni.

Asal drama Melayu takde citer-citer macam ni? Nape bile aku bukak TV drama melankolik je ada? Harap banyak lagi drama-drama comedy yang kacip macam Pi Mai Pi Mai Tang Tu. At least ada drama macam Pepaya@Kaber Hero Kaber Zero jadi la..Asal bukan Cecupak.

Photo

Wednesday, January 28, 2009

pada 5:55 AM


Aku terpikir:

Hari Raya = Ketupat
Tahun Baru Cina = Limau Mandarin (bukan limau sangkis ekk...)
Deepavali = ??? (Maruku?)

Photo

Monday, January 26, 2009

pada 10:55 PM


Tahun ni tahun yang sukar bagi fan Arsenal macam aku. Fabregas, Ro-sick-y, Eduardo, Walcott suma injured. Ni bukan player runcit-runcit nih. Sekali dapat empat ekor ni starting sama-sama dalam line-up mau panas team-team lain. Mana taknya. Aku pun kalo kena lawan bola ngan Arsenal yang suka passing-passing ke sana mari, mau berasap je hati. He he. Bukan passing runcit-runcit dorang bagi. Killer pass yang mengelirukan. Dapat-dapat lak si Fabregas.

Injury satu hal. Calon sesuai untuk occupy defensive midfielder role pun satu hal gak. Dalam hal ni confirm aku blame Wenger. Pair dengan Denilson punyer pasal, abis rabak kaki Fabregas kena main defensive role. Dah si Denilson tu minat menyerang dari bertahan.

Tak cukup dengan tu, keharmonian kat dressing room pun dah takde dah. Gallas kutuk team mate sendiri. Toure tak suke Gallas. Gallas hisap cencurut. Bendtner berlaga kepala dengan Adebahayo. Pening aku.

" Apa ni. Ngan Villa pun terkincit...". Beberapa suara sumbang mengutuk. Padahal team sendiri pun kalah ngan Derby.
" Once a gunner, always a gunner". Tak boleh blah...

Photo

Sunday, January 25, 2009

pada 12:40 AM


Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua. Limau manis kat Jusco RM 9++. Korang belanja aku sekotak, amacam?

Photo

pada 12:34 AM


Kenapa Arsenal?
Dipos oleh avid


Suka hati aku la!

Ni suma salah FAM. Start FAM haramkan penajaan syarikat rokok dalam bidang sukan, bola sepak Malaysia dah stat kena sumpahan dan carutan dari rakyatnya sendiri. Dulu masa Dunhill jadi penaja, Liga Malaysia syok. Player-player import yang datang main pun suma tip top punyer. Tony Cottee, Laszlo Repasi, Samuel Chebli...Bile player import power, player tempatan pun ikut power skali la. Ye la. Dah diorang training ngan lawan sesama. Tak ke meningkat mutu permainan pemain tempatan?

Tak nak promote budaya merokok kat Malaysia konon. Sampai sekarang, orang merokok makin ramai ada la. Blah la lu, FAM! Makin menyampah lak aku nengok Sultan Pahang tu. Bagi la orang lain pulak jadi Presiden. Janji bukan KJ.

Bile Malaysia stat main macam babi, aku dah fed up. Mana taknya, striker Malaysia suma badan kecik-kecik. Ada hati nak main hantaran silang dari sayap. Winger pun pancit cepat. Khaironnisam lak sibuk ngunyah singgam. Clear bola berterabur. Aku pun beralih angin la ke bola sepak Eropah.

Sebenarnya, kalau apa-apa pertandingan pun, aku suka sokong team yang no 2. Kebetulan lak masa aku tengok standing table EPL time tu, Arsenal no 2. F1 lak aku suka Mclaren Mercedes. Kalau orang lain mesti suka Ferrari punyer. Pilih punyer pilih, tengok-tengok aku tak silap pilih team. Teamplay Arsenal unik, falsafah managernya unik dan firm, dan...sebab ada Dennis Bergkamp.

Photo

Saturday, January 24, 2009

pada 3:26 PM


Liku - Liku Politik 2004
Dipos oleh avid

"Ger, sapa menang kat tempat mu?" bersemangat Ahmad bertanya.
"Pas...."
"Pas menang? Perggh....berasap la orang-orang BN". Ahmad terus membuat kesimpulan.
".....sok Momogun. Hahahaha...."

Hilaian Tiger terhenti. Batang tengkoroknya dikarate Ahmad yang berasap hatinya.

Photo

pada 3:13 PM


Masa saya umur 5 tahun, saya bersekolah di Tabika Perpaduan di taman perumahan saya. Saya suka bersekolah di situ. Saya pergi ke sekolah jalan kaki je. Setiap hari saya berjalan ke tabika dengan kawan perempuan saya. Namaya Nurul. Nurul apa saya pun tak tahu. Nurul tinggal selang tiga rumah dari rumah saya.

Setiap pagi, Nurul akan tunggu saya di rumah saya sebelum kami ke tabika bersama-sama. Nurul ni garang jugak orangnya. Kadang-kadang, bila saya lambat sikit, dia mesti marah kat saya. Tapi saya senyum je (Wuekk!). Tapi bile nampak ayah Nurul, Pak Cik Razali, saya mesti lari lintang pukang. Pak Cik Razali garang. Lagi garang dari Nurul. Garang-garang Nurul pun, dia selalu belanja saya ice pong masa balik tabika.

(Present time)
Aku dengo die tengah kat Kolej Kejururawatan skang. Grang pun dah tak lagi. Ada la dalam 8 tahun aku tak jumpa dia lagi. Camne rupa pun aku tak tau. Anak dara. Standard la dok umah tak keluar-keluar.

Photo

pada 2:59 PM


Mini Market Kader Maju
Dipos oleh avid

Dulu-dulu, masa baru habis PMR, aku penah keje kat satu kedai runcit. Tokei kedai ni kawan bapak aku. Kira kamceng jugak la dorang berdua ni. In fact, bukan ngan bapak aku je. Boleh kata, tokei kedai ni memang mesra alam ngan satu penduduk Sabak.

Satu kelebihan yang buat kedai die ni laku meskipun harga barang kedai die mahal gile babi adalah kerana tokei aku ni peramah. Ngan orang banjar, die cakap banjar. Ngan orang jowo pun die ngomong jowo gak. Ngan India, die cakap Tamil plak. Cuba teka tokei aku ni orang apa?

Keje aku standard la. Runcit-runcit je. Nama pun kedai runcit. Masuk pukul 9 balik pukul 9 malam. Gila letih. Bukan letih apa, letih berdiri je lebih. Basically, keje aku dari kemas kedai, layan customer, bungkus gula timbang sampai la kemaskan stok pun aku wat gak.

Adat bekerja. Lama-lama mesti rasa bosan. Penah sekali aku dok terperap kat belakang stor dari petang ke malam baca surat khabar lama yang wat lapik kat almari tu. Apa cerita? Member kerja aku yang sorang ni lak kejenya mengunyah aje kat stor tu. Time bulan puasa pun steady je mulut die mengunyah kek yang die curi dari stok kat stor. Masa raya nak dekat, die la yang paling excited.

"Di masa, bulan Remdan, kita berpuasa hingga sebulan.
Pabila Syawal menjelma....."

Kita berpuasa hingga sebulan pala hotak ang! 'Kita' dalam lagu tu ekslusif untuk golongan macam aku! Hati aku menahan geram. Ikut hati nak aje sontot punggung die bagi sedar diri sikit.

Lebih kurang 28 hari aku keje, aku resign. Letih. Dapat duit gaji hepinya macam dapat beribu. Padahal RM 380 je. Sebulan pastu, aku gi isi borang aduan kat Pejabat Buruh.

Nota kaki: Tokei kedai ni telah kembali ke rahmatullah pada bulan November 2008.

(Jowo - Jawa)
(Ngomong - Cakap)

Photo

pada 2:32 PM


Tiba-tiba Rasa Rajin
Dipos oleh avid

Ntah nape tibe2 aku ade mood nak blogging2 ni, jgn tanya aku. Aku dah lama dok perati budak-budak course aku sibuk blog memblog ni.

Aku bet blog aku ni akan bertahan dan terus aktif sampai aku jadi petani moden yang berjaya nanti. Petani moden macam dalam iklan papan MoA (Ministry of Agriculture) tepi jalan tu.

Belajar tinggi-tinggi nak jadi petani, apahal?

Photo

Friday, January 23, 2009

pada 11:02 PM


Popular Posts