• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

1. Aku baru pindah rumah lepas je Raya Haji lepas. Bawah ni rumah lama aku.

Ada 3 bilik tidur, 1 bilik bacaan, ruang tamu dan dapur yang besar tahap dewa Buddha, 2 tandas, 8 pokok mangga dan 1 pokok jambu air kat tanah sekitar rumah dan 2 parking lot untuk kereta. Harga RM 150k. Call 019-2020484 (En. Haari)

Kat bawah ni lak rumah baru aku. Amacam? Pintar tak bapak aku? Tapi van tu bukan bapak aku nyer. Dia pinjam je buat hantar serai-serai dia ke pasar.

Luar macam setinggan. Dalam lu belum tengok, beb. Rumah ulama camni la.

2. Boleh bercakap pasal bola selama dua jam tanpa henti. Bola apa korang cakap. Bola ping pong. Bola-bola ikan. Tapi bukan bola-bola api Achik dan Nana.

3. Ada genetic defect. Gen suka menangguh kerja dan gen menambah-nambah kerja meskipun kerja yang dah ada belum siap lagi.

4. Mata aku berfungsi sebijik macam laser. Kalu aku buat apa-apa, aku memang tak perasan sekeliling nak-nak makwe-makwe lalu-lalang. Tak boleh bayang kalau mata aku macam torch light. Macam Johnny Rotten nih.

Hai, awek...

5. Aku dan muzik memang kacip. Nak-nak punk rock/ska/pop. Layan gak jazz, R n B, hip hop. Emo pun layan runcit-runcit je. Metal memang tak layan langsung.

6. Tak suke shopping baju. Jangan ajak aku shopping baju raya/sekolah sama-sama. Korang mesti kecewa.

7. Time puasa aku tak gemar sangat sahur makan nasik. Takde hal kalau sahur makan Gardenia je ngan air mati.

8. Metabolisme badan aku tinggi. So, aku makan daging kijang ke, daging rusa ke BMI aku maintain kat moderate level.

9. Aku suka tengok Spongebob. God, I love Spongebob. Nak-nak tengok ngan adik aku yang darjah satu bawah ni.

" Ko Squidward. Kita Spambob."

10. Fan Arsenal sampai mati. ( Sialnya Wenger. Malam tadi seri lagi ngan Everton)

11. Aku ada parut bekas jahitan sebanyak 20 jahitan kat kaki kiri aku. Seriously, sampai sekarang aku tak tau camne kulit kaki aku bole terkoyak panjang gile sampai nampak jelas otot kaler putih tu. Kalau orang tanya aku jawab sebab main bola sebab aku dapat parut tu pas main goal keeper time PJ. Camne kulit boleh terkoyak lak, aku tak boleh jawab.

12. Boleh main dram sikit-sikit. Kalau setakat lagu The Ramones, The Strokes tu boleh la. Tapi tangan kanan mesti letih gile time main lagu The Ramones.

Siot. Macam mana tangan kanan ko boleh tahan
pukul hi-hat laju camtu lama-lama?


13. Tengah belajar main gitar ngan Wan dengan harapan otak kanan aku dapat diaktifkan setiap masa. Asyik pakai otak kiri je kat kelas. Gila payah, beb.

14. Hobi pelik aku. Suka berangan jadi manager Arsenal masa mandi pastu pura-pura di-interview media. So, aku cakap English masa mandi la!

15. Hadiah pertama aku dapat adalah masa darjah satu. Bapak aku belikan aku keyboard budak-budak sebab aku dapat no.3 masa semester 2. Masa semester 1, aku dapat no.11 sebab 9 orang berkongsi tempat no.1 (purata peratus diorang serupa). Macam sial.

16. Cat lover. Tapi sampai sekarang takde peluang nak bela kucing. Mak benci kucing. Awek lak takut kucing. Sampai tua la tak dapat bela kucing gamaknya.

Nota kaki: Aku nak hentikan tag mengetag ni sebab lingkungan network blog aku still kecik lagi. He he.

Photo

Thursday, January 29, 2009

pada 8:47 AM


3 nyamuk:

January 29, 2009 at 11:09 AM
Permalink this comment

said...

To AG:
ok AG..kiranya ko dah jawab tagged aku sekali gus la...thankz u..
hidup sponcebob squarepant

January 29, 2009 at 9:27 PM
Permalink this comment

said...

20 jahitan?? ko kene gigit rimau ape... hahaha

January 30, 2009 at 3:38 AM
Permalink this comment

said...

@ putera arjuna
hidup squidward...

@ mute
otai x aku? hehe

Popular Posts