• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Everybody Loves Grandpa
Dipos oleh avid

Gua tak tahu sama ada gua ni kurang bernasib baik atau tidak bila gua berdepan dengan hakikat yang gua tak pernah tengok muka atuk gua. Sama ada atuk belah bapak atau emak, dua-dua gua tak pernah tengok.

Masa gua kecik-kecik dulu, setiap kali gua ke rumah embah (nenek), gua akan jumpa gambar seorang lelaki tua yang hanya berkain pelikat tanpa baju, duduk di atas kerusi. Selama bertahun-tahun, gua anggap lelaki yang berada di dalam gambar yang terpamer di dalam almari buku itu adalah atuk belah bapak gua.

Boy, gua silap gila. Masa gua darjah enam, mak gua beritahu itu gambar atuk sedara gua.

Berbanding bapak gua, mak nak jugak la bercerita kepada gua tentang atuk belah emak gua. Diceritanya tentang perangai atuk gua yang tak suka bergambar. Atas sebab itulah, sampai sekarang mak tak dapat nak tunjuk muka atuk kepada anaknya sendiri.

Mak bercerita tentang perihal atuk gua yang cancel last minute perancangan untuk berhijrah ke Pahang untuk mengusahakan tanah Felda. Peh, kalau dia tidak cancel memang tak wujud la gua sekarang ni.

Masa di sekolah rendah, gua kerap baca cerita 'saya-melawat-dusun-datuk' di buku teks mahupun di buku cerita. Dan setiap kali selepas musim cuti sekolah juga, kawan-kawan gua akan sembang lebat pasal dusun atuk mereka.

Gua? Satu-satunya masa gua bercakap pasal atuk gua di sekolah adalah ketika gua cuba mempertahankan nama orang tua yang gua tak pernah jumpa dari diejek dan dibuat jenaka. Dan FYI, nama atuk belah mak gua memang mengarut. Itam namanya. Satu bencana bagi cucu yang belajar di komuniti yang mengejek nama bapak, atuk dan moyang dari darjah 2 sehinggalah ke tingkatan 3.

Gua tak boleh kata gua rindu atuk gua sebab gua tak pernah berjumpa dengan mereka apatah lagi menghabiskan masa bersama-sama. 

Yang pasti, gua respek mereka kerana membesarkan anak-anak mereka dengan baiknya meskipun dalam keadaan serba kekurangan. Dan anak mereka kemudiannya membesar jadi mak bapak yang awesome. Al-fatihah.

Photo

Monday, February 21, 2011

pada 1:09 PM


Labels:
,
,

6 nyamuk:

Anonymous

February 21, 2011 at 4:58 PM
Permalink this comment

said...

al-fatihah... aku sempat jumpa atok aku pun masa kecik-kecik. apa nak ingat sangat...

February 21, 2011 at 7:19 PM
Permalink this comment

said...

aku xpernah jumpa atuk belah mak aku dan nenek belah ayah aku..

February 21, 2011 at 11:37 PM
Permalink this comment

said...

al fatihah.
haha. sory gelak. nama orang dulu memang pelik lahh. biasalah tu.

February 22, 2011 at 12:10 AM
Permalink this comment

said...

x sempat jumpa atuk belah mak...
nenek belah mak pula meninggal masa hari raya tyme aku baru msuk skola rendah (x silap aku lor)
jadi kenangan bersama tok wan (nenek aku) amat lor sikit...
pape pun al-fatihah...
smoge roh mereka dicucuri rahmat...

February 22, 2011 at 11:27 PM
Permalink this comment

said...

ttbe sedih bace entry kau ni.. :(

March 5, 2011 at 4:37 PM
Permalink this comment

said...

dude, atuk belah mak aku ada lagi, tapi tak rapat. biasa-lah, org tua yg dah tua sangat suka buat hal. tp aku tak-lah membenci beliau. cuma tak close.

itam tu kira okey la. atuk belah abah aku nama ngah tamat. moyang pulak nama kari. cool tak cool. hehh...

*baru 1st time singgah sini. cool blog... ;)

Popular Posts