Petang tadi, gua cuba beralih untuk beli ikan goreng. Malangnya, igauan ngeri ikan-goreng-tak-cukup-kunyit-dan-garam-lalu-keras-gilababi masa gua sekolah asrama F1 sampai F3 kembali menghantui.
Lalu, gua beli ayam paprik.
Dan kuah seakan-kari tapi bukan kari. Semuanya "Tiga ringgiiiiitt......". Kosmopolitan sungguh makcik Temu Kunci sebut tiga ringgit.
Igauan Makan Malam
Dipos oleh
avid
Friday, October 30, 2009
pada 9:31 PM
A Run-of-the-mill Article
Dipos oleh
avid
One thing I like about Facebook(FB) is how it functions as a place to reconnect missing friends (at least with those who have the FB account) with a lot of cool features. Unlike Friendster, it looks way cooler and more sophisticated despite of its recent modification that sucks big time.
With FB, I learnt one of my roomate back in 2002-2003; Irfan , is currently an Oxfordian. I was wowing for like 5 minutes or so. He made it. Back when we were roomates, light off rule starts at 11 pm. But we weren't sleeping until like 1-2 am. That was because we were chatting. We chatted about lots of things from the scariest movie we've ever seen to what type of girl we've adored. It was fun, you know. I still remember he peldges to me to be an Oxfordian by hook or crook. I was like "Wow, dream big, girl". But I never doubt his credential to make into Oxford University. He's bloody brilliant. He answers 60 Geography questions in like 10 minutes. But his main speciality is English. Maybe that was because he did lives in US for 3 years when he was 10.
Lots of my friends have been studying abroad ever since the 2005 SPM results were announced. You name it. Australia, Japan, US, UK, New Zealand, Ireland, Rep. Czech, Russia, India and let's not forget Indonesia. I'm happy for 'em. I do. I wish they would come back to Malaysia for work. You know, to repay all the good deeds of Malaysian goverment by serving the country. But, I guess that is their own choices. They're mature enough to mould their future. I always dream maybe one day I stumble across a doctor of one of my former college buddies and get a special lower fees for his/her service. Or maybe they're kind enough to let it be free. It would be cool.
Sorry, this article sounds cheesy. It's that my cheesy mood gets me every time.
Wednesday, October 28, 2009
pada 1:28 PM
Klasik 2002
Dipos oleh
avid
Patut la masa gua lepak-lepak dengan budak-budak skinhead sekolah gua dulu, depa usha pelik.
* Klik gamba untuk lebih hilaian tawa.
Monday, October 26, 2009
pada 2:14 PM
Jari Gua Dah Berkarat Ni
Dipos oleh
avid
Woi SKBians, kesian la kat Wan. Turn orang lain pulak jadi ketua kelas. Gua datang bilik dia nak pinjam gitar pun dah payah sekarang.
P/S: Gua tak boleh jadi ketua kelas sebab gua dah jadi AJK Hal Ehwal Kompelin.
Saturday, October 24, 2009
pada 7:43 PM
Sentiasa Suka Cikgu Baru
Dipos oleh
avid
(Tribute buat cikgu-cikgu baru)
Satu hari masa gua Form 4, gua ada kelas kimia kat makmal macam biasa. Cuma yang tak biasanya adalah hari tu cikgu baru masuk. Cikgu kimia lama cuti bersalin. Gua tengok cikgu baru tu cun la jugak. Tudung dia pin kat dua-dua belah. Kiri dia pin, kanan pun dia pin. Tulisan kat whiteboard pun nampak skema. Teratur walaupun makin lama makin condong ke bawah. Lagipun cikgu baru suka pakai marker biru. Gua panas sikit cikgu pakai marker merah ni. Ha, kan dah meraban dah ni.
Kembali kepada nostalgia gua. Hari tu walaupun itu kelas pertama dia, cikgu baru nak buat gak eksperimen. Eksperimen mengkaji sifat halogen. Ada macam-macam halogen dari pelbagai ragam budaya tersedia. Fluorin, klorin, bromin, iodin suma ada. Cikgu baru assign group gua buat bromin. Bau bromin macam babi. Sesak hidung gua menghidunya meskipun dilarang cikgu baru.
Gua start eksperimen dengan memilih penitis pilihan hati gua. Dengan cermat, gua bukak penutup botol bromin tu. Serta-merta, bau mencucuk hidung tersebar di sekeliling member kelas gua yang tertonggok tengok gua mengkaji peel bromin macam mana.Eeeuuw!! Gua buat cool je. Lepas tu, dengan cermat juga gua sedut bromin tu pakai penitis. Lepas sedut, gua angkat penitis tu untuk dipindahkan ke silinder penyukat. Tengah-tengah nak memindah tu, tiba-tiba bromin dari penitis tu tertumpah. Tertumpah lak kat tempat cantik. Kat jari telunjuk dan jari hantu kiri gua! Gua rasa nak menangis. Tangan gua pedih gila babi. Bromin tu hakis habis-habis tangan gua. Cikgu baru dengan cemasnya suruh gua basuh tangan gua cepat-cepat. Masa gua basuh, pedihnya tangan gua bertambah berkali-kali ganda. Gua nak menangis tapi awek-awek kelas gua semua tengok dengan cemas. Yang nak menangis pun ada. Jadi, gua basuh tangan gua sambil buat muka cool. Member gua siap kutuk on the spot lagi. "Perghh....cool gila lu kena bromin." Celaka Yazid.
Selepas keadaan tenang seketika, cikgu baru tanya gua ok ke tak. Gua cakap gua cool je. Padahal dalam hati rasa nak mencarut je. Sakit gila babi. Gua tengok dua jari kiri gua berdarah-darah sampai nampak putih-putih. Cikgu baru cemas macam dia pulak yang kena. Keh keh.
Disebabkan eksperimen gua hari Isnin, kelas lain yang plan nak buat eksperimen pada hari berikutnya tak jadi buat. Eksperimen batal. Cikgu je demo.
Tapi yang paling best, cikgu baru tak putus-putus tanya gua macam mana. Padahal bukan salah dia. Keh keh. Siap bagi mnyak gamat dua botol tu. Dua botol beb. Dua botol. Kalu satu habis, ada satu lagi. Baik kan cikgu baru ni?
Thursday, October 22, 2009
pada 6:11 PM
RM9 Paling Berbaloi Gua Belanjakan
Dipos oleh
avid
Semalam gua pergi keluar tengok movie kat wayang. Orang yang ajak gua ni nak tengok Papadom. Kebetulan gua pun belum tengok lagi. Jadi gua dengan what-the-hell nyer attitude pun pergi. Gua dengar orang cakap best.
Sebenarnya, gua dah lama tak tengok cite melayu kat wayang. Cite last gua tengok pun KAMI The Movie. Gua kalau tengok cite gua paling suka genre komedi. Memandangkan gua di alam remaja, gua lagi suka romantik komedi punye genre. Bukan apa. Tengok kat bilik sengih sorang-sorang kang ada orang kompelin.
Macam biasa, sebelum stat cite mesti ada iklan. Gua tengok trailer cite melayu satu ni. Pisau Cukur. Maya Karin beb. Gua tengok cite tu Fazura dan Maya Karin ada stail macam kembar Mary-Kate dan Ashley Olsen dalam cite New York Minute. Gedik-gedik kaya camtu la. Nanti bila gua gersang nak tengok Maya Karin gua download je la, detik hati gua.
Stat cite Papadom je dah gampang dah. "Sayang, kepit dulu sayang!". Gua gelak Abu Lahab dah masa ni. "Jangan la emosi sangat kat tanah" merupakan skrip kegemaran gua. Jalan cite dah solid. Skrip memang kacip dengan selera gua. Bukan macam skrip Maria Mariana tu. Pelakon-pelakon cite ni memang solid. Gua paling suka cikgu silat botak yang kena belasah tu. Ha ha. Sasha tu gua tengok ada perangai macam Blair Gossip Girl skit. Farid Kamil je spoil bagi gua. Tak menjadi perangai kasanovanya. Harun Salim Bachik memang puntek la. Buat gua gelak je.
Dah lama beb gua tak gelak macam ni masa tengok cite Melayu. Last cite Melayu gua bantai gelak macam ni masa gua tengok Tiga Abdul kot. Bagi gua, Afdlin Shauki dah setaraf P. Ramlee. Bagi bajet juta-juta boleh setaraf Roman Polanski kot. Gua sarankan Ahmad Idham, Razak Mohaideen, Pierre Andre dan brader KRU belajar buat movie ngan Afdlin Shauki sebelum buat cite merepek.
Tuesday, October 20, 2009
pada 9:10 PM
Wasiat Untuk Anak
Dipos oleh
avid
Pengajaran penting buat kehidupanmu, anak-anak:
1. Anak-anakku, janganlah dikau menaruh harapan tinggi terhadap servis percuma bak tingginya harapan rakyat Malaysia nak tengok Malaysia masuk World Cup kerana dikau bakal dikecewakan.
2. Anak-anakku, jikalau engkau menjadi orang besar seperti Pengetua Kolej, rajin-rajinlah dikau turun padang beramah mesra dengan orang bawahan seperti penghuni kolej untuk mendengar masalah dan keluhan mereka.
3. Anak-anakku, jikalau engkau bekerja pejabat, kurangkan lah birokrasi. Jangan lah dikejar pangkat dunia seperti ISO 9002 yang tak bernilai pun di sisi Tuhan.
3. Anak-anakku, ketahuilah sehari tanpa Facebook bagi pelajar umpama bertapa di gua. Bosan!
4. Anak-anakku, jikalau engkau bersangka melanggan servis broadband mampu memenuhi kehendak gelora hawa nafsu internetmu, fikir-fikirkanlah kembali kerana selagi Malaysia menghadkan bandwidth internet broadband, engkau akan kecewa di pengakhirannya.
5. Ketahuilah anak-anakku, ayahmu dah lama tak menulis bukan kerna ayahmu mengabaikanmu. Ketahuilah, ayah sayangkan kamu lebih dari segala isi di dunia ini.
Sunday, October 18, 2009
pada 9:15 PM
Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional
Dipos oleh
avid
Mulai sekarang gua tulis artikel bola kat laman web rasmi bolasepak dunia. Hari ni buat kali pertamanya artikel gua disiarkan laman sesawang tersebut (buruk benor bunyinya) setelah ditawarkan upah RM500 per artikel.
Majulah sukan untuk kedai-kedai mamak.
Wednesday, October 14, 2009
pada 5:37 PM
Waktu Rehat Gua
Dipos oleh
avid
Masa gua darjah 1 sampai darjah 3, gua dan rakan-rakan tahap satu yang lain rehat pukul 10 pagi. Sepanjang tiga tahun ni, gua selalu bawak bekal makanan. Gua selalu makan dengan Faizal, Hanif Norhan dengan Ramzul. Gua biasa bawak nasi goreng je. Faizal selalu bawak hotdog dengan naget. Hanif selalu bawak sandwich. Mak dia orang putih. Ramzul tak tentu. Kejap-kejap cekodok. Kejap-kejap, jajan. Senang kata, dari pukul 10 sampai 10.30 pagi tu, gua sembang-sembang sambil makan je la.
Masuk darjah lima, gua rehat pukul 10.30 pagi. Disebabkan kelas gua kat tingkat paling atas sekali, gua jarang pergi kantin. Kalau pergi pun, mesti dah panjang barisan beratur. Oleh itu, gua banyak lepak kelas main batu seremban dengan budak perempuan. Kat kelas gua, sapa yang main batu seremban dengan Jumaaton, Suhada ngan Munirah ni kira power gila babi la. Gua selalu lawan dorang. Tapi tangan gua maskulin sangat. Selalu terlepas sebijik dua masa nak tangkap batu-batu seremban di udara.
Masuk darjah enam, gua main digimon. Gua beli digimon 1 punyer. Digimon gua keturunan mamimon. Bela bela mesti dapat mamimon. Tak pernah pun dapat teddy bear kuasa love tu. Oleh itu, waktu rehat je gua selalu lepak kat pondok tepi surau dengan berpuluh-puluh budak lain. Siap buat liga lagi. Gua ingat lepas gua dapat nombor 9 dalam kelas, mak gua rampas digimon gua dan campak masuk jamban. Gua tolong flush kan...
Gua telepon adik gua hujung miggu lepas. Gua tanya rehat dia buat apa? Dia jawab "Duduk kat perpustakaan baca Dewan Pelajar."
Gua menangis sayu.
Tuesday, October 13, 2009
pada 4:40 PM
Gua Tak Boleh Nampak Dia Sengih Lagi Dah
Dipos oleh
avid
Pagi tadi lebih kurang pukul 8 lebih, tidur gua dikejutkan oleh ringtone The Pink Panther Show henset gua. Gua tengok skrin henset. "Ayah". Gua clearkan tekak gua dulu sebelum jawab. Gua jawab dengan suara pemuda yang tak tidur balik lepas subuh.
"Wak Lem meninggal dunia subuh tadi."
Spontan Astagfirullah keluar dari mulut gua. Bukan Innalillah keluar dulu. Gua hampir tak percaya. Pakcik favourite gua dah pergi. Baru je raya kedua lepas gua pergi rumah Allayarham kat Bera, Pahang. Masa gua singgah tu, badannya dah kurus. Dah takde perut boroi dah. Jalan pun dah bertongkat. Tapi ada satu benda yang gua cam sejak 2002 tapi masih tak pudar dari muka Allayarham. Sengihnya. Gua tabik Allayarham. Sakit-sakit pun, berselera lagi nak kutuk gua.
Pada tahun 2002, gua sekolah kat Negeri Sembilan. Masa tu, rumah Allayarham walaupun kat Pahang, dekat ngan Negeri Sembilan. Kalau cuti kurang seminggu gua suka balik rumah Allayarham. Dekat. Rumah gua kalau naik bas mau 7 jam sampai. Lagipun Allayarham ni sporting. Luar tua, dalam muda. Gua paling suka bila dia speeding kat jalan Kuala Pilah-Bera. Sambil speeding, dia gelak-gelak. Gua enjoy gila naik van dengan Allayarham.
Masa tu jugak gua ada penyakit scabies. Gua dapat lepas balik jambori pengakap kat Beseri. Gua dah banyak kali pergi hospital. Tapi tak pernah baik. Jemur tilam jemur katil suma udah. Tak baik gak. Last last, Allayarham bawak gua pergi klink swasta kat Bahau. Gua kena inject kat bontot gua. Beberapa hari lepas tu, gua sembuh. Gua dah agak. Dasar hospital kerajaan.....
***
Raya kedua lepas gua singgah rumah Allayarham. Allayarham sakit. Berat badan turun gila babi. Gua tengok dadanya ada bonjolan besar dua karipap. Allayarham cakap bonjol tu ada masa dia angkat generator. Tengah-tengah angkat tiba-tiba tulang depan dadanya meletup. Seram gua dengar.
Gua nasihatkan korang angkat barang dengan postur badan yang betul. Ni bukan hal runcit-runcit.
P/S: Alfatihah buat Allayarham.
Saturday, October 10, 2009
pada 6:35 PM
Parameswara Patut Duduk Diam-Diam Je Kat Majapahit Dulu..
Dipos oleh
avid
As I gazed upon this social group in Facebook, I was worried sick. I could not believe what I've read. Bloody hell. It's a group of patronized people, filled with white hot rage and hatred and they aren't kidding no one. They're going for Malaysian jugular. Hey, they even have prepared BENDERA to attack us in no time!
If I'm not mistaken (correct me if you have the guts) it was all started back when Malaysian government claimed a lame-ass dance (Pendet if I'm remember it correctly) as a Malaysian heritage despite the fact that it was Bali's. Indonesian was enraged by that and bang!! There it was..More pissed-off Indonesian fellas. Ganyang Malingsia ideology's comeback since Sukarno era. Discovery Channel took blame for broadcasting the ads and apologized to Indonesian government. The Indonesian government seemed satisfied but not the citizens. They blamed Malaysia and ha ha ha, we officially have a new enemy. An enemy of the very same roots. How pathetic.
Despite all this madness, I still can spot one or two of them who has the skeptisicm on this Ganyang Malingsia idea. They don't let their emotion clouds their judgement. Hats off, mate. You might as well want to remind your fellow countrymen.
My friends and I will have a trip to Indonesia this coming December. A freaking educational trip. I don't know what would be waiting for us, there. Good thing I shared Javanese resemblance from my father, though...Keh keh...
Thursday, October 8, 2009
pada 8:22 PM
Klasik Awal 2004 Dan Selamat BerPMR.
Dipos oleh
avid
Hari ni PMR. Selamat berPMR adik-adik sekalian.
Masa gua Form 4, gua dan rakan-rakan dapat jemputan utuk ambik hadiah PMR kat sekolah lama kami. Masing-masing dah buat perangai setan. Nak jumpa Cikgu Naslinor suruh dia dump boyfriend dia la, nak jumpa Cikgu Nik Zurina sembang-sembang matematik la, nak masuk Aspuri la, nak belasah junior la.
Sampai-sampai je kat sekolah lama kami, kami terus pergi Dewan Selera sembang pung pang pung pang dengan budak-budak Jasin, Langkawi dan merata-rata lagi. Menu malam tu kari kurma ayam. Nak ikutkan perut, takde la lapar benar. Tapi Cikgu Zubir insist. Igauan ngeri bermula. Akak-akak makcik-makcik Dewan Selera ceduk kari kurma kami dengan muka ganas sepertimana yang pernah kami lalui tiga tahun lepas. Gua tak berani mintak dada ayam. Kepak pun kepak lah.
***
Pagi tu, gua rasa lain macam. Nak ke, tanak. Nak ke, tanak. Last-last gua pegi jugak. Perut gua tak tahan. Mampus la tak dapat naik pentas ambik hadiah pun. Selesai je berbisnes, gua tengok ada sebatalion lagi rakan-rakan gua nak berbisnes. Tandas sesak. Muka masing-masing mencirit. Dah takde senyum-senyum dah. Gua bersyukur gua dapat naik pentas ambik hadiah.
***
"Lutfi mana, Lutfi ni?" Cikgu Rosinasuria cemas. Lagi lima minit Lutfi kena naik pentas tapi Lutfi takde.
"Naza plak pegi mana ni? Kan saya dah cakap duduk diam-diam. Nama je Tingkatan Empat...Hish..!" getus Cikgu Rosinasuria.
"Dorang pegi berak kot. Makan ayam kurma semalam" sorang jawab.
Kesian Lutfi. Orang naik pentas ambik hadiah dia pergi berak.
P/S: Menu harian Dewan Selera sekolah gua dulu
1. Bihun goreng lipas (kes biasa)
2. Ayam gulai berdarah (tak layak dipanggil kes)
3. Kek pisang lembek (Tak layak dipanggil kes)
4. Bubur pulut hitam dengan larva lalat berenang-renang di kuahnya.
5. Kuah kacang nasi himpit berlaukkan katak.
6. Murtabak bertatahkan plaster luka.
7. Air kosong 80 darjah celsius tika 2.00 petang (tak layak dipanggil kes)
Wednesday, October 7, 2009
pada 9:12 AMGua tahu ramai visitor blog gua ni prefer jadi leecher. Datang senyap-senyap, balik pun senyap-senyap. Gua tak kisah pun. Keh keh. Cuma gua harap blog gua yang (fikirkan adjektif sendiri) ni boleh bagi sesuatu untuk korang.
Gua baru dapat berita nenek jiran rumah lama gua meninggal dunia semalam. Meskipun gua tak pernah bersembang pung pang pung pang dengan Allayarhamah, gua tau Allayarhamah menghidap penyakit Alzheimer sejak gua darjah 6 main konda-kondi asyik kalah dengan keling lagi. Takziah. Al-Fatihah.
Gua pernah dengar ustaz cakap. Kalo orang Islam tak bertaubat setelah umur menjangkau lebih 63 tahun, Allah akan mengembalikan mereka ke asal mereka (bayi). Dengan lain kata, nyanyuk. Sori. Gua tak boleh nak quote ayat mana surah mana dan juzuk mana. Tapi memang ayat yang menjelaskan hal tu, ada.
Saintis cakap kalo masa muda dulu kita tak menggunakan potensi otak secara maksimum, kita akan memaksimumkan potensi kita mendapat penyakit nyanyuk. Jadi gua dapat satu perkaitan. Maknanya bertaubat (beribadah) tu memaksimumkan potensi otak la? Gua tersenyum. Berfikir mengenai kehebatan/kemurnian Pencipta-Nya pun dikira ibadah.
Gua main sudoku untuk meningkatkan potensi otak gua. Lebih-lebih lagi otak kiri. Gua belajar main bass dan dram untuk meningkatkan potensi otak kanan gua. Main gitar fail. Gua tak pandai shift cord gitar. (Lumut, sila ambil perhatian)
Korang?
(Gua tak berniat untuk mengata Allayarhamah, ok? Semoga Allah merahmatinya.)
Monday, October 5, 2009
pada 12:02 PM
God Bless Internet
Dipos oleh
avid
Siot. Gua baru join natang ni 10 hari. Dah dapat RM550. Gua rasa sua suey kemoning nyer happy. Gua sayang lu, Eddy!
Saturday, October 3, 2009
pada 5:08 PM
Kelebihan Menjadi Pengakap
Dipos oleh
avid
Masa raya ketiga yang lepas, gua lepak kat perkampungan Jawa bapak gua. Sampai-sampai je, gua nampak pakcik-pakcik gua dah ada. Lepak kat sofa luar rumah ramai-ramai, hisap rokok Winston sambil kutuk-kutuk Barisan Nasional. Jarang gua tengok orang Jawa bela Barisan Nasional. Jawa Johor mungkin kut.
Tengah sembang pung pang pung pang, makcik gua mengutarakan cadangan untuk memeriahkan malam raya ketiga yang dah nak suam-suam kuku dah. BBQ!
"Sapa nak belikan ayam udang sotong suma?" ujar pakcik gua yang kerja pensyarah.
***
Petang tu, bapak gua ajak gua pergi pasar. Riak wajahnya palat. Senyuman tokeh ayam dibalasnya tawar. Kah kah. Gua tahan gelak. Kang kena sumpah jadi batu seremban kang.
Malam tu, lepas je maghrib gua mengorak langkah ke tapak BBQ belakang rumah nenek gua. Pengalaman gua sebagai pengakap selama lebih 7 tahun tersia-sia apabila sepupu gua yang dulunya PBSM dah stat api dulu dah. Ceh, nama je PBSM..semayang maghrib lambat!
3 jam berikutnya gua dah jadi macam Jamie Oliver dalam The Naked Chef dah. Orang datang bertalu-talu mintak ayam, udang, sotong, kerang, ikan. Gua tak makan apa lagi. Mata kemain pedih. Tangan gua sibuk membalik-balikkan ayam ikan suma. Nak bagi ayam ikan orang mintak suma. Makcik-makcik gua suruh gua makan dulu. Dengan lembut gua menolak sambil air mata meleleh. Mata kena asap.
Habis bakar ayam ikan suma, gua duduk di hujung sudut meja untuk menikmati ikan pari bakar gua. Tiba-tiba datang sorang awek yang aku tak kenal duduk dengan adik-adiknya di sebelah hujung sudut meja sana.
"Terima kasih ye bagi ayam ni.." tiba-tiba awek tu bersuara.
Dalam hati gua berterima kasih kepada Hanif Norhan kerana mengutuk cadangan gua untuk masuk Kadet Bomba masa darjah 3 dulu.