• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Masa gua kecik-kecik dalam darjah 2-3 gitu, gua pernah tanya opah gua.

"Dulu masa merdeka 31 Ogos mula-mula dulu opah pergi tak Stadium Merdeka?"
"Tak ade lah...opah kerja kutip taik musang kat kebun koko dulu masa tu.." jawab opah gua sambil sibuk menyusun arang buat kuih bakar.
"Mak pergi tak?" tanya gua tak paham-paham. Dah opah gua terbongkok-bongkok mengutip taik musang apa jadah mak gua nak pergi ke KL?
"Ah...takde lah...mak ko duduk rumah je. Masak..."
"Mak masak apa?"

Opah gua seraya terus keluar rumah. Dibiarnya arang tunggang langgang kat dapur. Kalau dilayannya budak macam gua, memang tak pernah siap kerjanya.

Membayangkan yang 53 tahun lepas opah gua bertungkus-lumus cari rezeki dan sekarang duduk lepak rumah bergelumang dengan arang untuk bisnes kuih bakarnya memberi idea kepada gua betapa jauhnya kita datang untuk capai tahap yang kita berada sekarang ni.

Gua selalu tertekan masa gua sekolah bila orang veteran banding-bandingkan zaman dulu dengan zaman gua. Dulu takde buku, sekarang ada buku. Dulu pergi sekolah kaki ayam, sekarang pakai kasut Jazz Pallas. Apa? Nak gua jalan kaki pergi sekolah baru puas hati apa? Gua misinterpret mesej mereka. How wrong I am. Mereka nak gua hargai Jazz Pallas gua yang sekarang je. Syukuri nikmat yang ada. Jangan jadi celaka marah bapak sebab tak beli Converse.

Bagi gua, sambutan kemerdekaan bukan sekadar memperingati Rentap, Datuk Maharajalela, Tunku Abdul Rahman, Yap Ah Loy semua. Sambutan kemerdekaan juga untuk memperingati moyang gua yang berhijrah dari Kepulauan Jawa ke Malaya dengan harapan dapat mencari rezeki halal disamping peluang menunaikan haji naik kapal yang ditawarkan penjajah British untuk setiap buruh dari kepulauan Jawa yang datang bekerja di Tanah Melayu.

Untuk memperingati moyang lu orang yang datang dari Siam selepas membina landasan kereta api maut Thailand-Burma. Moyang lu orang yang terbongkok-bongkok tanam padi di petak sawah yang dialiri Terusan Wan Mat Saman. Moyang lu yang mengayuh sampan seawal jam 5 pagi menghantar budak hulu ke sekolah. Moyang lu yang menulis artikel surat khabar Utusan Melayu (bukan Utusan Meloya sekarang ni) di bawah jelaga pelita dengan pen buluh dengan menggunakan sistem ejaan Jawi era pre-Matlob.

Kerana usaha moyang kita, we can afford to make mistakes these days. Kita boleh 'fly' asrama. Kita boleh bergaduh dekat wall Fesbuk pasal kuih raya. Kita boleh terlepas peluang beli unit saham Bumiputera. Kita boleh meng-alibaba-kan tender kontrak kerajaa. Kita boleh rasuah pihak berkuasa. Kita boleh bergaduh di Dewan Rakyat pasal hal tak berkaitan dengan rakyat. Kita boleh main bola macam gampang.

Gua ada soalan. For how long exactly do we have to keep up living this crap and when do we have to start live our life purposely just like our ancestors did? No.No. Don't sweat yourself to answer it. It's rhetorical. 



Photo

Monday, August 30, 2010

pada 9:41 PM


7 nyamuk:

August 30, 2010 at 10:57 PM
Permalink this comment

said...

moyang gua dulu ade darah britain..
sebab tu gua macam 'western' sikit..

gua tak bape sure pulak dia folow ke menentang masa nak tuntut merdeka dulu..

August 31, 2010 at 5:30 AM
Permalink this comment

said...

zul ni typo ke apa? setahu aku dia ada wajah mamak sikit.

Anonymous

August 31, 2010 at 5:43 AM
Permalink this comment

said...

gua lupa plak nak tanya opah gua beliau buat mende mlm 31 ogos dulu..

August 31, 2010 at 6:00 AM
Permalink this comment

said...

kita seharusnya menjaga perdamaian, kemakmuran atau apa2 saja kesenangan yg kita perolehi masa membukak mata sekarang.

nice entry bro!

August 31, 2010 at 12:44 PM
Permalink this comment

said...

derr
selamat hari merdeka!
ko kacukan eh bro??
hahaha

August 31, 2010 at 6:44 PM
Permalink this comment

said...

salam 1 Malaysia.

September 3, 2010 at 12:19 PM
Permalink this comment

said...

haha tajuk ko tak leh blah. pastu diakhiri ngan rancid. classsy.

Popular Posts