Pengajaran penting buat kehidupanmu, anak-anak:
1. Anak-anakku, janganlah dikau menaruh harapan tinggi terhadap servis percuma bak tingginya harapan rakyat Malaysia nak tengok Malaysia masuk World Cup kerana dikau bakal dikecewakan.
2. Anak-anakku, jikalau engkau menjadi orang besar seperti Pengetua Kolej, rajin-rajinlah dikau turun padang beramah mesra dengan orang bawahan seperti penghuni kolej untuk mendengar masalah dan keluhan mereka.
3. Anak-anakku, jikalau engkau bekerja pejabat, kurangkan lah birokrasi. Jangan lah dikejar pangkat dunia seperti ISO 9002 yang tak bernilai pun di sisi Tuhan.
3. Anak-anakku, ketahuilah sehari tanpa Facebook bagi pelajar umpama bertapa di gua. Bosan!
4. Anak-anakku, jikalau engkau bersangka melanggan servis broadband mampu memenuhi kehendak gelora hawa nafsu internetmu, fikir-fikirkanlah kembali kerana selagi Malaysia menghadkan bandwidth internet broadband, engkau akan kecewa di pengakhirannya.
5. Ketahuilah anak-anakku, ayahmu dah lama tak menulis bukan kerna ayahmu mengabaikanmu. Ketahuilah, ayah sayangkan kamu lebih dari segala isi di dunia ini.
Wasiat Untuk Anak
Dipos oleh
avid

Sunday, October 18, 2009
pada 9:15 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 nyamuk:
October 19, 2009 at 12:15 AM
Permalink this comment
kenapa aku rasa pesanan ayah itu perlu dimajukan pada mereka yang berhak?
=)
"anakku, jika peperiksaan bermula pada 29 Oktober, sila pastiakn ilmu sudah penuh di dada sebelumnya~"
=P
October 19, 2009 at 12:22 AM
Permalink this comment
Ermm...
October 19, 2009 at 9:33 AM
Permalink this comment
ohh anakku...
yang no 3 tuh mcm sampah je anakku..haha
October 23, 2009 at 3:19 AM
Permalink this comment
@ zara
org kata jangan kutuk je kan...ha ni gua bagi nasihat ni...keh keh...
October 23, 2009 at 3:20 AM
Permalink this comment
@ anike
ko pehal emm emm ni...
October 23, 2009 at 3:21 AM
Permalink this comment
@ seliparbesi
tau xpe...keh keh...