• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Dua tahun lepas, sewaktu kelas Mikrobiologi pensyarah gua ada bercerita tentang senario anak-anak orang Malaysia yang berpindah dan belajar di US. Sewaktu mereka di elementary school (1st - 5th grade), mereka dikategorikan pelajar cemerlang.

Guru-guru di sana kagum dengan kebolehan kanak-kanak negara dunia ketiga (satu ironi memandangkan Malaysia dah bergelar negara membangun sejak 1990) yang bukan sahaja boleh membaca seawal 3-4 tahun, malah mengira, menulis dengan baik berbanding kanak-kanak US yang lain.

Malah, pencapaian akademik kanak-kanak di US jauh lebih teruk jika dibandingkan dengan kanak-kanak di Asia dan Eropah yang lain. (Bukti)

Perbandingan pencapaian Matematik mengikut grade dan negara


Tetapi apabila kanak-kanak ini semakin membesar dan memasuki era sekolah tinggi dan universiti, pencapaian mereka dibayangi oleh pelajar US. Pelajar US mula menyerlah dan hasilnya kita boleh lihat di universiti dan pasca-universiti.

US menghasilkan lebih banyak nisbah saintis-per-penduduk berbanding kebanyakkan negara Eropah dan Asia yang lain (kecuali Singapura, Norway dan Sweden). Itupun sebab, Singapura banyak merekrut saintis-saintis tua yang dah bersara dari Eropah dan US.

Persoalannya, macam mana pencapaian akademik di US boleh meningkat sedangkan mereka teruk di sekolah?

Bagi gua, aset utama bagi sebuah negara bukanlah ribuan batch budak pandai yang dikeluarkan oleh universiti dan kolej setiap tahun, sebaliknya ribuan batch budak yang kreatif.

Budak yang kreatif dibesarkan dalam persekitaran yang menggalakkan perkembangan kreativiti mereka. Mereka akan banyak bermain, banyak membaca komik, bermain muzik, melukis komik, memikirkan cara untuk mengorat makwe dan bermain lagi.

Berbanding dengan norma masyarakat kita sekarang, mak-bapak sekarang lagi rela membayar RM300 sebulan untuk kelas tuisyen anak mereka berbanding kelas muzik atau kelas kaligrafi Cina. Mereka lebih rela menghabiskan duit mereka membeli bertan-tan buku kerja subjek daripada membeli komik.

Tak hairanlah bila disuruh melukis di kelas Pendidikan Seni, anak mereka akan lukis rumah kayu di tengah-tengah sawah dengan burung bodoh yang berterbangan dan matahari yang bersinaran terik. Kalau air, mesti diwarnakan biru. Padahal ada juga air yang berwarna merah, hijau, kuning dan sebagainya kerana air adalah spektrum.

Mereka sangkakan bermain muzik adalah membuang masa. Mereka mahukan anak mereka menjadi arkitek, peguam dan jurutera. Bukannya rock star. Padahal nak jadi arkitek, peguam dan jurutera yang bagus, anda perlukan otak yang kreatif. Malah, bermain muzik merangsang kebolehan improvisation (improv), satu skill yang hanya boleh diperolehi dari muzik.

Perhatikan Jepun. Mengapa korang rasa industri anime Jepun bernilai trilion US dollar kalau bukan kerana minat rakyat Jepun yang gemar membaca komik.

Korang bayangkan apa orang kreatif boleh buat dengan ilmu kedoktoran mereka. Dengan ilmu kejuruteraan mereka. Dengan ilmu sains mereka. 

Jadi, korang semua teruskan lah bermain congkak, bermain gitar, berkubang di parit, menulis, membaca komik dan melukis. And fuck paid tuition classes!

Photo

Wednesday, February 2, 2011

pada 8:57 PM


Labels:
,
,
,

23 nyamuk:

February 2, 2011 at 9:55 PM
Permalink this comment

said...

sumpah suka!!

February 2, 2011 at 10:02 PM
Permalink this comment

said...

agree ! sangat suke

February 2, 2011 at 10:05 PM
Permalink this comment

said...

Sangat betul,

Ada satu week kat MIT, Massachusetts,
student akan try and hack building unversiti diorang. Ada satu kes sampai letak kereta polis atas bumbung.

Macam mana diorang buat?

Thats where their creativity play its part.
Sistem belajar diorang tak exam oriented sangat.

February 2, 2011 at 10:12 PM
Permalink this comment

said...

bro..sumpah gua setuju ngan lu.

students gua sekarang kurang terdedah ngan environment yang boleh merangsang pemikiran dorang, kadang2 tu nak bukak mulut pon payah...macam ada konkrit dalam mulut dia...gua rasa pembelajaran bukan patot mula dari skolah..tapi dari rumah lagi kot kena mula..parents ah kena alert benda ni dari awal2 lagi..

yusuf

February 2, 2011 at 10:20 PM
Permalink this comment

said...

kita punya lebih pada exam oriented..
pas grad..tktahu ape blajar selama ni

February 2, 2011 at 11:13 PM
Permalink this comment

said...

sistem pembelajaran kat malaysia ni mmg exam-oriented sangat.... mcm member2 aku(termasuk lah aku), kalo exam dah nak dekat baru nak study sebab mmg tujuan study pon nak pas exam...

tanpa disedari, cara ni dah develop exam-orient minded in those generation nowadays...

pemikiran yang kreatif amat pentning sebenarnya..
"imagination is more powerful than knowledge" quote sape ntah...tp he's rite..

tapi jujur aku cakap, bukan sumenye macam tu, kebanyakannya la....

aku harap pasni dapatla diperbaharui sistem pembelajaran kepada yang lebih kreatif di negara kita...

February 2, 2011 at 11:31 PM
Permalink this comment

said...

esok esok ada anak apply kaedah ni lah.

February 2, 2011 at 11:42 PM
Permalink this comment

said...

Agree!!
Aku tengok kebanyakan omputih ni otak dowg kreatif.
Paling obvious kat bahagian perfileman diorang la kan.
Kalo aku ade anak nanti aku nak dia reti main piano, as well as pelajaran.
Hahahaha!

February 3, 2011 at 12:05 AM
Permalink this comment

said...

exam-oriented!!
saper nak pandang kalo orang terer men piano kat U?
saper nak pandang org kreatif buat komik?
kerajaan pon tak approve wehh.
approve la, tp tak sama macam yg dapat puluh2 A SPM!

so, bila cam nih parent pon mmg tak bukak mata dahh.
tuition stret A! stret A, reward!

hmmm.
jd teroskan blogging, blogging one of medium menjadik kreatif!

February 3, 2011 at 12:56 AM
Permalink this comment

said...

hahah.. aku suka...

tapi walau macam manapun aku tetap akan melukis rumah kayu dgn burung2 bodoh tu.. adeh aku mmg xde bakat kearah tu der...

February 3, 2011 at 1:20 AM
Permalink this comment

said...

@ Si Hazim Sudin
well thanks

@ Adibah Zainal
well thanks, stranger

@ Akulah Aqilah Itu
exactly. kalau buat benda tu kat sini dah kena buang sekolah dah.

@ Erin Azizan
tepat sangat. takkan nak suruh si cikgu pulak yang ransang kreativiti.

@ yusuf
bila suruh buat kerja mula la terkial-kial. masa exam kemain berderet A.

February 3, 2011 at 1:29 AM
Permalink this comment

said...

@ ammar
itu quote albert einstein.

bagi gua, ubah la sistem pendidikan macam mana pun, kalau mak bapak jenis tak reti skill parenting terutama bab merangsang kreativiti ni pun tak guna jugak.

@ The Nurul
kau bagi depa gitar sorang sebijik masa hari ulang tahun ke-3 depa.

@ Judiene
your kids gonna be a hell of a person one day. trust me. go check on this dude named 'charles limb'

@ AISHA INANI
kreativiti dari kepandaian main piano dan melukis tu sebenarnya aset penting dalam ilmu analitikal, kognitif dan architecture.

@ mR.sYaH
cuba hasilkan karya yang unik yang lari dari kebiasaan tetapi dari perspektif kau sendiri.

jangan kata tak boleh selagi kau belum buat.

February 3, 2011 at 6:35 AM
Permalink this comment

said...

#true

yg gwa nampak,
kat sini kita strict sgt in education process
tensen la budak2.
haha~

February 3, 2011 at 7:39 AM
Permalink this comment

said...

ok avid!

i am fucking-feaking-awesome-plus- lovesss this.seriously!!!!!

aku lebih suka benda-benda kreatif dalam merangsang otak.dah banyak bukti kawan2 yang pandai main music, lukis kartun lebih ease and cool dalam menghadapi masalah atau membuat kerja.

otak buku..,aku tak boleh sungguh.semak!and the victims probably bebudak la.warghhh

February 3, 2011 at 8:48 AM
Permalink this comment

said...

dulu before aku masuk tkc, my parents hantar belajar main organ..and down, bila dah masuk sana, xdpt nk sambung belajar lg..

btw, my dad selalu paksa kami membaca..doraemon n kawan la buku yg dia beli utk kami baca..

jasmine

February 3, 2011 at 11:44 AM
Permalink this comment

said...

salam ziarah.. sy dulu pun pernah menetap 3 tahun di UK. memang sy tgk kalau budak2 skolah rendah pegi skolah bawak satu file nipis jek. nak tau ape dalam dia? lukisan.

and setiap hari dorang akan bawak balik hasil kraftangan dorang yg cikgu ajar.. calendar buat sendiri tempek gambar muka kita, dan macam2 la hasil2 kreatif.

even sampai umur 10-11 tahun pun masih ke arah benda2 kreatif2 ni.. mmg tak stress langsung. berbeza dgn malaysia. baru darjah 1 tapi pergi skolah kalau boleh nk bawak hand luggage.. sbb buku byk sgt nk bawak. kesian dorang.

February 4, 2011 at 3:32 AM
Permalink this comment

said...

@ hellioz
sekolah dah strict, mak bapak kena la loosen up sikit. bagi kebebasan kat budak2 ni bermain, menari and such.

@ faizal
itu la pasal. ulat buku antara golongan yang paling neurotic pernah aku jumpa.

@ iyllienaz
bapak kau mmg awesome.

@ jasmine
that's some fascinating story you got there.

February 5, 2011 at 11:01 AM
Permalink this comment

said...

saya dengan ini merasa gembira mempunyai ibu bapa yang tak kisah anaknya mempunyai band. terima kasih.

February 5, 2011 at 11:24 AM
Permalink this comment

said...

err, aku rasa, ulat buku paling neurotik adalah ulat buku yang mengulat(haha) pada buku teks sahaja.

buku lain dia tak nampak.

February 5, 2011 at 3:36 PM
Permalink this comment

said...

ak sokong beb...
ade mmber aku kaki gig, leh compose lagu lagi...skng ni jd lecturer n tgh wat phd lg..pointer masa dgree dulu pon tip top...kreatif mmg mrangsang otak lah

February 8, 2011 at 11:20 AM
Permalink this comment

said...

klo cm ni.aku pown nk soh adik2 aku troskn kesukaan mereka melukis power puffgirl la

February 11, 2011 at 12:05 PM
Permalink this comment

said...

Menarik!!!!!!!!
terima kasih! ramai orang kena baca artikel ni!

February 12, 2011 at 6:38 PM
Permalink this comment

said...

haha dude. kita sekarang,

hanya perlu baca apa yang sudah terNYATA ada.

hanya perlu capai keputusan markah tinggi-tinggi tahap melangit.

hanya perlu tepati terma dan syarat sukat pelajaran.

so,

macam mana mau generate idea bro ? 24jam study hard smart ke tak smart ke stupid ke. macam hellioz kata, sumpah bosannnnnnnnn. har har !

Popular Posts