• "If God is watching us, the least we can do is be entertaining..." - M. Moss

Followers

Semalam gua pergi keluar tengok movie kat wayang. Orang yang ajak gua ni nak tengok Papadom. Kebetulan gua pun belum tengok lagi. Jadi gua dengan what-the-hell nyer attitude pun pergi. Gua dengar orang cakap best.

Sebenarnya, gua dah lama tak tengok cite melayu kat wayang. Cite last gua tengok pun KAMI The Movie. Gua kalau tengok cite gua paling suka genre komedi. Memandangkan gua di alam remaja, gua lagi suka romantik komedi punye genre. Bukan apa. Tengok kat bilik sengih sorang-sorang kang ada orang kompelin.

Macam biasa, sebelum stat cite mesti ada iklan. Gua tengok trailer cite melayu satu ni. Pisau Cukur. Maya Karin beb. Gua tengok cite tu Fazura dan Maya Karin ada stail macam kembar Mary-Kate dan Ashley Olsen dalam cite New York Minute. Gedik-gedik kaya camtu la. Nanti bila gua gersang nak tengok Maya Karin gua download je la, detik hati gua.

Stat cite Papadom je dah gampang dah. "Sayang, kepit dulu sayang!". Gua gelak Abu Lahab dah masa ni. "Jangan la emosi sangat kat tanah" merupakan skrip kegemaran gua. Jalan cite dah solid. Skrip memang kacip dengan selera gua. Bukan macam skrip Maria Mariana tu. Pelakon-pelakon cite ni memang solid. Gua paling suka cikgu silat botak yang kena belasah tu. Ha ha. Sasha tu gua tengok ada perangai macam Blair Gossip Girl skit. Farid Kamil je spoil bagi gua. Tak menjadi perangai kasanovanya. Harun Salim Bachik memang puntek la. Buat gua gelak je.

Dah lama beb gua tak gelak macam ni masa tengok cite Melayu. Last cite Melayu gua bantai gelak macam ni masa gua tengok Tiga Abdul kot. Bagi gua, Afdlin Shauki dah setaraf P. Ramlee. Bagi bajet juta-juta boleh setaraf Roman Polanski kot. Gua sarankan Ahmad Idham, Razak Mohaideen, Pierre Andre dan brader KRU belajar buat movie ngan Afdlin Shauki sebelum buat cite merepek.

Photo

Tuesday, October 20, 2009

pada 9:10 PM


5 nyamuk:

October 20, 2009 at 10:42 PM
Permalink this comment

said...

hahaha~

Prof itu yang kena berguru dgn Afdlin dulu~

October 20, 2009 at 11:30 PM
Permalink this comment

said...

cet! p sorg2.huh!

October 21, 2009 at 12:13 PM
Permalink this comment

said...

beb,
aku nak gak layan papdom.
hampeh ah sume org dok bercerita.
arh,benci.

October 23, 2009 at 3:22 AM
Permalink this comment

said...

@ zara
prof tu buat cite mengarut...

@ anike
gua pegi dengan awek...lu nak ikut ke? hehehe...

@ lumut
gi la usha cinema kat auckland...mana tau dorang screen kan papadom ker...haha...

November 17, 2009 at 9:43 PM
Permalink this comment

said...

ya. mmg terbaik lah!

Popular Posts