• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers


Pagi tadi lebih kurang pukul 8 lebih, tidur gua dikejutkan oleh ringtone The Pink Panther Show henset gua. Gua tengok skrin henset. "Ayah". Gua clearkan tekak gua dulu sebelum jawab. Gua jawab dengan suara pemuda yang tak tidur balik lepas subuh.

"Wak Lem meninggal dunia subuh tadi."

Spontan Astagfirullah keluar dari mulut gua. Bukan Innalillah keluar dulu. Gua hampir tak percaya. Pakcik favourite gua dah pergi. Baru je raya kedua lepas gua pergi rumah Allayarham kat Bera, Pahang. Masa gua singgah tu, badannya dah kurus. Dah takde perut boroi dah. Jalan pun dah bertongkat. Tapi ada satu benda yang gua cam sejak 2002 tapi masih tak pudar dari muka Allayarham. Sengihnya. Gua tabik Allayarham. Sakit-sakit pun, berselera lagi nak kutuk gua.

Pada tahun 2002, gua sekolah kat Negeri Sembilan. Masa tu, rumah Allayarham walaupun kat Pahang, dekat ngan Negeri Sembilan. Kalau cuti kurang seminggu gua suka balik rumah Allayarham. Dekat. Rumah gua kalau naik bas mau 7 jam sampai. Lagipun Allayarham ni sporting. Luar tua, dalam muda. Gua paling suka bila dia speeding kat jalan Kuala Pilah-Bera. Sambil speeding, dia gelak-gelak. Gua enjoy gila naik van dengan Allayarham.

Masa tu jugak gua ada penyakit scabies. Gua dapat lepas balik jambori pengakap kat Beseri. Gua dah banyak kali pergi hospital. Tapi tak pernah baik. Jemur tilam jemur katil suma udah. Tak baik gak. Last last, Allayarham bawak gua pergi klink swasta kat Bahau. Gua kena inject kat bontot gua. Beberapa hari lepas tu, gua sembuh. Gua dah agak. Dasar hospital kerajaan.....


***

Raya kedua lepas gua singgah rumah Allayarham. Allayarham sakit. Berat badan turun gila babi. Gua tengok dadanya ada bonjolan besar dua karipap. Allayarham cakap bonjol tu ada masa dia angkat generator. Tengah-tengah angkat tiba-tiba tulang depan dadanya meletup. Seram gua dengar.

Gua nasihatkan korang angkat barang dengan postur badan yang betul. Ni bukan hal runcit-runcit.


P/S: Alfatihah buat Allayarham.

Photo

Saturday, October 10, 2009

pada 6:35 PM


2 nyamuk:

October 10, 2009 at 11:46 PM
Permalink this comment

said...

alfatihah juga.

October 11, 2009 at 4:57 AM
Permalink this comment

said...

setiap yg hidup pasti akan pergi.
alfatihah utk arwah.

Popular Posts