Dulu-dulu, masa baru habis PMR, aku penah keje kat satu kedai runcit. Tokei kedai ni kawan bapak aku. Kira kamceng jugak la dorang berdua ni. In fact, bukan ngan bapak aku je. Boleh kata, tokei kedai ni memang mesra alam ngan satu penduduk Sabak.
Satu kelebihan yang buat kedai die ni laku meskipun harga barang kedai die mahal gile babi adalah kerana tokei aku ni peramah. Ngan orang banjar, die cakap banjar. Ngan orang jowo pun die ngomong jowo gak. Ngan India, die cakap Tamil plak. Cuba teka tokei aku ni orang apa?
Keje aku standard la. Runcit-runcit je. Nama pun kedai runcit. Masuk pukul 9 balik pukul 9 malam. Gila letih. Bukan letih apa, letih berdiri je lebih. Basically, keje aku dari kemas kedai, layan customer, bungkus gula timbang sampai la kemaskan stok pun aku wat gak.
Adat bekerja. Lama-lama mesti rasa bosan. Penah sekali aku dok terperap kat belakang stor dari petang ke malam baca surat khabar lama yang wat lapik kat almari tu. Apa cerita? Member kerja aku yang sorang ni lak kejenya mengunyah aje kat stor tu. Time bulan puasa pun steady je mulut die mengunyah kek yang die curi dari stok kat stor. Masa raya nak dekat, die la yang paling excited.
"Di masa, bulan Remdan, kita berpuasa hingga sebulan.
Pabila Syawal menjelma....."
Kita berpuasa hingga sebulan pala hotak ang! 'Kita' dalam lagu tu ekslusif untuk golongan macam aku! Hati aku menahan geram. Ikut hati nak aje sontot punggung die bagi sedar diri sikit.
Lebih kurang 28 hari aku keje, aku resign. Letih. Dapat duit gaji hepinya macam dapat beribu. Padahal RM 380 je. Sebulan pastu, aku gi isi borang aduan kat Pejabat Buruh.
Nota kaki: Tokei kedai ni telah kembali ke rahmatullah pada bulan November 2008.
(Jowo - Jawa)
(Ngomong - Cakap)
Mini Market Kader Maju
Dipos oleh
avid
Saturday, January 24, 2009
pada 2:32 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 nyamuk: