• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Kenapa Arsenal?
Dipos oleh avid


Suka hati aku la!

Ni suma salah FAM. Start FAM haramkan penajaan syarikat rokok dalam bidang sukan, bola sepak Malaysia dah stat kena sumpahan dan carutan dari rakyatnya sendiri. Dulu masa Dunhill jadi penaja, Liga Malaysia syok. Player-player import yang datang main pun suma tip top punyer. Tony Cottee, Laszlo Repasi, Samuel Chebli...Bile player import power, player tempatan pun ikut power skali la. Ye la. Dah diorang training ngan lawan sesama. Tak ke meningkat mutu permainan pemain tempatan?

Tak nak promote budaya merokok kat Malaysia konon. Sampai sekarang, orang merokok makin ramai ada la. Blah la lu, FAM! Makin menyampah lak aku nengok Sultan Pahang tu. Bagi la orang lain pulak jadi Presiden. Janji bukan KJ.

Bile Malaysia stat main macam babi, aku dah fed up. Mana taknya, striker Malaysia suma badan kecik-kecik. Ada hati nak main hantaran silang dari sayap. Winger pun pancit cepat. Khaironnisam lak sibuk ngunyah singgam. Clear bola berterabur. Aku pun beralih angin la ke bola sepak Eropah.

Sebenarnya, kalau apa-apa pertandingan pun, aku suka sokong team yang no 2. Kebetulan lak masa aku tengok standing table EPL time tu, Arsenal no 2. F1 lak aku suka Mclaren Mercedes. Kalau orang lain mesti suka Ferrari punyer. Pilih punyer pilih, tengok-tengok aku tak silap pilih team. Teamplay Arsenal unik, falsafah managernya unik dan firm, dan...sebab ada Dennis Bergkamp.

Photo

Saturday, January 24, 2009

pada 3:26 PM


2 nyamuk:

January 25, 2009 at 12:06 AM
Permalink this comment

said...

Woi!!!
Agak2 r nak kutuk sultan pon...
cais!!!

January 25, 2009 at 12:33 AM
Permalink this comment

said...

kalo sultan tu tak wat salah xde nyer aku nak tegur die...

Popular Posts